PROLOG

3.4K 212 17
                                    

" Done duty, doc? "

Ramah soalan ditanya, membuatkan si gadis mengangguk senang. Steteskop diletakkan cermat pada leher, lantas tangan mungil itu pantas menyambut secawan kopi yang dihulurkan.

" Done. Mana doktor Eunjeong? " soal si gadis, berkerut. Jururawat yang bertanya tertawa polos.

" Mana lagi? Dengan abang kesayangan dia lah. "

" Seriously? After surgery? "

" Ehem. Kenapa? Doc nak jumpa dia? "

" Taklah, cuma bertanya. "

" Kalau doc nak jumpa dia, Doc Eunjeong ada kat pantry. " balas si jururawat tanpa diminta. Gadis itu mengangguk, dan kembali mengemas mejanya.

Usai pembedahan terakhir, waktu bekerja gadis cantik ini sudah tamat. Untuk hari ini.

Seharusnya dia pulang dan berehat. Tetapi dia lebih memilih untuk berjumpa dengan sahabatnya, Doktor Eunjeong.

Ah kawannya itu. Sungguh.

Membuatkan gadis ini menyampah.

Kim Heeso.

Gadis kelahiran Seoul, salah seorang doktor di hospital bandar ini. Juga salah seorang doktor sukarelawan. Seringkali berkhidmat ke negara yang sedang bergolak, membantu mangsa pelarian disana.

Pada mulanya, dia bahagia. Membuat kerja amal ini bersama sahabatnya, Eunjeong.

Sehinggalah salah satu misi mereka di Afrika, justeru mengubah seluruh hidupnya kini.

Kerana Eunjeong bertemu kekasih hatinya disana.

Tidak, bukanlah orang Afrika. Jauh lagi pelarian.

Cuma prosedur doktor sukarelawan, mereka pasti diiringi beberapa anggota tentera. Tepat lagi, anggota tentera udara.

Kerana ini misi melibatkan dua negara, dan hanya tentera udara lebih tepat untuk dihantar.

Dan kerana itulah, Eunjeong bertemu kekasihnya kini.

Lee Jeno.

Salah satu anggota tentera udara Korea Selatan. Berkhidmat dan mengiringi para doktor di bumi Afrika.

Pertemuannya dengan Eunjeong membuatkan keduanya jatuh cinta, sekaligus mengundang rasa cinta yang semakin bercambah kini.

Sahabatnya jatuh cinta.

BAM!

" Opocot! " aduh Eunjeong. Berkerut dahinya memandang Heeso yang baru sahaja membuka keras pintu bilik pantry. Jeno disisi juga termangu.

" Lepas surgery terus dating? Serius? "

" Tak salah pun, Heeso. " bidas Eunjeong. Heeso menggeleng.

" Tak salah. Tapi menyampah. Eee apa Jeno ni dah buat sampai kau jadi macam ni eh? "

" Heeso? " muka Eunjeong bertukar merah padam, jelas tidak menyukai Heeso yang sesuka hati ingin memarahi kekasihnya.

Heeso belum pernah jatuh cinta.

Ah lebih tepat, Heeso pernah merasakan sakitnya bercinta. Kerana itulah gadis ini menjadi begini.

Kaku dan kelam.

Dengan lelaki.

" Salah apa ya anggota beruniform kat doktor? " kali ini, Jeno mencelah. Namun, tidak memarahi. Hanya bertanya ramah.

" Salah? Salah apa? Tak ada salah. Cuma aku nak elakkan, jatuh cinta dengan anggota unit beruniform. Sebab aku tahu.... "

Heeso menarik nafas.

" Dorang akan pilih negara berbanding aku. "

————————

" Pesawat KAI KF-21 Boramae akan mendarat. " ulang lelaki tampan ini dimesin penghubung suara ke menara. Persekitaran diperhati, sebelum pesawat dipandu cermat untuk didaratkan.

Angin mulai menerobos laju, menandakan ada pesawat perang bakal berlabuh.

Perlahan, pesawat itu akhirnya mendarat ditanah.

Justeru mengakhiri latihan pada hari ini.

Latihan penerbangan anggota Air Force.

Lelaki berpangkat Captain ini menapak keluar daripada pesawat kesayangannya. Dan melaporkan diri kepada para pegawai lain, menunjukkan dia berjaya melepasi latihan bulanannya.

" Done driving my favourite KF-21, Sir. " sengih si tentera bersama helmet dipegangan. Pegawai yang bertugas tertawa dan mengangguk.

" As always! Good job, Captain Park Jihoon! "

" My duty, sir. All on me, right? " sengih si jejaka. Kaca mata ditanggalkan lantas rambutnya disisir rapi.

Satu lagi latihan biasa.

Sudah biasa bagi Captain Park Jihoon.

Salah satu anggota Air Force Korea Selatan, sekaligus ketua squad. Seringkali mengiringi unit Air Force untuk segala peperangan, bahkan jika darurat berlaku, Jihoon yang pertama bakal diperlukan.

" Jeno mana, sir? "

" Kenapa? " soal pegawai sambil mencatat hasil laporan latihan Jihoon hari ini. Mengangkat keningnya apabila anggota ini bertanya tentang Lee Jeno.

" Lama saya tak nampak dia, sir. "

" Wajarlah, dia tu anggota tentera udara. Awak tu Air Force. Dua skop kerja yang berbeza. Lagipun, Jeno tak ada sekarang. Tugas dia dah habis 2 jam lepas. "

Jihoon berdecih. Sekarang dia tahu Jeno pergi mana.

" Tak apalah, sir. Saya rasa saya dah tahu Jeno kat mana. "

" Hospital? Hehe, mestilah dia jumpa Doktor Eunjeong. Awak pun tahu. "

" Tahu, sir. "

" Awak pun carilah kekasih doktor. Lebih tepat, doktor sukarelawan. Kan dorang nampak skop kerja kita. Apa salahnya? "

Jihoon menggeleng. Hanya senyuman kelat menghiasi bibir.

" Tapi tak ramai boleh faham kerja saya, sir. Kerja saya yang perlu sepenuhnya berkhidmat pada negara. Kerja saya... yang perlu mengutamakan Korea Selatan melebihi segalanya. Melebihi pasangan saya. "






HEYYO!

I cannot la bcs i miss you guys! HAHAHAHAH tapi gonna be slow updates since im a university student right now! 😭 slow slow ya tunggu captain jihoon kita! ❤️

1437 / pjhWhere stories live. Discover now