𓊈𒆜𝕳𝖚𝖘𝖇𝖆𝖓𝖉 𝕾𝖊𝖗𝖎𝖊𝖘 𝐕𝐨𝐥 𝟏𒆜𓊉
「𝐇𝐈𝐒 𝐂𝐔𝐓𝐈𝐄」
(Agak terabur sebab masih dalam Editing)
My first story. Dipersilakan membaca kebosanan saya di sini.
─ .⋅ ♫ ⋅.─
𝐍𝐚𝐬𝐡 𝐇𝐲𝐝𝐞𝐫
Hate to love brother
𝐌𝐚𝐥𝐢𝐤𝐡𝐚 𝐒𝐭𝐞𝐥𝐥�...
MALIKHA memerhati setiap hiasan di rumahnya. Malam ni mereka sekeluarga akan menyambut birthday Nasha. Perhiasan di rumah sudah hampir siap.
"Lia."
"Ye? " Malikha memandang abang sulungnya.
"mana anak fruit aku? Rindu dia ni, lama tak jumpa. " Mikael mencari-cari kelibat anak buahnya.
"Ada dalam bilik main dengan Miya. " masih ingat Miya? Anak kepada Mir'aish.
"Oklah aku pergi tengok diorang." Mikael terus pergi ke bilik Nasha.
Malikha menyambung menghias rumah dengan pelbagai hiasan.
•••
MALIKHA tersenyum melihat penampilan anaknya. Nasha kelihatan comel dengan dress soft pink dibadannya.
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.
"Comelnya anak mummy! " geram Malikha tengok Nasha, nak je dia gomol.
"You too mummy! " puji Nasha. Malikha juga turut memakai dress warna senada dengan Nasha. Tema mereka semua harini soft pink iaitu warna kegemaran Nasha.
"Auww,thank you sayang! Come! Everyone is waiting for our princess Nasha to come out. " Malikha memimpin tangan anaknya.
Mereka berdua turun kebawah dimana semua sudah menunggu ketibaan mereka berdua.
"Ha dah sampai pun princess kita. Comel-comel ya. " celah Mikael selaku pengacara majlis. Takde lah majlis mana, Malikha cuma buat majlis kecil-kecilan. Hanya keluarga dan kawan terdekat je dijemput hadir.
"Comelnya cucu tok mi ni! " mummy mencium Nasha berulang-kali. Nasha tergelak.
"Dah dah lah tu yang. Meh Nasha, dekat tok di. " kini daddy pula menggomol Nasha.
"Cis! Kata dekat orang dia pun sama je! " gerutu mummy.
"Dah la tu nak bermanja pun mummy daddy. Kita sambut dulu birthday. Mika tak sabar nak makan cake ni. Nak merasa kek sendiri, dah tua. Kalau kek anak pula kita ni single. " sampuk Mikael.
"Siapa suruh kau tak kahwin? Umur dah masuk 30! Pangkat pakciklah kau! " kutuk Mir'aish.
"Diam lah kau! " Mikael menjeling adiknya.
"Sudah! Jangan nak buat hal pulak! Hancur birthday anak aku nanti. Ha Mika cepat sikit! " bebel Malikha.
"Ish aku tahulah! Ok, ehem!" Mikael membetulkan suaranya terlebih dahulu.
"Assalamualaikum dan terima kasih kepada semua sahabat sedara yang datang memeriahkan lagi birthday puteri Nasha Stelliana kita. Kalau yang tak bawak hadiah tu sila bla ye, cik Nasha kita tak sambut kehadiran kome! Dan bagi yang membawa hadiah tu terima kasihlah! Hadiah untuk saya ada tak? Mana tahu ada yang nak derma isteri untuk saya. " gurau Mikael.
"Woi! Cepat lah bongok! Apa kau mengarut ni? " marah Mir'aish, sakit hati dia tengok perangai bengap abang dia ni.
"Ok maaflah ye semua. Ok bagi memulakan majlis mari kita sama-sama menyanyikan lagu happy birthday untuk princess kita. " Mikael memasang lagu happy birthday dan mereka semua bernyanyi bersama.
Usai bernyanyi upacara memotong kek dilakukan. Malikha membantu Nasha membelah kek. Selepas kek dipotong tepukan gemuruh beserta ucapan tahniah bergema di pelosok rumah.
"Tahniah buat Nasha dari pak long! Nanti hadiah pak long bagi. Ok sekarang dipersilakan semua tetamu untuk menjamu selera. Kalau ada yang ingin memberi hadiah boleh lah bagi dekat mummy dia ye tuan-puan. Oklah saya pun nak makan ni. Selamat menjamu selera. " Mikael terus meletakkan mic di tempatnya semula. Kemudian dia pergi kearah Malikha.
"Happy birthday princess! Nah hadiah dari pak long. " Mikael menyerahkan satu kotak besar kepada Malikha.
"Apa benda lagi la kau ni. Mesti set mainan. Dalam bilik anak aku penuh dengan mainan yang kau beli! " Malikha mengeluh.
"Ala apa salahnya. Aku pun takde anak. Sini Nasha, come to paklong." Mikael mengangkat Nasha.
"Nasha, what you have to say first? " soal Malikha.
"Thank youu, pak long! " Nasha mencium pipi Mikael.
"Welcome sayang! " Mikael membalas ciuman Nasha.
Malikha tersenyum melihat kemesraan mereka berdua. Walaupun Nasha tak mendapat kasih sayang seorang bapa sekurangnya Mikael menyayangi Nasha seperti anaknya sendiri.
'Alangkah bagusnya kalau hubby pun ada sekali.' . . . . .
Ups! Gambar ini tidak mengikuti Pedoman Konten kami. Untuk melanjutkan publikasi, hapuslah gambar ini atau unggah gambar lain.