BAB 19

5K 165 0
                                    

MALIKHA menyarungkan sleepwearnya.

Selepas mengemaskan dirinya, Malikha mengambil tempat di katilnya. Telefonnya dicapai, mesej yang dihantar kepada Nash masih tidak berbalas.

Dia siap hantar gambar lagi, tak cair ke mamat ni? Dah seminggu dia berpindah ke rumah Mikael, seminggu tu jugalah Nash ni palau dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Dia siap hantar gambar lagi, tak cair ke mamat ni? Dah seminggu dia berpindah ke rumah Mikael, seminggu tu jugalah Nash ni palau dia.

Malikha mendengus. "Lantak kau lah labu!"

TOK TOK!

"Aik? Siapa ketuk tingkap aku malam-malam ni? Hantu pun takde orang lain ke nak kacau? Orang tengah bad mood ni! Kau tunggu jap hantu! Aku pergi sound kau, biar trauma terus." Malikha dengan kasar membuka tingkap.

"Arg-hmmpp!" Baru nak menjerit mulutnya dah dikunci.

"Diamlah monyet!" Marah hantu Nash.

Nash melangkah masuk ke bilik Malikha. Malikha menepuk-nepuk tangan Nash yang menutupi mulutnya. Nash menurunkan tangannya.

"Abang! Dah kenapa datang rumah macam penyangak!? Masuk pintu depan kan boleh! Abang Mika bukannya tak kenal abang!" bebel Malikha.

"Diamlah kau! Aku malas nak jawab soalan dia nanti." Dengan selamba Nash merebahkan dirinya di katil Malikha.

"Lia chat bukan reti nak balas! Tahu tahu je dah terpacak dalam bilik Lia siap landing atas katil orang tanpa rasa bersalah pulak tu!" sindir Malikha.

"Diamlah! Memekak je kau! Aku nak tidur ni!" Nash memejam matanya.

"Ish abang kan ada katil sendiri dah kenapa datang rumah Lia semata nak tidur sini? Gila ke?"  Malikha menjeling Nash.

"Tak lah! Sekali sekala tukar selera. Lagipun katil kau best! Empuk! Ni kalau dapat peluk kau, lena setahun aku." Nash tersenyum nakal.

"Sudah! Mengarut pulak dia ni. Bukan setahun je, selamanya Lia bagi abang lena nanti. Dah tepi sikit!" Malikha membaringkan diri disebelah Nash. Tak guna dia bertekak, mamat ni bukan faham bahasa bumi, kena guna bahasa alien agaknya kut baru faham.

Nash memeluk Malikha. "Miss you"

"Miss kita tapi bila chat taknak balas. Ingat comel ke?" perli Malikha, tak kuasa dia nak blushing sekarang.

"Kau ni asyik sindir aku je! Tidur lah!" Nash menyembamkan mukanya di leher Malikha.

Malikha yang turut mengantuk memejamkan matanya. Tak lama dia tertidur dengan sendiri.

"I miss you. Today, tomorrow and forever. Goodnight cutie pie"

...

MALIKHA tersengih bila teringat balik kata-kata Nash.

'Miss you too'

"Woi!"

"Mak kau! Ish kau ni bang! Terkejut aku tahu tak!" Malikha menjeling abangnya.

"Kau sengih seorang-seorang dah kenapa? Gila?" Perli Mikael.

"Biarlah orang nak sengih ke muncung ke! Nak sibuk kenapa!" Balas Malikha.

"Eh kau ni kalau dengan aku asyik emo je kalau dengan Nash tu boleh pula kau cakap lembut lembut. Lia, abang lah konon!" sindir Mikael.

"Kau tu lain dia tu lain!" cantas Malikha.

"Lain apa ke bendanya?" Hairan Mikael.

"Kau abang kandung aku dia abang angkat aku. Kan lain tu." Selamba Malikha.

"Woi bongok! Sepatutnya abang kandung lah kau patut cantikkan bahasa tu gila!" Mikael menunjal dahi Malikha.

"Ah lantak lah!" Malikha sambung makan rotinya.

"Ni kau nak pergi butik ke?" Mikael melihat Malikha.

"Haah, kau? Tak pergi balai?"

"Pergi tapi petang nanti lagi lah." tenang Mikael.

Malikha mengangguk. Dia membersihkan tangannya. "Oklah bang! Aku pergi dulu."

"Ye hati-hati memandu." Pesan Mikael.

"Salam" Malikha menghulurkan tangannya.

Mikael menyambut dan Malikha mencium tangan Mikael.

"Oi bongok! Air liur kau lah! Eiii! Geli lah!"  pekik Mikael.

Malikha tergelak jahat. Dia berlari keluar dari rumah. "Air liur kasih sayang bang!"

"Kasih sayang kepala otak kau! Pengotorlah siot! Eiii geli aku." Mikael lekas membasuh tangannya yang melekat air liur kasih sayang Malikha.

"Ish budak ni! Sehari tak cari gaduh dengan aku memang tak sah hari dia!"
.
.
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Where stories live. Discover now