BAB 34

860 129 4
                                    

" Pam air! "

Arahan si ketua dituruti. Arahan Captain Park Jihoon.

Yang sepatutnya sudah pun menamatkan tugasnya di Uruk bersama Leftenan Jeno, tapi kali ini keduanya kembali.

Tujuan yang sama.

Menyelamatkan dan melindungi.

Kali ini, Jihoon menyuruh para askar untuk meletakkan  belon pengisi air kedalam celahan bangunan yang masih belum runtuh. Ia kerana mereka mahu belon pengisi air itu mengembang, dan bakal menaikkan sedikit sahaja celahan.

Hanya cukup untuk Jihoon dan Jeno masuk.

Mereka berdua sahaja sudah cukup.

Dalam kekalutan untuk mengisi air, Jeno sedang mendudukkan diri disalah satu batu, mengerling satu persatu bangunan yang runtuh tadi.

Menimbulkan batuan besar, bahkan jalan tanah juga bertukar retak.

Keluhan kecil lahir dibibir.

Dan akhirnya mata kecil itu, beralih ke pusat kesihatan yang sedari tadi tertutup. Kerana dikuatkuasakan oleh Haechan dan Surin tadi.

Eunjeong.

Gadis itu didalam, masih lagi diberi rawatan selepas sahaja memuntahkan darah malam semalam. Paru-paru gadis itu semakin lemah.

Meruntunkan hati Jeno.

Dan mengusarkan Jihoon. Lelaki ini khawatir akan keadaan Heeso didalam.

Bahkan melihat kesannya pada Eunjeong, Jihoon jadi lebih risau jika didalam Heeso sudah pun terkena.

Tak, gadis itu tak boleh sakit.

Jihoon janji, dia akan menyelamatkan Heeso dan juga Rowon didalam.

Keduanya, bakal Jihoon pimpin keluar daripada ketakutan bangunan yang bila-bila masa sahaja bakal rebah menembusi tanah.

Dan wajah resah Jeno berjaya menyapa pandangan Jihoon. Lelaki Park itu mengeluh dan menghampiri sahabatnya.

" Tak boleh jenguk dia lagi ke? " Soal Jihoon, lembut. Jeno memandang sahabatnya seketika sebelum gelengan diberi.

" Belum. Eunjeong...masih kritikal. " Kelu, air liur ditelan. Dia memahami situasi Jeno.

Dia juga turut merasakan hal sama.

Bahkan, ketika ini, yang mengendalikan Eunjeong hanyalah Haechan. Surin dan Jaechan perlu menguruskan pesakit yang lain.

Ditimbus dan sakit.

Kesemuanya perlukan tenaga doktor.

Kerana itulah, Haechan sedang berusaha keras didalam. Bersama disisi, pengharapan Jeno agar kekasihnya baik sahaja.

Tolong sihat, Eunjeong.

BRAK!

" Captain, Leftenan! Ruang masuk sudah siap! " Jerit askar bertugas. Jihoon memandang Jeno, sebelum senyuman kecil terbit.

" Okay, jom. "

Lantas kedua sahabat itu menapak, menghampiri celah. Tak lupa juga memakai topeng keselamatan, serta jaket bagi menghalang diri mereka tertusuk benda tajam.

Dua insan bertugas mengendalikan Uruk itu menepuk bahu masing-masing lantas menapak masuk.

Cukup untuk menyaksikan keadaan didalam.

Penuh bahaya, bahkan bangunan menanti rebah jika ditahan terlalu lama.

Dan itu mencapai tekad Park Jihoon untuk segera masuk dan mengambil gadisnya keluar.

1437 / pjhWhere stories live. Discover now