BAB 35

3.6K 113 1
                                    

MALIKHA menunggu di luar wad kecemasan dengan sabar. Walaupun keputusan dia sangat nipis kerana di tembak di dada sebanyak dua kali dan tidak memungkinkan mangsa untuk hidup.

"Mal, aku tahu la kau risau, aku pun risau. Tapi duduklah, dah sejam lebih kau berdiri. " serabut Mir'aish tengok adik nya kehulur-kehilir.

Malikha tanpa banyak kata melabuhkan duduk.

Mereka menunggu dengan sabar. Setelah beberapa minit doktor lelaki keluar. Malikha terus meluru.

"Doc, macam mana dengan husband I? " tanya Malikha terus tapi melihat riak wajah doktor dia mula diserang rasa takut.

Doktor menghela nafas perlahan. "Saya minta maaf, tuhan lebih menyayangi suami puan. Masa kematian 1:45 pagi. Harap semua bersabar. Takziah. "

Malikha mengundur kebelakang. Kepalanya digeleng diikuti mulutnya menyebut perkataan 'tidak mungkin' berulang kali.

"Baiklah, terima kasih doktor. " Mir'aish menunduk sedikit.

Doktor tu hanya mengangguk sebelum berlalu ke bilik pesakit lain.

"Tak! Tak mungkin Nash dah takde! " Malikha tetap tidak menerima kenyataan.

"Mal, kau dah dengar kan kata doktor tu tadi? Tak kan dia nak menipu? " pujuk Mir'aish.

"Ni semua salah kau! Kalau kau tak rancang benda bodoh ni suami aku takkan mati! Mesti kau happy kan sekarang?! " Malikha mula mengamuk.

"Astagfirlullah-al azim! Malikha! Kau sedar tak ni?! Ni takdir! Cuba jangan jadi gila! Mir pun mesti sedih, Nash tu kawan dia?! Boleh tak bercakap tu guna otak! " marah Mikael.

Malikha terdiam, dia memandang Mir'aish yang tersenyum pahit. "Sorry."

"Takpe aku faham perasaan kau macam mana. Aku pun nak minta maaf. "

Malikha menunduk, air matanya mengalir. Dia tak boleh! Dia lemah!

"Mika, kau jaga Mal. Aku nak selesaikan hal jenazah " Mir'aish terus berlalu meninggalkan Malikha dan Mikael berdua.

"Mal, aku tahu kau sedih. Tapi kau tak boleh menolak takdir. Kalau Nash tengok kau macam ni mesti dia sedih kan? " pujuk Mikael.

"Tapi aku tak kuat. " Malikha mula menangis.

Mikael memeluk adiknya menyalurkan semangat. Dia mengucup kepala Malikha. Dia pun sedih tapi mengenangkan keadaan adiknya yang memerlukan pendamping memaksa di untuk menahan rasa sedih. Ditambah lagi dia membawa satu nyawa bersama.

'Kau kena kuat! Demi anak kau! '

••

MALIKHA memandang sepi kuburan milik Nash. Dia pengsan sebab terlalu penat dan setelah dia sedar mayat Nash telah dikubur. Meraung juga dia sebab tak dapat nak tengok serta mencium wajah Nash buat kali terakhir. Tapi takkan dia nak gali kubur semula?

"Kak, jom balik. " ajak Noah.

Malikha memandang adiknya. "Kau balik lah dulu, akak nak duduk sini kejap. "

Noah beralah. "Tapi jangan lelama tau. Akak tu mengandung."

"Ye akak tahu. " Noah kemudian meninggalkan Malikha berseorangan.

Malikha memandang kuburan Nash dengan sayu. Dia mengusap batu nisan.

"Kenapa hubby tinggalkan Lia? Macam mana dengan anak kita nanti? Kalau dia tanya pasal hubby Lia nak jawab apa? " sayu Malikha menuturkan, air matanya kembali mengalir.

Malikha menyentuh perutnya yang sedikit membungkit. Kehamilannya baru masuk 2 bulan.

"Sayang, nampaknya awak cuma ada mummy. Daddy dah tinggalkan kita berdua. " Malikha menunduk.

Malikha menyapu air matanya. "Oklah hubby, Lia balik dulu. Nanti Lia datang balik, dan kirim salam dekat mama papa tau!Assalamualaikum suami saya.."

Malikha terus melangkah pergi dari kuburan tanpa memandang kebelakang lagi.

'Semoga hubby tenang disana.'
.
.
.
.
.

𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Where stories live. Discover now