BAB 42

3.6K 116 0
                                    

MALIKHA berkerut. Dia melihat kotak yang dihantar ke rumahnya. Setiap kali birthday Nasha mesti dia akan mendapat satu kotak. Isinya pula penuh dengan kelengkapan baby. Senang kata ada baju, seluar, topi, kasut, beg macam-macam. Dan mesti akan diselit satu kad ucapan.

Malikha mengambil kad ucapan dan membacanya.

Happy birthday to my princess Nasha Stelliana. Time goes too fast. Now my little princess became the cutest girl in the world. I miss you so much. Here some gift from me. I can't wait to see you.

D.N
━━━━━

Dari dulu dia ingin tahu siapa D.N ni. Dalam fikiran ada terdetik seseorang tapi dia cepat-cepat menepis kerana dia tahu sangat mustahil untuk dia jadi pemilik nama ni.

Malikha mengangkat kotak tu masuk kedalam rumahnya. Tanpa dia sedari ada satu mata memerhati setiap perbuatannya dari dia keluar hingga masuk ke rumah.

Nash tersenyum. " Soon baby. I will come to you "

•••

MALIKHA bersiar dengan anaknya di tempat permainan. Nasha asyik merengek nak keluar, nak tak nak dia pun terpaksa ambil cuti.

"My my! Asyim! Asyim! I want asyim! " Nasha menarik-narik seluar Malikha.

"Ye ye sayang, sabar. " Malikha memimpin tangan anaknya untuk kekedai aiskrim.

Sedang dia memilih perisa, tanpa sedar Nasha telah berlari ke satu arah.

Malikha menghulurkan duit kepada pakcik penjual aiskrim. "Terima kasih. "

"Ok jom Na-NASHA! " terkejut Malikha bila perasaan anaknya tiada di sebelah. Malikha mula gelisah, dia berlari mencari kelibat anaknya. Tak kisah dah pandangan orang lain bila dia terpekik memanggil anaknya. Apa yang dia fikir sekarang keselamatan anaknya.

Lari punya lari dia perasan kelibat anaknya. Terus dia berlari kearah anaknya. Malikha terus memeluk Nasha.

"Ya Allah sayang! Jangan buat mummy macam ni lagi! " air mata Malikha hampir mengalir. Syukur dia rasa apabila anaknya kelihatan baik-baik sahaja.

"My, bear! Bear! " jerit Nasha teruja sambil menunjuk teddy bear dihadapannya.

Malikha memandang teddy bear dihadapannya. Ni bukan teddy bear mainan tapi orang yang pakai costume teddy bear.

"Jadi sebab ni lah you lari daripada mummy ye? Haih anakku, hantu teddy bear sungguh. " Malikha mencubit pipi Nasha geram.

Malikha kembali memandang teddy bear dihadapannya. "Terima kasih tolong tengokkan anak saya. Dan maaf sebab menyusahkan awak. "

Teddy bear tu hanya mengangguk kepalanya.

"Dah jom kita balik dan nah aiskrim you ni. Dah cair dah. " Malikha menyerahkan aiskrim yang sedikit cair kepada Nasha.

"My my! Ambar! Nak ambar! " jerit Nasha sambil menunjuk kearah teddy bear.

"You nak tangkap gambar dengan bear ni? " tanya Malikha untuk kepastian. Nasha mengangguk-angguk.

"Ok pergi dekat dengan dia. Mummy tolong tangkap. " setelah Nasha membuat pelbagai gaya, Malikha menangkap gambar mereka berdua banyak kali.

Ada yang Nasha memeluk, mencium bear serta buat gaya mini love. Ada jugak gambar dimana bear mencium Nasha serta memeluknya. Gambar tu membuat Malikha merasa sedikit tersentuh. Dia pun tak tahu kenapa.

"Oklah dah jom balik. Say bye-bye to bear. " arah Malikha.

"Bye-bye teddy! " Nasha melambai kearah teddy bear. Mereka berdua terus melangkah pergi.

Teddy bear hanya memerhati kepergian mereka. Setelah kelibat mereka hilang teddy bear membuka sarung di kepalanya.

"Finally I can get closer to you. Even if you don't know this is me. " Nash tersenyum lebar, dia bahagia dan sangat bahagia.
.
.
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Where stories live. Discover now