BAB 4

7.1K 238 0
                                    

Kelihatan Malikha sedang termenung di jendela tingkapnya. Dia sedang memikir perihal abangnya yang hilang selama berbelas tahun. Dia tak tahu macam mana nak cari abangnya yang hilang dikeranakan muka abangnya pun dia tak ingat.

"huhhh...macam mana lah aku nak cari abang aku ni." keluh Malikha seorang diri. Dah bertahun-tahun mencari tapi masih tak menjumpai jejak abangnya tu tapi dia tetap tak berputus asa dan yakin yang abangnya masih hidup.

Termenung punya termenung sampai tak sedar yang dirinya diperhati oleh seseorang sejak dari tadi.

Malikha yang mengantuk pun mula menutup pintu tingkap biliknya sebelum berlalu ke tempat tidurnya. Dia membaringkan dirinya lalu bermain dengan telefonnya sebelum terlelap.

...

Nash memerhati Malikha sehingga Malikha menutup tingkap biliknya. Sebelah keningnya terangkat.

"Not gonna lie, she has a such sexy body.  The S line is drive me crazy. " Tanpa dia sedar, dia sedang menjilat bibirnya sendiri sembari tersenyum senget.

...

Kelihatan Malikha sedang bersiap siap untuk berjumpa dengan sepupunya di restoran milik kepada suami sepupunya.

Malikha memilih untuk memakai dress warna hitam paras atas lutut lengan panjang yang jarang di bahagian tangan. Malikha membiarkan rambut paras dadanya tidak berikat, dia hanya memakai sedikit bedak dan lipbalm dikeranakan dia tidak suka bermekap dan mukanya yang sedia cantik seperti orang arab disebabkan dia memiliki mix Arab, Rusia dan Melayu.

Malikha mengambil sling bagnya dan meletakkan barang yang diperlukan serta kasut tumit tinggi 2 inci yang berwarna hitam.

Malikha turun ke bawah dengan menggunakan lif , dia malas menggunakan tangga kerana biliknya di tingkap tiga jadi dia hanya menggunakan lif.

Selepas turun ke bawah Malikha pergi ke bahagian dapur untuk sarapan.

"Morning Guys!" sapa Malikha kepada yang lain, hanya dia seorang saja yang lambat turun biasalah perempuan kalau bersiap.

"Morning sayang lambat kamu turun." Mummy mencium pipi Malikha sekilas.

"Hehe...Lia lambat sebab Lia bersiap nak jumpa Kak Rasya" kata Malikha sambil tersengih.

"Hm patut pun pakai macam tu nak keluar rupanya." kata Noah mengejek kakaknya. Bukannya dia tak tahu kakaknya yang seorang ni kalau keluar pakaian yang tak cukup kain jugalah yang nak dipakainya, nak kata miskin harga pakaian yang dibeli bukan main mahal.

"Eh ni kira okey apa dari kakak pakai sport bra dengan short pant keluar ha tak ke naya" kata Malikha sambil menjeling Noah.

"Dah dah jangan bergaduh depan rezeki. Ha Lia duduk makan buat apa kamu tercegat je kat situ?"kata Daddy menenangkan keadaan.

Malikha hanya menurut, dia duduk di sebelah mummy dan berhadapan dengan Nash. Malikha menikmati sarapan yang dibuat oleh mummy dengan senyap atau boleh dikatakan gugup sebab dia perasan yang Nash dari dia turun sampai sekarang asyik memerhatikan dia je tapi dia hanya buat tak tahu dan meneruskan sarapannya.

Nash hanya tengok Malikha sambil makan, dia sebenarnya agak kurang suka dengan cara pemakaian Malikha tapi dia takde hak nak menghalang perbuatan Malikha lagi lagi mereka baru beberapa hari berjumpa.

Mereka bersarapan seperti biasa sebelum masing masing pamit untuk pergi ke destinasi masing masing.

...

Malikha memandu kereta Audinya ke restoran suami kakak sepupunya. Selepas sampai ke destinasi yang dikehendaki Malikha masuk ke dalam restoran untuk berjumpa dengan sepupu kesayangannya.

Selepas Malikha perasan kedudukan sepupunya dia terus berlari ke sana dan memeluk sepupunya dengan erat.

"Kak Rasya lamanya tak jumpa akak rindu tau!" kata Malikha manja kerana dia hanya ada Rasya je yang mengambil berat tentangnya semenjak kematian kedua ibu bapanya. Malikha berjumpa dengan sepupunya semula semasa dia sedang bercuti di Terengganu dan tanpa sengaja terlanggar Rasya dan mereka berkenalan, lama kelamaan baru mereka tahu yang sebenarnya mereka memiliki ikatan sepupu, sejak dari itu malikha selalu berhubung dengan Rasya.

"Akak pun rindu Lia" kata Rasya sedikit sempoi, perangai Rasya memang agak tomboy tapi selepas berkahwin perangai tomboy sedikit demi sedikit berkurang tapi masih adalah kasarnya.

"Suami akak la ni susah sangat nak bagi akak keluar, risau sangat ada orang nak ambil isteri dia ni." kata Malikha jengkel.

"Ala biasalah sayang bini." kata Rasya dengan riak.

"eiii geli." Jijik Malikha.

"HAHAHA!"

Mereka terus berbual melepaskan rindu setelah sekian lama tidak bertemu.












Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc. Mind to vote?

𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Where stories live. Discover now