BAB 11

5.5K 190 1
                                    

"Nak buat apa ek harini?" tanya Malikha pada dirinya sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


"Nak buat apa ek harini?" tanya Malikha pada dirinya sendiri.

"Nak joging ke?"

"Tapi ni dah malam, mana ada orang joging malam malam, gila ke?" Gerutu Malikha seorang diri. Tak selang beberapa saat, tiba tiba ada yang menyampuk dia bercakap.

"Memang kau gila pun, bercakap sorang sorang bukan gila ke tu?"

"Eh mak kau cantik melecun meletop! Eh?" Latah Malikha.

"Ish abang lagi, suka sangat terkejutkan Lia ingat best ke?" rungut Malikha 'tanjat tite'.

"Suka hati aku la nak terkejutkan kau ke, nak sepak kau ke, nak tumbuk kau ke, ada masalah ke? " tanya Nash datar.

"Memang ada masalah, masalahnya orang yang abang nak kenakan tu Lia ye" kata Malikha sambil tersenyum 'manis'.

"Jadi?"

"Hah? Jadi apa" berkerut dahi Malikha.

"Ada aku kesah?" Kerek Nash lalu blah.

"Panas je hati kita ni eiii nak je aku tampar muka kerek dia tu, bikin wa panas je " terkumat-kamit mulut Malikha menggerutu.

"Oh btw... " Nash patah balik ke bilik Malikha.

"Kau nak ikut aku pergi kedai tak? Tadi kan kau cakap kau bosan siap jadi gila lagi, jadi aku sebagai abang yang taknak adiknya memalukan keluarga jadi aku ajak kau sekali." Ajak Nash pakej mengutuk sekali.

"Ehh suka hati abang je cakap Lia gila, abang la yang gila datang bilik orang macam pencuri" cemberut Malikha.

"Tak masalahnya aku just tanya kau nak ikut aku pergi kedai ke tak, bukan suruh kau membebel, jadi kau cuma jawab nak atau taknak faham cik adik sayang? " Nash mengukirkan senyuman yang paling manis.

"So kau nak ikut ke tak? Kalau taknak takpe aku pergi seorang bye." kata Nash lambat lambat.

"Ish Lia ikut! Tunggu kejap orang nak bersiap" Malikha bergegas menyiapkan diri.

"Cepat sikit lambat aku tinggal!" jerit Nash.

"Yelah!"

"Lah ingatkan nak bawa pergi tengok wayang ke Shopping ke ni pergi makan je? " tanya Malikha tak percaya.

"Yelah pergi mana lagi? Malas aku nak pergi tempat lain, bukan dapat apa pun. Menghabiskan duit je, kalau pergi makan duit tak habis sia sia, perut pun kenyang." Nash mengusap perutnya.

"Hm apa apa jelah." Malikha memutarkan matanya.

Mereka pun meneruskan makan sambil bermain telefon masing masing.

"Eh you Nash kan?" tanya seorang perempuan tiba-tiba.

'Aduh minah songkek mana pula ni dengan pakaiannya macm nak buat mata aku terkeluar sebab seksa menengoknya, haih nak makan pun tak senang' keluh hati Malikha.

"Aah aku Nash, kau pula siapa tetiba tegur aku?" Tanya Nash tanpa melihat kearah perempuan tu sekilas pun.

"I'm Linda, your ex classmate, how can you tak ingat I? Kat sekolah dulu I lah yang paling hot dan popular tau." Bongkak Linda.

'Eh eh minah ni tak sedar diri nampak' Malikha menjuih bibirnya.

"Lah yeke? Tapi kenapa aku tak kenal kau pun?" tanya Nash dengan muka datarnya.

"Pfftttt...... Kesian terlalu percaya diri sampai memalukan diri" sindir Malikha.

"Eh! You siapa nak gelakkan I? Sudahlah makan dengan boyfriend I!" marah Linda.

"Eh bila pula aku ni ada relay dengan kau? Mati hidup balik pun tak ingin." pelik Nash.

"HAHAHA! lawak la you ni, oh ya you tanya I ni siapa kan tadi? Ok sini I perkenalkan diri" kata Malikha lalu bangun dan duduk di sebelah Nash kerana tadi dia duduk berhadapan.

"Perkenalkan Malikha Stellia, girlfriend kepada Nash" Malikha senyum mengejek.

"WHATT?!" jerit Linda terkejut dengan Nash sekali terkejut.

"Eh betina! Kau tak payah nak menipu la! Nash milik aku seorang!" berang Linda habis semua pelanggan melihat ke arah mereka.

'Ish dia ni bikin wa malu la' keluh Malikha.

"Shhhhhh! Baby betul ke you suka dia?" tanya Malikha manja .

"Hah?" Nash menatap Malikha bingung. Malikha terus memijak kaki Nash.

"Aaa...tak tak I suka dan sayang you seorang je Cutie" kata Nash sambil tersenyum. Dalam hati dia je tau.

"What? No no no, Nash sayang I seorang je. Kau tepi perampas!" Linda tetap tak menerima kenyataan. Tangannya ingin menolak Malikha.

"Apa pulak ni, you pekak ke tak dengar apa yang Nash cakap tadi, nak I ulang semula ke? Ok meh dengar sini, buka telinga you tu sampai berdarah pun takpe. Nash cakap dia suka dan hanya sayang I seorang je! Ok?" kata Malikha sinis. Dia menepis tangan Linda.

"Ahhhh! Ni semua salah kau dasar perampas" tangan hendak menampar Malikha tetapi belum sempat tangannya hinggap di pipi Malikha, gadis itu terlebih dahulu menahannya.

"Don't be so agressive darling or not you will embarrassing yourself " Malikha tersenyum.

"Oh ya jaga maruah you sikit, jangan nak suka hati datang tegur orang lepastu claim kata boyfriend. Memalukan tahu tak, dah bye I balik dulu." Malikha mengambil barangnya dan menarik tangan nash, semasa berpapasan dia sempat mengatakan sesuatu kepada Linda.

"Mencantikkan diri elit,
Jaga maruah diri sulit." terciduk Linda.













"Wow pandai ek kau berlakon, siap pakej baby lagi" sindir Nash.

"Ish diamlah, siapa suruh dia gedik sangat? Sudahlah Lia ni anti dengan orang jenis pick me hidup nak mati taknak ni." kesal Malikha dengan sedikit rasa malu.

"Tapi power juga ayat kau ek, terkedu gila muka dia tadi" Nash tersenyum.

"Ala biasalah, tengok gelaran masa sekolah la" kembang bulu ketiak dia.

"Berlagak. Apa gelaran kau masa sekolah?" tanya Nash.

"Laser queen" jawab Malikha bangga.

"Oh patutlah tengok kau sindir betina tu pun dah nampak lasernya sampai ke aku terasa sekali" Nash menggelengkan kepalanya. Laser la sangat.

"Aik boleh pula dia terasa, ada ada jelah abang ni." Malikha tergelak kecil.

Nash hanya diam dan fokus dengan pemanduannya. Kereta Nash meluncur di atas jalan menuju ke rumah mereka.















TBC

𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Where stories live. Discover now