BAB 22

1K 145 7
                                    

Heeso tersenyum, mengecil matanya cuba menahan cahaya matahari yang mencucuk. Matanya memerhati Haechan yang tertawa bersama beberapa doktor lain.

Mereka kini dibumi Uruk.

Namun, Heeso jelas keliru dengan kedatangan Haechan kini.

Korea...

" Kenapa tak gerak lagi? " Soal Heeso kepada pegawai berkenaan. Lantas mereka melihat jam ditangan.

" Tunggu Doktor Haechan? "

" Haechan? Dia ikut ke? "

" Ikut. Oh, Doktor Heeso tak tahu eh? " Heeso pantas menggeleng. Setahu dia, hanya kumpulannya dan beberapa doktor pembedahan lain yang ikut.

Tiada pula nama Haechan dalam senarai.

" Doktor Haechan bagi nama dia last minutes. Kami setuju je memandangkan senarai nama doktor sukarelawan sedikit je. " Balas pegawai terlibat. Heeso berkerut, dan hanya mengangguk.

Tak lama kemudian, Haechan tiba dalam keadaan tergopoh. Bertopi hitam, bersama Tshirt hitam membaluti tubuh.

" Maaf lambat! Saya stuck kat jammed tadi. Okay jom, gerak! "

Dan disinilah mereka kini,

Uruk.

Sudah pun berbakul nasihat diberi kepada Heena tadi sebelum dia berlepas. Tak lupa juga memujuk Ji dan Hea yang menangis.

Hanya 3 bulan dan semuanya tamat. Syukurlah sekarang ada kumpulannya disini.

Eunjeong, Jaechan dan Surin. Itu sudah lebih daripada cukup.

Dan... Haechan.

Sebenarnya, Heeso sudah pun menjelaskan segalanya kepada Haechan. Bahawa dia hanya mahu melayani Haechan sebagai sahabat sekarang. Bukannya Heeso menolak, dia lebih selesa berkenalan dengan Haechan selepas ini.

Mendalami sifat dan perasaan masing-masing sebelum menginjak ke hubungan seterusnya.

Heeso menolak untuk jujur.

Yang hatinya masih milik Captain Jihoon.

Sudah dua minggu lelaki itu diam tanpa khabar berita. Tiada mesej, tiada panggilan telefon.

Profilenya tiada, bahkan status Online juga terkubur.

Seakan Jihoon hilang ditelan alam.

Sungguh, Heeso ingin menangis. Disaat dia hampir dicabul Naib Pengarah, mana Jihoon? Mana sandaran bahunya itu?

Dan saat keluarganya sedang dalam masalah, dia mahu Jihoon sebagai tempat meluah.

Namun, lelaki itu tiada.

Bukan sahaja dia, Eunjeong juga sama.

Jeno hilang tanpa khabar berita. Hilang.

Sama seperti Captain Jihoon.

Kerana itulah Eunjeong juga tidak kurang lemah dengan Heeso. Keduanya melangkah ke Uruk dengan langkah yang lemah.

" Kenapa awak datang Uruk juga? Susah tau join program kemanusiaan ni. " Soal Heeso, memandang Haechan. Lelaki ini tersenyum manis.

" Saya nak mengenali awak. "

" Huh? "

" Awak kata kita kena saling mengenali kan lepas ni? Saling berkawan dan kenali watak masing-masing. Kerana itulah, saya ikut awak ke Uruk. Untuk lebih mendalami, siapa sebenarnya Doktor Heeso.. yang sangat saya sukai. "

1437 / pjhWhere stories live. Discover now