BAB 26

4.6K 150 2
                                    

MALIKHA yang sedang mengemas tanpa sengaja ternampak kertas yang bagi nya pelik. Kertas tu diselitkan di buku kerja Nash tapi kertas tu tak macam kertas kerja Nash yang biasa. Dia nampak lain.

Malikha dengan rasa ingin tahu bertindak dengan menarik kertas tu dari timbunan buku.

"PTSD? Trauma? " Malikha terkedu. Jadi selama ni Nash menderita PTSD?

Malikha kembali menggeledah barangan Nash. Terlihat satu botol yang asing di pandangan Malikha.

"inhibitor serotonin reuptake selektif ? " (fuh panjang mat)

Malikha memilih untuk mencari maklumat ubat ni di google.

"ubat anti-depression? " Malikha tercengang.

"Nash ada depression? Kenapa dia boleh ada trauma? Apa yang jadi selama dia duduk dekat Australia dulu? " Malikha memandang kertas yang berupa borang di tangannya. Dia membaca semula apa yang tertulis di kertas tu.

"So dia dah ada trauma ni sejak dia umur 15 lagi? Selama 10 tahun ni dia menderita PTSD? Dan dia tak berniat nak bagi tahu kami semua? Apa yang dia fikir sebenarnya? " Malikha mula berasa bengang.

Dia cuma pertikaikan kenapa Nash tak bagitahu dia benda serius macam ni? Dia isteri kut!

"So you nak sorok sangat kan? Ok takpe! I boleh berlakon untuk you. " Malikha hanya menyambung permainan Nash seperti yang Nash mahu.

•••

MALIKHA menyambut Nash pulang seperti biasa, disebabkan dia masih cuti boleh lah dia mengemas apa yang patut dekat rumah ni.

"Hubby nak makan dulu ke mandi? " tanya Malikha seperti tiada apa yang berlaku. Dia try hard untuk nampak seperti biasa walaupun dia ingin sangat menyembur Nash dengan soalan-soalan yang bermain dikepalanya.

"Mandi dulu lah, baby dah makan ke? " Nash meleraikan tienya.

"Tak, Lia tunggu hubby balik. Kita makan sesama. " Malikha tersenyum manis.

"Oklah. Baby tunggu abang mandi kejap. " Nash terus berlalu keatas.

Setelah kelibat Nash tidak terlihat terus senyuman dia hilang.

"Macam mana hubby boleh ceria sedangkan hubby ada trauma? What's behind your cheerful face hubby?" Kosong Malikha menutur.

•••

NASH memandang Malikha yang termenung tanpa menyentuh sedikit pun nasi di pinggan.

"Baby? "

Sepi.

"Malikha Stellia! " Nash menguatkan sedikit suaranya.

"Ha ye? Apa hubby? "

"Apa yang you termenung tu baby? Nasi pun tak disentuh. Ada masalah ke? " prihatin Nash.

'Sepatutnya Lia yang tanya hubby soalan tu'

Ingin sahaja dia menutur begitu tapi dia dah rancang untuk membiarkan Nash sendiri yang buka mulut.

"Takdelah, Lia cuma penat mengemas je. " tipu Malikha.

"Tu lah hubby dah kata, jangan kemaskan rumah ni. Bibik ada datang tolong kemaskan setiap petang. Tengok sekarang kan dah penat. Degil je you ni. " bebel Nash.

Malikha gelak kecil. "Apa pulak hubby ni, Lia kemas sebab bosan duk rumah tak buat pape. Lagipun tak salah kan Lia nak kemas rumah sendiri. "

"Memanglah tak salah tapi hubby tak suka tengok baby penat. Hubby cuma nak yang terbaik je untuk baby. Baby minta apa pun hubby akan bagi asalkan baby jangan pernah susahkan diri sendiri. Boleh? " tutut Nash lembut.

"Boleh! Kalau hubby sanggup bagi apa sahaja, what about give me a sport car? " uji Malikha sengaja.

"Boleh! Model apa? Nanti hubby suruh PA hubby handle. Cakap je jenama apa, nanti kereta tu terpacak dekat garage nanti. " walaupun dia tahu Malikha hanya ingin bergurau, tapi setiap apa yang dituturnya memang ikhlas dari hati. Biarlah duitnya dihabiskan hanya untuk isteri. Dia sanggup asalkan Malikha setia hidup di sisinya selamanya.

"Takdelah Lia gurau je! Lia tak minat pakai kereta banyak banyak. Kereta Mercedes Benz pun tak guna sangat" tolak Malikha.

"Alah sekali sekala, apa salah nya kan? "

"Lia taknak kereta. " tolak Malikha lagi.

"Habis baby nak apa? " Nash memandang Malikha.

'Lia nak abang jujur peribadi abang yang sebenarnya. Apa yang abang lakukan masa di Australia dan kenapa boleh wujud trauma? ' itu hanya terlintas di kepala nya.

"Lia nak abang! " Malikha tersengih comel.

Nash tergelak. "Ala sweetnya! Wife siapa lah ni? "

"Wife Nash Hyder! Kenal? Tak kenal kan? " gurau Malikha.

Nash menggomol wajah Malikha sepuasnya. "Kenapa comel sangat ni? Geram hubby! "

Malikha terkekek-kekek gelak.

' Why it must be a secret when we can face it together? '
.
.
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Where stories live. Discover now