BAB 40

3.8K 117 0
                                    

NASH memerhati Malikha yang berjalan dengan perutnya yang memboyot. Wajarlah kerana kandungan Malikha sudah masuk 8 bulan. Inilah kerjanya selepas sedar dari koma.

Ya dia koma. Sebelum dia dibedah dia sedar dan sempat memesan kepada doktor yang ingin membedahnya untuk memalsukan kematiannya jika dia masih berpeluang untuk hidup. Mula-mula memang tak lah doktor tu nak setuju tetapi setelah dirayu baru dia setuju. Dan hasilnya dia didapati koma selama 2 bulan dan mengambil masa sebulan untuk dirinya pulih seperti sedia kali. Dan sejak tu dia memerhati Malikha dari jauh.

Kenapa dia memilih untuk memalsukan kematiannya? Ya seperti yang encik Mir'aish kita yang bijak kata. Dia buat semua ni kerana depression yang dihadapinya. Selepas kejadian penculikan tu bukannya depression dia makin sembuh tapi makin teruk. Nak saja di pukul kepala Mir'aish yang merancang situasi bodoh ni.

Dia merawat depressionnya di Australia. Dia memilih untuk tinggal semula dengan atuk neneknya dan merawat depressionnya. Dia akan balik ke Malaysia 2 minggu sebulan untuk memerhati bidadarinya. Tapi hanya dari jauh, dia belum boleh untuk bersemuka dengan Malikha serta keluarganya. Walaupun hanya dari jauh tapi sudah cukup untuknya.

"Hey bro! Apa kau buat? Stalk adik aku ke? " celah seorang lelaki sambil memegang kemas bahunya.

Nash terkedu. 'Ha sudah! Kantoi ke? '

Nash ingin cepat-cepat melarikan diri. Tapi pengangan lelaki tu atau Mikael terlalu kuat.

"Kau nak lari mana? Kau tak boleh lari! Bagitahu aku kenapa kau stalk adik aku! Kau ada niat jahat je? " soal Mikael dengan nada tegas.

Nash hanya menggelengkan kepalanya. Dia tak boleh bersuara nanti kantoi.

Mikael yang melihat lelaki dihapannya yang hanya menunduk mula berkerut. Apa ke hal budak ni? Mikael cuba untuk menarik muka Nash tapi Nash mengeraskan badannya.

"Ish kau ni! " Mikael dengan kasar mencabut topi yang menutupi wajah atas Nash. Mikael terkedu, dia ingin membuka lagi mask tapi Nash menghalang.

"Bukaklah mask kau! " marah Mikael yang mula kehilangan sabar.

Nash tetap menghalang. Mikael geram melihat Nash yang masih berdegil. Dengan selamba dia menampar pipi Nash.

PANG!

Terkedu Nash, perih! 'Hilang macho aku! '

Mikael yang melihat Nash terleka terus mencabut mask Nash. Dia terdiam selepas melihat wajah Nash.

"Aku dah agak, ni kau! Sini kau! " Mikael menarik tangan Nash untuk mereka pergi ke tempat yang lebih tersembunyi dan Mikael terus menampar Nash buat sekali lagi tapi lebih kuat sampai berbekas tapak tangannya.

"Sakitlah sial! Kau pehal!" Tengking Nash.

"Kau la apahal! Kau dah kenapa palsukan kematian?! Kau tahu tak bini kau tu kemurungan?! Dia nampak je bernyawa tapi takde jiwa! Dia jadi patung kau buat tahu tak?! " Mikael melepaskan segala amarahnya yang disimpan.

"Aku buat bersebab." Nash menunduk.

"SEBAB APA?! "

"SEBAB AKU SAKITLAH!! " Nash turut menengking pabila terkejut mendengar jerkahan Mikael.

"Kau sakit apa? " tanya Mikael yang kelihatan tenang sedikit.

"Kau mesti tahu kan aku depression? Sebab kau pun turut join rancangan gila tu! Sebab rancangan tu depression aku makin teruk tahu tak?! Bodoh betul! Sebab korang lah aku buat benda ni! " kali ni Nash yang kelihatan marah.

Mikael merasa serba salah. "Ye ke? Sorry lah weh, bukan aku yang rancang tapi bahlol tu. "

"Aah! Sama je! Kau pun tak reti nak halang! Turut je rancangan dia! " bidas Nash.

"Alah! Kalau ye pun perlu ke sampai kau palsukan kematian? " tanya Mikael.

"Perlu! Sebab depression aku mungkin membawa bahaya kepada kandungan Malikha. Aku tak nak sebab aku Malikha sakit. Kau tahu kan aku boleh bertindak luar kawalan tanpa aku sedar. " keluh Nash.

"Ok aku faham. Tapi sampai bila? "

"Mungkin ambil masa bertahun lamanya. Cuma aku harap kau jaga Malikha baik-baik. Aku akan datang tengok dia setiap 2 minggu sebulan sekali. Tapi dari jauh jelah. " balas Nash.

Mikael mengangguk.

"Oklah bro, aku balik dulu. Kau jaga bini aku leklok." Pesan Nash.

"Ye aku tahulah! Dia adik Aku kut. " jengkel Mikael.

"Beres!" Nash terus berlalu pergi sebelum tu dia sempat memandang buat kali terakhir kearah Malikha. Dia tersenyum lebar.

End Flashback.

Nash mengeluh, bila fikir balik kenapalah dia boleh kantoi dengan si Mikael bengap tu?

Nash kembali memandang kearah pemaisurinya. Senyuman kembali terbentuk.

"Pretty as always. And also our princess, so cute."
.
.
.
.
.

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Where stories live. Discover now