BAB 38

3.3K 112 2
                                    

MIKAEL berjalan pergi kearah keretanya. Dia baru sahaja balik dari 7e, tu pun sebab nak belikan Cadbury untuk Malikha. Mengindam lah katakan.

Sedang dia ingin melintasi jalan tu dia ternampak satu kelibat yang familiar di matanya. Baru sahaja dia ingin mendekati satu kereta menghalangnya, selepas kereta tu berlalu melepasinya kelibat tu telah hilang.

Mikael berkerut. "Aku salah tengok ke? Tapi pelik lah! Tu Nash ke? Takkan mata aku rosak kut?"

•••

MALIKHA mengusap perutnya. Kandungan dia sudah masuk bulan kelima. Dan bermakna sudah 3 bulan Nash meninggalkan mereka semua.

Keadaan dia pun tak banyak berubah. Cuma selera makan bertambah. Dia masih jadi pendiam. Tak banyak bergaul, dan lebih suka bersendirian sambil berbual dengan anaknya.

"Lia! " Malikha terkejut, tersedar dia dari lamunan. Dia mengalihkan pandangannya.

"Nah Cadbury kau! " Mikael memberikan Cadbury yang dibelinya kepada Malikha.

Malikha menyambut. "Thanks"

Mikael memerhati adiknya yang memakan Cadbury sambil termenung. Dia mengeluh, jujur dia cakap dia tak suka tengok Malikha versi ni. Suka menyendiri.

"Adik." Buat pertama kali selepas kejadian yang meragut kedua nyawa ibu bapanya, dia memanggil Malikha 'adik'.

Malikha hanya memandang Mikael dengan riak kosong. Sungguh Mikael cakap, perubahan Malikha terlalu ketara. Dia menjadi orang yang tiada perasaan.

"Sampai bila kau nak jadi macam ni? Aku tak suka lah tengok kau macam ni. Kau hidup tapi jiwa kau mati. Kau seolah patung tau aku tengok. Patung yang bernyawa! " tempelak Mikael, dia masih mengawal nada suaranya supaya tidak menyinggung perasaan mak buyung didepannya.

"Sampai aku mati. " datar Malikha.

Mikael tercengang. "Haih kau ni, bukan kau yang sampai mati tapi aku yang dah mati akal nak nasihat kau ni. "

"Siapa suruh? " selamba Malikha.

"Makin kejam balasan kau sekarang. Macam manalah nasib anak kau nanti dapat mak takde perasaan macam kau ni! " kutuk Mikael.

"Takde maknanya aku nak layan anak aku macam tu. Dia still di bawah pelindungan aku. Pandai lah aku jaga dia nanti. " usai berkata Malikha terus meninggalkan Mikael keseorangan.

Mikael hanya memandang belakang Malikha, dia mengeluh. "Apa lah kau dah buat dekat bini kau ni Nash? Aku jumpa kau nanti siaplah kau! Takde kerja palsukan kematian! Aku akan cari kau sampai lubang cacing!"

Disebabkan rasa terdesak sangat dia menggugut doktor yang menguruskan hal Nash haritu. Nasib baik doktor tu senang digulakan. Dapat jugak dia tahu hal sebenar. Memang budak tu palsukan kematian!

'Sabar Nash, kau nak main aku pun nak main. Jom kita main sama-sama. Dapat jugak aku rasa vibe-vibe mission impossible! Hehehe... ' Mikael tersengih.

•••

MALIKHA yang berada di dalam biliknya diam-diam menangis sambil melihat gambarnya bersama Nash.

Siapa kata dia ni takde perasaan?! Dia cuma tak tunjukkan didepan semua orang je. Yang sebenarnya dia tetap seorang isteri yang masih meratapi kepergian suami yang disayangi.

'I'm sorry hubby. I can't be as strong as you want me to be. I can't!'
.
.
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Where stories live. Discover now