BAB 8

1K 142 16
                                    

" Ma, sabar ma... " Pujuk Jeongwoo. Mengusap perlahan bahu si ibu yang sedari tadi menangis.

Hanya ada dirinya dan mama di rumah kini, usai papa pergi selepas memaklumi keadaan Jihoon hyung tadi.

Jihoon hyung hilang.

" Abang kamu hilang, Jeongwoo... "

" Tahu, ma. Abang kan kuat. Jeongwoo yakin dia tengah berusaha nak balik. " Senyum Jeongwoo, mengelus lembut tangan si ibu.

Mama meraup wajahnya.

" Abang kamu hilang dengan dua orang doktor kan? "

" Haah, ma. Ni. " Lantas kertas yang disua ayah tadi, ditunjukkan kepada mama.

Papa datang, membawa juga maklumat orang yang hilang kepada mama. Dan dia perlu kembali ke ibu pejabat, kembali bertugas mencari Jihoon.

Kerana itulah Jeongwoo perlu berperanan memujuk mamanya.

" Doktor Heeso? " Kerut mama. Jeongwoo mengangkat keningnya.

" Kenapa, ma? "

" Uwoo pergilah berehat. Mama okay. "

" Betul ni, ma? "

" Iya, sayang. Pergilah berehat. Mama okay. " Senyum si ibu. Jeongwoo mengangguk dan akur. Mencium lembut dahi si ibu, lantas dia menapak kedalam bilik.

Hanya menyisakan si ibu, dan kertas kehilangan anggota itu.

Mama menapak ke balkoni rumah, melihat pemandangan rumah yang dihiasi rumput hijau, serta beberapa pohon bunga yang ditanam oleh si ibu.

Dia tertawa kecil.

Mengingatkan kejadian tempoh hari.

" Jihoon! Mama letak baju kamu atas katil ya? " Teriak mama. Jihoon yang sedang mandi pantas membalas.

" Iya, ma. Terima kasih, syurga Jihoon! "

Tawa meletus. Mama geleng perlahan, sebelum meletakkan baju si anak sulung yang sudah dilipat diatas katil.

Sebelum matanya tertuju pada telefon anaknya yang bernyala.

Kerutan terhasil lantas tangannya menggapai telefon pintar milik Jihoon.

" Heeso? " Kerut mama.

Rasa ingin tahunya membuak melihat wallpaper home screen anaknya yang dahulu dihuni Hyunjoo...

Kini bertukar kepada wajah gadis ini.

Tersenyum riang, dalam pakaian doktornya, kelihatan seperti sedang melayan pesakit.

Ting!

Terpancul nama si gadis. Yang disimpan Jihoon sebagai ' Heeso >> soon '

" Eh maksudnya apa ni? "

Pelik mama.

Wajah si gadis ditilik mama. Senyuman keibuan terpancar diwajah mama.

Sekilas pintu tandas anaknya yang masih tertutup dipandang mama.

Jihoon dah jumpa pengganti Hyunjoo ya sayang?

Terus bahagia, Ji. Terus pupuk hati tu dengan cinta balik.

Lamunan mama terhenti. Menatap kertas ditangannya, memaparkan wajah Jihoon, Heeso dan seorang lagi doktor tidak diketahui.

Mama mengesat air matanya yang jatuh perlahan.

" Mama nak Jihoon balik dengan selamat, sayang. Dan mama nak.. "

" Jihoon bawa pulang Heeso. "

-----------------------

1437 / pjhWhere stories live. Discover now