BAB 26

901 137 8
                                    

" Jom Ji, Hea! " Panggil Heena, dan diikuti polos oleh si kembar itu. Keduanya mengatur langkah mengikut si ibu ke pintu depan rumah agam besar ini.

Sebelum langkah mereka dihentikan.

" Nak pergi mana hah?! "

" Ne--nenek... "

" Nak pergi mana? Sembunyi bagai, tak beritahu aku? " Wajah garang nenek menyapa Heena. Gadis itu menunduk seketika, lantas kembali memandang nenek.

" Jumpa ayah Ji dan Hea. "

" Kan dia dah ceraikan kau. Tak malu eh nak merayu kat orang yang tak nak kau? "

" Dia masih ayah anak-anak Heena, nenek. "

" TAPI DIA DAH CERAIKAN KAU! "

" Huaaaa!! "

Tersentak dua sosok tubuh dewasa itu sebaik sahaja tangisan si kecil menyapa halwa telinga. Hea sudah teresak, dan diikuti Ji yang setia menepuk lembut tubuh kembarnya.

" Nenek jahat! Nenek tengking mama! Nenek buat mama nangis!! " Teriak Hea, lantas memeluk erat tubuh Heena. Gadis itu bertindak memujuk lembut anaknya yang mulai menangis.

" Shhh shh.. jangan nangis ya? Hea kan kuat. "

" Ada sebab nenek buat semua ni. Sampai bila nak hidup miskin dengan lelaki macam tu huh? "

" Lelaki miskin tu yang berikan Heena kasih sayang, nek. Lelaki miskin tu yang dah bahagiakan Heena. "

" Bahagia? Bahagia ke sampai diceraikan, Kim Heena? "

Heena mendengus. Pantas dia memangku tubuh kedua anak kembarnya.

" Jom, Ji Hea. "

" Eh aku kata jangan keluar kan?! "

" Heena nak jumpa Booji je, nek! Anak-anak rindu! "

" Aku kata jangan!! "

Dush!

" MAMA! "

Pantas si kembar menghampiri tubuh si ibu yang sudah pun terduduk dilantai, memegang dahinya yang hebat memuntahkan darah. Keduanya kaget, memegang tangan si ibu yang mulai menggigil.

" Nenek jahat! "

Dan buat kali pertama, Ji menjerit. Ji memarahi. Kerana anak lelaki Heena ini pendiam orangnya, berbeza dengan Hea yang suka memberontak. Ji lebih suka mengalah.

Dan apabila Ji sudah meninggikan suara, mereka mengerti Ji sedang marah.

Nenek baru sahaja menolak tubuh Heena sehingga dahi si gadis terhentak dibucu tangga. Terluka dan mengeluarkan darah.

Sekaligus menimbulkan kemarahan Ji. Dia mungkin diam, tapi dia benci ibunya diapakan.

Dia benci melihat Heena menangis.

" Mama! Mama okay? "

Hea menyoal. Risau sungguh menyelubungi hatinya.

Heena berdesis kesakitan lantas angguk lembut.

Dia mengerling nenek yang masih angkuh. Tiada langsung riak bersalah, kerana baru melukakan cucunya. Bahkan masih menyatakan dirinya paling tidak berdosa.

Pantas Heena merangkul tubuh anak kembarnya, dan dengan perlahan dia cuba bangun. Meskipun dahinya sudah dibasahi darah.

" Heena minta maaf, nek. Tapi Heena izin keluar dulu. Heena dah berjanji, dan Heena bukan jenis yang melanggar. Heena nak bawa anak-anak jumpa ayah mereka je. Maaf nek. "

-----------------------

Mata kesemua anggota tentera menyorot kearah si gadis yang sedang berjalan menghentak kaki kekhemah yang mereka ketahui siapa.

1437 / pjhDär berättelser lever. Upptäck nu