BAB 3

7.4K 264 0
                                    

Di sebuah rumah banglo terlihat sebuah keluarga sedang berkumpul untuk menerangkan hal yang sebenarnya terjadi.

"Ok sekarang Nash nak mummy terangkan apa yang sebenarnya terjadi semasa Nash takde dan kenapa budak ni boleh muncul dalam family kita? adik angkat huh? Seriously?!" Soal Nash. Dia menyilangkan tangannya serius.

"Ye mummy terangkan, sebenarnya Malikha ni anak yatim, dia dah takde siapa siapa, sedara mara dia yang lain pun duduk jauh alang alang dia ni anak kepada kawan baik mummy jadi mummy ambil lah dia sebagai anak angkat lagipun kesian dia takde orang nak jaga masa tu dia masih kecil lagi jadi tak tahu apa apa sebab tu mummy ambil dia sebagai anak angkat mummy lagipun mummy pun takde anak perempuan jadi adalah peneman mummy selepas ni" terang mummy panjang lebar.

"Takkan dia tiada adik beradik lain kut?" soal Nash tak puas hati.

"Sebenarnya dia ada seorang abang cuma tulah abang dia hilang tanpa jejak masa kemalangan tu, polis dah cuba cari sehabis mungkin dah tapi masih tak jumpa jumpa jadi polis ingatkan si abang Lia ni dah meninggal tapi Lia ni yakin sangat yang abang dia masih ada jadi sementara dia mencari keberadaan abangnya mummy ajaklah dia tinggal sekali dengan mummy sampai dia jumpa abang dia. Lepas dia dah jumpa abang dia terpulang dia lah nak stay sini ke ikut abang dia. Jadi mummy harap kamu dapat terima dia dalam keluarga kita mummy berharap sangat untuk ada anak perempuan jadi takkan mummy nak lepaskan peluang yang sedia ada kan? Mummy harap kamu dapat terima dia ya. " kata mummy berharap yang Nash akan terima Malikha.

"Ish yelah yelah" kata Nash selepas melihat mummynya memohon, dia tahu mummy dia teringin sangat nak ada anak perempuan cuma tiada rezeki, dia taknak mummynya sedih jadi terpaksa menerima Malikha walaupun dia tak suka.

...

Malikha kelihatan sedang berpikir sambil baring.

"Hmm...agak agaknya abang Nash tu terima aku ke tak eh? Tapi tadi dia macam terpaksa terima aku sebab mummy..." kata Malikha seorang diri.

'Ish macam mana kalau dia halau aku? Tak pun jual aku dekat club mahu jadi pelacur aku' Malikha dah mula overthinking.

"ARRRGHHH!!! TAKNAKKK!!" Apa yang dipikirnya membuatkan dia menjerit tanpa sedar.

Malikha yang mula sedar yang dia baru terlepas jeritan yang maha kuat itu menutup mulut dengan mata yang membulat terkejut, tak lama kemudian terdengar ketukan pintu dan suara seseorang.

TOK TOK TOKK!

"Lia ok ke sayang kenapa menjerit tu??" tanya mummy dari luar risau.

"a-ah takde apa-apa mummy ni Lia ternampak lipas terbang tu yang jerit." Tipu Malikha.

Terpaksa dia berbohong takkan dia nak bagitahu yang 'taklah Lia jerit sebab fikir yang abang Nash nak halau Lia tak pun jual Lia dekat club' gila ke apa nak bagitahu macam tu mahu dibebelnya nanti sebab fikirkan benda mengarut.

"Ish ada ada je kamu ni." geleng kepala mummy dengan kerenah anak daranya yang seorang ni, lalu dia turun semula ke bawah untuk menonton drama yang tergendala akibat jeritan Malikha.

Manakala Malikha menghembuskan nafas lega selepas mummynya turun ke bawah lalu dia menyibukkan diri dengan telefon daripada dia memikirkan benda mengarut tu baik dia layari ig stalk mamat handsome ke.

SITUASI DI BAWAH

"Ha dah kenapa anak dara awak tu menjerit?" tanya Daddy, mana taknya menjerit mengalahkan haiwan kat zoo haih geleng kepala dia.

"Entah lah budak tu dia kata ternampak lipas terbang apa apa jelah." kata mummy menggelengkan kepalanya lalu dia sambung menonton drama dengan suaminya.




















Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc. Mind to vote?

𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Where stories live. Discover now