BAB 28

1K 148 12
                                    

Arak diteguk rakus sebelum si gadis cuba mengerjapkan mata, menghalang sinaran matanya yang semakin berbinar.

Pening.

Ergh dah tahu tak boleh minum alkohol sangat, lagi nak teguk.

Heeso menggeleng.

Dia mengeluh, mengingati punca dirinya minum arak sebanyak ini.

Ah semua kerana neneknya.

" Maksu... "

" Eh kenapa ni? Kenapa Ji dengan Hea nangis? " Kaget Heeso sebaik sahaja menerima panggilan telefon daripada Ji dan Hea.

Keduanya menangis teresak, mengundang rasa risau Heeso. Apa yang terjadi di Korea?

" Kepala mama darah.. "

" Darah?! "

Ya Tuhan, Heena terjatuh kah?

" Mama jatuh ke, sayang? " Pujuk Heeso. Runtun hatinya mendengar tangisan si kembar. Ingin sahaja dia berlari memeluk.

" Tak. Mama... Mama.. kena tolak dengan nenek. "

Damn.

Heeso tergamam. Bibirnya bergetar, mendengar pertuturan yang keluar daripada bibir Hea.

Nenek dah bertindak sejauh itu? Sanggup melukai cucu sendiri?

" Sekarang korang kat mana? "

" Kat rumah...maksu. Mana maksu? Tak kesian ke kat mama... " Lirih Ji. Heeso mengemam bibirnya.

" Maksu kerja, sayang. Ji, boleh tak maksu nak cakap dengan mama? "

Sengukan diterima lantas suara Heena menjengah pendengarannya. Seakan Heena baru sahaja habis menangis, mendengar akan suaranya yang serak.

" Kak. Apa jadi? "

" Akak penat Heeso. Salah ke akak nak bawa anak-anak jumpa Booji? "

" Nenek tolak akak sebab akak nak bawa Ji Hea jumpa ayah dorang? "

Dan tiada jawapan diberi cukup mengutuhkan Heeso yang tebakannya benar.

Sungguh apa yang tidak kena dengan nenek?

Sudah gila kah?

" Kak, Heeso rasa macam nak balik Korea sekarang juga. "

" Eh jangan. Tak apa Heeso, akak okay. Heeso kerja je kat sana, akak tahu jaga diri. "

" Elok-elok kak, Heeso sentiasa doakan akak. "

Dan kerana itulah, Heeso meneguk alkohol itu, cukup untuk menghilangkan resah dihati.

Heeso penat sebenarnya. Bila semua ini akan berakhir?

Pandangannya juga berbinar, bersama sedu yang kian menyentak dirinya.

Klek!

Satu sosok tubuh menapak masuk kedalam bilik ubat ini. Jam sudah menginjak ke angka 2 pagi, Heeso jadi keliru siapa pula yang menginjak masuk kesini.

" Something bothering you? "

Oh, Park Jihoon.

" Awak buat apa kat sini, Ji? "

" Saya dengar awak menangis tadi. Dah berapa arak awak telan? "

Heeso tersenyum nipis dan kembali meneguk. Baru sahaja muncung botol mahu menyapa bibirnya, tangan Jihoon pantas mengambil dan menolak arak itu kesisi.

1437 / pjhWhere stories live. Discover now