BAB 10

1.1K 157 8
                                    

" Baik, terima kasih. "

Panggilan dimatikan. General menghembus nafas lega lantas menyandarkan tubuhnya di kerusi.

Hari ini, genap 2 hari Jihoon tanpa khabar berita. Oleh itu, General membuat rundingan tersorok bersama Perdana Menteri Afrika. Dan syukurlah, mereka setuju untuk membenarkan tentera Korea Selatan masuk untuk proses pengambilan mayat.

Tambahan lagi, Perdana Menteri sendiri mengizinkan pengeboman dilaksanakan keatas pengganas jika ada serangan dilemparkan.

Proses akan dilaksanakan esok.

Bermakna genap 72 jam sejak Park Jihoon hilang.

5 bom missil akan dilepaskan, jika tiada tubuh Jihoon berdiri didepan General.

Itu janjinya.

Apa lah khabar anak sulungnya itu? Syukurlah isterinya memahami, tidak histeria bahkan memaksa, kerana dia faham skop kerja Air Force bagaimana.

Jika Jihoon terkorban, mereka sekeluarga sungguh redha. Sungguh merelakan. Namun isterinya sudah pun memberi syarat.

Syarat yang Jeongwoo dilarang menyertai sebarang unit pertahanan negara.

Askar, polis, Air Force ataupun bomba. Semuanya dilarang.

Akur, General hanya bersetuju, melihat kepada Jeongwoo yang tidak berminat dengan mana-mana kerja itu. Kelihatan anak bongsunya itu berminat untuk menjadi penyanyi.

Jika benar, secepat kilat General akan menghantarnya ke ujibakat.

Tok! Tok!

Lamunan General terganggu apabila pintunya diketuk. Usai memberi kebenaran, terpancul muka Leftenan Lee Jeno dipintu. Menanti diberi kebenaran.

Anggukan diberi, Jeno pantas menapak masuk.

" Ya, Leftenan? "

" Tuan, saya dapat tahu Afrika benarkan kita ke sana untuk proses pengambilan mayat. " Ujar Jeno. General mengangguk.

" Benar. Kenapa? "

" Izinkan saya pergi, Tuan. "

" Kamu? Jeno, kamu masih belum sepenuhnya pulih. " Geleng General. Menghantar tentera yang cedera kesana? Mustahil.

" Tapi, tuan. Saya nak ke sana. Saya nak selamatkan Captain Jihoon. Sebab saya punca dia kesana. "

" Tu hukuman sebab dia tembak kamu dulu, Jeno. "

" Salah saya juga, tuan. Saya bangkitkan berkenaan mendiang Hyunjoo ke dia semasa latihan. Benarkan saya selamatkan sahabat saya, tuan. "

" Jeno, kamu masih belum sihat sepe-- "

" Saya bertanggungjawab sepenuhnya atas diri saya, tuan. Kalau saya mati, ataupun ditembak, saya takkan mendakwa mana-mana pihak. "

" Jeno.. "

General menghembus nafas kasar. Memandang mata Jeno yang bersungguh ingin ke bumi Afrika untuk menyelamatkan Jihoon.

Jika dibenarkan, bahaya untuk Jeno sendiri.

Dirinya masih belum pulih. Banyak lagi anggota lain boleh diandalkan.

" Baik, Leftenan Jeno. Saya benarkan. Tapi, tolong bawa anak saya pulang.. "

" Dan tolong pulang dengan selamat. "

Akur, Jeno menunduk hormat. Senyuman mulai berlabuh dibibirnya.

Jihoon, tunggu aku datang bro.

Aku selamatkan kau.

Usai pintu dibuka untuk menapak keluar, tubuhnya diterpa seseorang.

1437 / pjhWhere stories live. Discover now