BAB 10

6.4K 207 4
                                    

Nash sedang memikirkan perihal lelaki yang bernama Afiq di officenya. Tak lama kemudian terdengar ketukan di pintu sebelum pekerja merangkap sahabatnya masuk.

"Holllaaaa ahli syurga!" jerit Felix.

"Kau kenapa masuk bilik orang pastu menjerit macam orang takde akal? Salam mana salam?!" marah Nash.

"Ouh Sorry assalamualaikum puteri raja" Felix.

"Waalaikumussalam. Puteri kepala otak kau Puteri tu perempuan bodoh" carut Nash.

"Ouh ye eh lupa lak" Felix sengih.

"Hah kau nak apa datang pejabat aku ni?" tanya Nash.

"Ni ha aku nak bagi maklumat yang kau suruh cari tu" kata Felix sambil meletakkan file yang mengandungi maklumat yang Nash mahukan.

Nash mengambil file itu dan membaca semua maklumat si Afiq.

*Nama: Afiq Al-Razi bin Dato' Mokhtar Al-Razi.
*Umur: 22
*Tarikh lahir: 12/5/20**
*Bekerja di: CEO XFIQ HOLDINGS.
*Status: Single

"Ni je kau dapat?" tanya Nash

"Haah tu je aku dapat. Dah kira detail la tu" kata Felix.

"Hmm ok, takde apa-apa dah kan? so boleh berambus!" halau Nash selamba.

"Eh dia ni orang dah tolong dia cari maklumat dia halau cenggitu je ingat senang ke nak cari maklumat peribadi orang lain." kesal Felix. Dia pun keluar dari pejabat Nash dengan geram. Nak je dia hempas pintu pejabat ni kuat-kuat! Kalau tercabut terus lagi bagus! Sekalian tu biar hempap si raja yang reti mengarah itu ini je.

"Anak dato' Mokhtar rupanya budak ni. Not bad dari segi persenoliti nampak macam budak baik tapi tak boleh percaya sangat kalau tak, pepatah 'don't jugde a book by his cover' tak wujud kan?" kata Nash seorang diri selepas Felix keluar.














MALIKHA sedang bersantai di pejabatnya. Tempahan tak banyak sangat jadi bolehlah dia santai-santai sebab pekerja dia yang settlekan.

"Keluar lah" kata Malikha seorang diri lalu dia mengambil begnya dan keluar dari office.

"Laila lepas ni saya tak masuk butik terus. Saya nak balik rumah. Kalau ada siapa siapa nak jumpa cakap jumpa lain kali ya" kata Malikha.

"Baik cik Lia " Laila menundukkan kepalanya sikit tanda hormat.

Malikha pun pergi ke arah keretanya selepas mendengar balasan Laila. Dia mengeledah begnya untuk mengambil kunci kereta. Tiba-tiba Malikha terasa belakangnya seperti ditekan oleh benda tajam.

"Jangan bergerak atau bersuara. Bagi beg kau sebelum aku tikam kau dengan pisau ni." ugut pencuri tu sambil menekan sikit pisau yang dituju ke badan Malikha.

Malikha dah kejung tak tahu nak buat apa takkan nak bagi beg dia? Banyak kut maklumat penting kat dalam beg ni tapi kalau tak bagi pencuri ni tikam dia pulak.

"WOIII!!" belum sempat Malikha melakukan apa apa seseorang menjerkah.

"Baik kau lepaskan dia sebelum apa apa tindakan dikenakan " ugut penyelamat tu.

"Eh kau siapa nak berlagak jadi hero bagai? Baik kau tak payah masuk campur sebelum kau yang aku tikam." Ugut pencuri tak sedar diri tu.

"Aku polis"

"Ah aku tak percaya! Mana bukti kau tu polis hah?!" cabar pencuri tu

Si penyelamat tu mencari sesuatu sebelum menunjuk lencana polis yang dimilikinya ke depan muka pencuri tu.

𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Where stories live. Discover now