BAB 1

9.1K 315 0
                                    

18 Tahun Kemudian


Di ruang tamu kelihatan Malikha dan mummynya sedang berbual kosong.

"Lia, esok anak sulung mummy balik daripada Australia" kata mummy iaitu Puan Nasya Aliana tiba tiba.

"Hah? anak sulung maksudny-" sebelum sempat Malikha menghabiskan ayatnya mummy sudah menyampuk.

"Ya, dia abang angkat Lia." cantas mummy.

"Kenapa Lia tak tahu yang Lia ada abang sebelum ni?" tanya Malikha sedikit berjauh hati.

"Ouh disebabkan anak sulung mummy pun tak tahu kamu wujud jadi mummy pun nak bagi tahu kamu dan anak mummy tu bila dia balik Malaysia nanti." terang mummy.

Malikha hanya menganggukkan kepalanya sebagai reaksi.

"MUMMYYY!!!" jerit Noah Hyder tiba-tiba.

"Ada apa kamu menjerit ni? Terkejut mummy! Kalau mummy ada sakit jantung ni automatik kamu jadi anak yatim nak?" Mummy menjeling anak bongsunya.

"Apa ni my cakap macam tu, Ni noah nak tanya esok abang balik ek?" tanya Noah.

"Aah mummy baru nak bagitahu, kamu tahu dari mana?" tanya mummy hairan.

"Nenek bagitahu tadi." Balas Noah lalu mengambil tempat di sebelah kakaknya.

"Sebelum ni tak bagi tahu kakak pun yang Noah ada abang." rajuk Malikha.

"Ala Kak, Noah ingat akak dah tahu tu yang Noah tak bagitahu. Jangan lah merajuk kakakku sayang" pujuk Noah ni kalau tak pujuk takdelah tempat dia nak bermanja nanti, Noah mamang mengada kalau dengan Malikha dah abangnya macam singa Malikha ni pulak easy going je orangnya tu yang mengada tu kalau nak manja dengan abang dia penumbuk lah jawabnya.

"Hehe akak gurau je tak ambil hati pun, mesti takut akak tak layan nanti kan?" usik Malikha sambil tersenyum.

"Yelah nanti Noah nak manja dengan siapa kalau bukan dengan kakak, abang? Jawabnya penumbuk lah." Cebik Noah.

"Mummy kan ada?" Malikha mengangkat sebelah keningnya.

"Taknaklah nanti mummy tak layan asyik daddy je." kata Noah.

"Amboi mengutuk mummy ya, kamu mamang patut tak diberi kasih sayang mengada je lebih" usik mummy. Kejap lagi mesti mengadu dekat kakak kesayangan dia ni.

"Kakak tengok mummy tu. " cebik Noah, kan dah cakap kalau dengan kakak dia mengada lain macam.

"Alolo sian adik comel kakak ni kena usik dengan mummy eh?" usik Malikha.

"Kakak!" cemberut Noah. Malikha dan mummy hanya tertawa.

"Yelah yelah akak tak usik lagi." Malikha masih lagi tertawa.

"Jangan gelak!" Cemberut Noah.

"Ya ya dah tak gelak." Malikha menahan ketawanya kang kalau gelak merajuk pulak budak ni.

"Macam budak-budak, umur dah 19 tapi macam 9 tahun" usik mummy.

"Biarlah mummy jeles lah tu." Ejek Noah.

"Eh tak kuasa mummy nak jeles dengan kamu mummy dah ada daddy ok bye. " kata mummy sebelum berlalu pergi ke ruang dapur.

Manakala Noah membuat muka jijik, Malikha hanya tertawa melihat telatah mummy dan Noah yang agak melucukan.











Tbc

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tbc. Mind to vote?

𝐇𝐂│Brother Or Husband? ©️Where stories live. Discover now