BAB 37

3.4K 110 0
                                    

MIR'AISH memandang abangnya. "Macam mana dengan Mal? "

"Macam tu lah dia, still tak boleh terima. Tapi alhamdullilah lepas aku nasihat dia sikit dia dah mula berubah sikit. Dia dah mula bergaul semula tapi dia masih pendiam, hanya akan bercakap bila ada yang menegur. Dan kau bila nak berjumpa dia? " tanya Mikael.

"Tengok lah kalau dia dah mula positif sikit. Aku takut bila aku jumpa dia emosi pulak. " datar Mir'aish.

"Tapi ni bukan salah kau. Buat apa dia nak emosi pulak. " dah puas dia nasihat tapi si Mir ni tetap menyalahkan diri. Eloklah tu dulu yang tu asyik salahkan diri sampai trauma sekarang yang ni pulak jangan trauma sudah lah panjang pulak cerita ni nanti.

"Kau tak ingat ke masa dekat hospital dulu. Dia mengamuk dan salahkan aku kan? " Mir'aish kembali mengingati kejadian dimana Malikha hilang kawalan.

"Tapi masa tu dia tak sedar apa yang dia cakap. Dia sedih sangat. Aku tahu dia pun serba salah. Kau pergi lah jumpa dia. " pujuk Mikael.

"Urm. Tengok lah nanti kalau aku tak sibuk. " Mir'aish kembali mendiamkan diri.

Mikael turut berdiam diri tapi dirinya kelihatan seperti berfikir dengan kerutan di dahinya.

"Weh Mir, kau tak rasa pelik ke? " celah Mikael tiba-tiba.

"Pelik apa? " soal Mir'aish malas.

"Masa kematian Nash tu la. Kau ingat kan masa si doktor tu berkeras halang semua ahli keluarga untuk berjumpa dengan Nash? Malah dia suruh cepat-cepat kuburkan mayat Nash walaupun masa tu Malikha masih tak sedar dari pengsan. Salah seorang dari kita pun tak dapat tengok wajah Nash buat kali terakhir. " ujar Mikael tentang perkara yang buat dia tak tidur nyenyak kebelakangan ni.

"Hmm. Aku pun dah perasaan lama. Sebenarnya masa diorang tengah angkat mayat nak dikuburkan tu dah pelik. Sebab mayat tu tinggi dia tak sama dengan Nash. And badan Nash tu tegap, memang mayat tu tegap jugak tapi tak setegap Nash. Aku rasa something wrong lah. Betulke Nash dah mati? " Mir'aish berfikir dengan serius.

"Ye do! Entah-entah dia palsukan kematian dia macam kau! " teruja pulak Mikael dibuatnya.

"Tapi apa function dia buat semua ni? " keliru Mir'aish. Nak pecah kepala dia.

"Ye tak ye jugak. Dia ada musuh ke? Tapi kan kau rasa dia dah pulih ke dari depression dia? " soal Mikael ingin tahu.

"Mana lah aku tahu! Tapi kalau tengok kesakitan dia haritu macam teruk sangat je. Mungkin ye dan mungkin tak. Dan kalau tak berkemungkinan dia nak palsukan kematian sebab depression dia. Mana tahu dia tak nak susah kan orang dengan depression dia then palsukan kematian lepastu rawat depression dia seorang diri. Well macam dalam cerita novel. Cliche. " sempat lagi dia mengutuk.

"Wush gempak mat! Macam movie doh! " Mikael terkinja-kinja.

"Alah kau ni! Serius lah sikit! Macam tak pernah hadap benda yang hampir sama. Kau lupa ke dulu kau pun menghilangkan diri lepastu membesar dengan keadaan yang susah. Tahu-tahu je dapat jadi polis! Nasib si Mal tu bijak! Kalau tak sampai bila pun kau nak sorokkan diri! " kutuk Mir'aish.

"Eleh kau! Kau pun sama je! " Mikael menjeling adiknya sedas.

"Sekurangnya aku munculkan diri depan Malikha walaupun dia tak tahu pun kewujudan aku! Bukan macam kau, pengecut! Nak kena adik sendiri datang jemput. Ingat kau tu raja? " perli Mir'aish.

"Eh kau! Hormat sikit aku! Aku keluar dulu daripada kau! " Mikael mula menggunakan pangkatnya kerana telah kehabisan idea untuk membidas.

"Keluar dulu pun apa guna kalau bengap! Lagi pun aku beza 1 tahun jelah bahlol!" Kutuk Mir'aish sebelum berlalu kedapur untuk minum air. Naik kering tekak dia berlawan kata dengan abangnya.

"Kurang ajar punya budak! Kenapalah aku dapat adik yang tak reti bercakap lembut sikit! Yang minah tu pun sama  je! Nama je perempuan tapi kasar! " Malikha mula membebel seorang diri.

Mir'aish hanya berpura-pura pekak.
.
.
.
.
.

Hoppla! Dieses Bild entspricht nicht unseren inhaltlichen Richtlinien. Um mit dem Veröffentlichen fortfahren zu können, entferne es bitte oder lade ein anderes Bild hoch.
𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt