BAB 18

956 135 12
                                    

" Apa salah saya pulak? "

" Salah awaklah! Kawan awak! " Teriak Eunjeong, tidak menghiraukan para pelanggan yang mulai memenuhi restoran Subway ini. Wajah Jeno dipandang penuh penyesalan.

" Salah kawan saya? Hah? " Keliru, sungguh Jeno tidak mengerti. Ingatkan harini dapatlah dia berduaan dengan Eunjeong memandangkan jadual gadis ini penuh sekali harini.

Dan apabila mereka bertemu, gadis ini seperti dalam mood tidak baik.

" Jihoon tu dah ada Hyunjoo kan? Kenapa dulu ngorat Heeso huh? Sakitkan hati dia? Buat dia istimewa kalau tak ada perasaan? "

" Siapa kata Jihoon tak ada perasaan kat Heeso? "

" Jangan nak tipu sayalah, Lee Jeno! Jihoon tu sejak Hyunjoo kembali, beria betul! Sampai abaikan Heeso. Kawan saya menangis dalam toilet, ada Jihoon kisah? "

" Sayang... Saya tak faham. Sekarang ni kita berjumpa sebab nak dating kan? Kenapa bangkitkan isu Heeso dengan Jihoon ni? "

" Yelah, sebab Heeso kawan saya. Awak cuba tukar topik? "

" No, tapi saya tak faham. Kenapa awak nak marah saya? "

" Salah ke? Awak kawan Jihoon kan? Awak tak nasihat dia? Cuba jangan jadi playboy sangat. Tak cukup dengan seorang perempuan dah ke? "

" Awak pun jangan menghina kawan saya, Eunjeong. Dia bukan macam awak fikir. "

Keadaan mulai tegang. Jeno jelas tidak menyenangi Eunjeong yang sesuka hati mengutuk Jihoon. Dia kenal sahabatnya bagaimana.

Dan dia tahu Jihoon sudah jatuh hati dengan doktor muda itu. Jihoon sudah benar menyimpan hati pada Doktor Heeso.

Cuma, Jihoon perlu menguruskan soal Hyunjoo dahulu. Dengan pihak polis, dengan pihak hospital. Kerana Hyunjoo merupakan anak yatim, siapa lagi gadis itu mahu berharap selain Jihoon?

Tapi percayalah, hati Ketua Air Force itu sudah lama disimpan Heeso.

" Awak cuma backup Jihoon ke sekarang? Sebab awak pun sama dengan dia?! "

Keadaan Eunjeong mulai emosi. Bahkan menuduh Jeno yang sembarangan.

Kerana Eunjeong juga sama seperti Jeno.

Dia amat menyayangi Heeso. Dia tidak mahu tangisan membasahi pipi Heeso lagi.

" Eunjeong.. saya jumpa awak malam ni sebab saya rindu. Awak sibuk dengan hospital, dan bila dah berjumpa, kenapa kita bergaduh, huh? "

Kesal Jeno. Sungguh kenapa Eunjeong membangkitkan isu Jihoon dan Heeso sekarang? Biarlah mereka berdua menyelesaikan semuanya sendiri.

Tak perlulah Jeno dan Eunjeong mahu mencelah.

" Sebab kawan awak yang dah mainkan hati kawan saya! Kenapa nak ubah topik? Cuba sorokkan perangai buruk Captain Jihoon ke? "

Jeno meraup wajahnya. Lantas memandang Eunjeong kembali.

Ah, dia penat.

Biarlah, jika Eunjeong mahu bergaduh.

" Saya ingatkan saya dapat jumpa awak dengan tenang. Tapi kalau macam ni lah layanannya... Saya penat. "

Jeno meraih beg sandangnya. Penat latihan dilapangan tadi tidak dihiraukan.

Matanya sayu memandang Eunjeong.

" Jom, saya hantar awak balik. "

-------------------------

" Aku harap aku dapat weh interview tu. " Keluh Heeso. Duduk, dan cuba meneutralkan detak jantungnya. Eunjeong yang sedang membasuh tangan, memandang Heeso dengan sengihan.

1437 / pjhHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin