BAB 3

1.2K 161 35
                                    

" Kau masih sakit ke weh? " Soal Jihoon, lantas mengundang anggukan Jeno. Lelaki Park ini menunduk dan mengeluh.

" Maaf sebab tertembak kau. "

" Tak apa, aku tahu kau tak sengaja. "

" Perut kau okay? Masih sakit? "

" Dah kurang, cuma perlu rawatan rapi. " Balas Jeno. Jihoon mengemam bibir.

Bukan itu tujuan sebenarnya.

Hanyalah....

" Aku kena ganti kau ke Afrika next week. "

Jeno menelan liur.

Memandang mata Jihoon yang bergetar. Lantas Jeno menghembus nafas kasar.

" Apa salahnya? Kau kan dah lama tak join misi kemanusiaan. "

" Bukan kat Afrika, Jeno. "

" Sebab mengingatkan kau kat Hyunjoo? " Soalan Jeno mematikan perlakuan Jihoon. Lelaki ini menunduk dalam.

Sungguh nama itu lagi.

Yang saban hari Jihoon sebut dalam doa dan penyesalannya.

Mungkin orang akan kata perkara yang dah lepas biarlah berlalu.

Orang kata.

Mereka tak ada ditempat Jihoon.

Menjadi insan yang mengebom sendiri kekasih hati.

Bom sehingga mati.

Jihoon yang lakukan itu.

Dan sejak itu, tiada lagi misi kemanusiaan dihadiri Jihoon. Lagi-lagi, Afrika.

Kerana hadirnya dia hanya membuka luka lama.

Luka Hyunjoo.

" Ji, dia dah lama pergi. Kau masih rasa bersalah? " Soal Jeno. Jihoon memandang Jeno yang terbaring berbalut kain kasa lantas meraup wajahnya.

" Kalau one day, kau ditugaskan bom kawasan berdirinya Eunjeong, kau rasa kau akan lupakan semudah tu ke? "

" Susah, Ji. Susah. Tapi hati tu, tak boleh selamanya biarkan dihuni rasa bersalah. Dia juga berhak bahagia. Dia juga berhak merasakan cinta tu. Dia juga berhak mencari pengganti. " Jeno berhujah.

Bukannya Jeno kejam.

Cuma dia sayangkan Jihoon. Dia sayangkan sahabatnya.

Melihat Jihoon sengsara begini sungguh meremukkan hati Jeno. Dia ingin Jihoon bahagia, dan perlahan melupakan masa silam.

Bukannya terus meratapi.

" Aku harap kau sihat sebelum next week, Jeno. Kalau kau kasihankan aku. "

" Tu hukuman sebab kau tembak aku, Ji. Kalau aku kembali pun, kau tetap akan pergi. " Sarkastik Jeno menjawab.

Membungkam bisu Park Jihoon.

Klek!

Pintu dibuka seseorang, dan mengundang perhatian Jeno dan Jihoon.

Terpancul wajah si doktor comel ini, Doktor Eunjeong.

" Hai. Sorry ganggu, tapi boleh tak nak minta tolong Captain Jihoon? " Ujar si gadis, mengundang kerutan Jihoon.

" Tolong? "

Eunjeong menutup pintu dan menapak masuk. Berdiri disamping Jihoon, dan tak lupa memberi senyuman manisnya kepada kekasihnya, Lee Jeno.

" Macam ni... Erm, Doktor Heeso kena ganggu kat luar. Dengan seorang doktor ni, ala dia macam tergilakan Heeso sikit. Boleh tak Captain Jihoon tolong dia? At least bawa dia pergi? "

1437 / pjhDonde viven las historias. Descúbrelo ahora