BAB 12

5.1K 190 0
                                    

Mereka sekeluarga bersarapan dengan senyap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Mereka sekeluarga bersarapan dengan senyap.

"Daddy nak kamu semua berkumpul di ruang tamu selepas makan." Arah Daddy tiba tiba. Mereka hanya menganggukkan kepala.

Selepas siap bersarapan mereka semua berkumpul di ruang tamu.

"Apa yang Daddy nak bincangkan?" Soal Nash. Disebabkan dia sulung jadi dia la yang kena tanya.

"Macam ni. Daddy bercadang nak buat percutian keluarga selama seminggu, jadi Daddy nak semua ambik cuti, tiada bantahan! Dan Nash  daddy dah suruhkan PA kamu aturkan kerja kamu" arah Daddy.

"Nash ok je"

"b-but Daddy-"

"tiada bantahan Lia, kalau tak daddy hancurkan bisnes kamu" ugut daddy sebelum sempat Malikha menghabiskan ayatnya.

"haih...baik daddy" pasrah Malikha.

"Daddy nak buat dalam Malaysia je. Dah bosan luar negara, kita buat dekat Terengganu. Lusa kita bertolak." Putus Daddy.

"WHAT!!?" Jerit mereka semua terkejut.

"apa what what? tak kira la terlalu awal atau terlalu lambat, tiada sebarang bantahan" tegas daddy lalu terus naik ke atas.

"apa ni my?" Soal Noah tak puas hati.

"mummy pun baru tahu. ikut jelah kata daddy kamu tu, tiada siapa boleh bantah dia pun" kata mummy lalu turut mengikuti langkah suaminya.

Mereka bertiga hanya bisa mengeluh pasrah.













Malikha mengemas barang barangnya yang hendak dibawa esok. Dia packing awal sebab senang nanti untuk cek balik takut tertinggal apa apa ke.

"ok siap pun! nak tidur, ngantuk la pulak, dah la esok kena bangun awal." kata Malikha seorang diri.

Malikha bangun lalu menuju ke katil dan terus dia menghempaskan badannya ke katil empuk itu. Malikha membuka telefonnya untuk melihat jika ada yang menghantar mesej tapi seperti biasa 'kosong'. Nasiblah tiada kawan. Malikha kemudian menutup kembali telefonnya dan melelapkan matanya. Tak lama kemudian dia hanyut ke dalam mimpi indah.

...

"semua dah bawa apa yang patut?" tanya Daddy.

"dah daddy, double check dah pun" kata Noah.

"ok lah dah jom bertolak, kamu nak naik sekali dengan Daddy ke macam mana?" tanya Daddy pada mereka bertiga.

"Noah naik dengan abang." putus Noah.

"Ha kamu Lia?" tanya Daddy sambil melihat Malikha.

"Lia naik kereta sendiri" beritahu Malikha.

"tak payah nak mengada, kau naik dengan aku, buat apa kereta banyak banyak?" Arah Nash.

"betul jugak kata Nash tu, kamu naik dengan Nash jelah Lia" setuju Daddy.

"lagi pun kamu tu perempuan, bahaya memandu jauh seorang seorang." Sambung Daddy.

Malikha nak tak nak kena setuju. Mereka kemudian menaiki kereta dan terus menuju ke Terengganu.

...

Nash melihat sisinya, kelihatan Malikha sudah terlena, Nash melihat cermin depan pula, kelihatan Noah juga sudah terbongkang tidur.

"eh eh sedap pulak 2 ekor ni tidur, aku penat penat memandu dia boleh tidur?" bebel Nash.

Tiba tiba telefon Nash berdering seperti meminta untuk diangkat, Nash melihat nama pemanggil 'mummy?'. Nash terus sahaja mengangkat telefonnya.

"ye mummy, ada apa call Nash?" tanya Nash.

"nanti kalau ada RnR berhenti ye?" suruh mummy.

"ok mummy" Nash kemudian meletakkan telefonnya semula selepas mummynya menamatkan panggilan.

Usai melihat RnR, Nash terus menukar simpang dan mencari parking. Nash melihat Malikha usai keretanya sudah elok terparking.

"woi! bangun!" kejut Nash.

Malikha yang mendengar suara Nash mencelikkan matanya manakala Noah masih belum sedar.

"Kau pergi lah nak buang air ke nak makan ke? aku nak pergi tandas kejap" beritahu Nash.

"Habistu Noah macam mana?" tanya malikha sambil melihat Noah yang terbongkang tidur.

"biarlah dia" kata Nash selamba lalu dia keluar dari keretanya untuk ke tandas.

Malikha pun keluar dari kereta untuk membeli roti dan air.

...

Noah mencelikkan matanya, terpinga pinga dia selepas melihat kereta Nash hanya ada dia seorang. Noah melihat sekelilingnya, 'RnR?'.

"sampai hati diorang tinggal aku" kesal Noah.

Dia kemudian membaringkan badannya semula dengan kesal. Noah menunggu kakak dan abangnya sambil bermain game.Tak lama selepas itu kedengaran pintu seperti dibuka. Noah menjeling abangnya.

"apasal muka kau macam ayam berak kapur ni?" tanya Nash selamba.

"kau pernah tengok ayam berak kapur ke?" tanya Noah balik. Nash hanya menjongketkan bahunya.

"asal kau tak kejut aku tadi?" tanya Noah geram.

"aku dah kejut kau tadi, kau yang tak bangun" balas Nash.

"kejut lah sampai aku sedar!"

Nash yamg malas melayan hanya mendiamkan diri, tak lama kemudian Malikha datang sambil membawa minuman dan makanan.

"nah!" Malikha menyerahkan Noah beberapa makanan ringan dan air cola.

"abang nak air apa?" tanya Malikha.

"suka hati kau" balas Nash.

Malikha kemudian menyerahkan satu tin air nescafe original kepada Nash. Nash hanya mengambil tanpa banyak soal.

"lambat lagi ke nak sampai bang?" tanya Malikha.

"lambat lagi, kau tidur lah dulu" suruh Nash.

"baru je bangun tidur. Segar bugar lagi mata Lia." kata Malikha.

"suka hati kaulah" balas Nash.

Nash kemudian meneruskan perjalanannya manakala malikha hanya bermain telefonnya. Noah di belakang melantak je kerja dia, lepas bangun tidur memang laparlah, nasib kakak dia belikan makanan kalau, tak  memang kebulur dia nanti, nak harapkan abang dia...hmm hampeh! mati hidup balik pun dia tak layan.


























To be continued.

𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Where stories live. Discover now