BAB 31

901 135 23
                                    

Kerusi roda ditarik mengelilingi rumah agam ini. Rumah yang pernah menjadi syurga untuk gadis ini.

Sebelum neraka menyinggah.

Dan sekaligus menakdirkan gadis ini untuk melarikan diri ke Afrika, menetap disana.

Ya, Marie Elyn.

Gadis ini.

Berkerusi roda, ditolak oleh orang gaji. Jelas sekali bukan ulahan si ibu, ataupun si ayah. Hanya orang gaji menjadi peneman.

" Terima kasih. " Senyum Marie, sebaik sahaja tiba dihadapan biliknya. Maid menunduk hormat dan berlalu pergi.

Marie mengeluh, lantas membuka knop pintu. Menolak kerusi rodanya masuk, meneliti segenap biliknya sebelum dia menitiskan air mata.

Ah, dia jadi rindu pada Jaemin.

" Marie! "

" Iya, Jaemin? Kenapa? " Tawa Marie, masih utuh mengaduk tepung. Jaemin pantas meraih mangkuk itu daripada tangan si gadis, sebelum wajahnya dihadapkan menghadapnya.

" Kenapa awak ke dapur ni? Awak kan sakit. "

" Saya lumpuh, bukannya sakit, Jaemin. Boleh lagi ni-- "

" Sayang... "

Marie kaku, gugup mendengar ayat sayang lahir daripada bibir pemuda Na ini. Jaemin tersenyum, melutut dihadapan kerusi rodanya.

" Saya sayang awak. Jadi, saya tak nak apa-apa pun terjadi kat awak. Mana tahu minyak tumpah ke, merecik ke? Kan susah. Jadi awak duduk je depan! Biar saya buat kek ni. " Hidung Marie dicuit kecil. Gadis itu tersenyum.

" Tak nak. "

" Marie, kalau awak degil lagi, saya-- "

" Saya akan nikahi awak. Bla, bla bla, ayat yang sam-- "

" Kejap apa awak cakap tadi? Saya akan nikahi awak? "

" Haah. Kenapa? "

" Wow, Marie sedang melamar Na Jaemin ke? "

Terdiam, Marie kelu seketika. Sebelum matanya membulat, dan menepuk manja lengan Jaemin.

" Mana ada! Kan awak suka cakap ayat tu. Saya ulang je. "

" Heheheh, iyalah. Dah duduk depan okay? Saya buat kek ni. "

" Betul eh, Jaem? "

" Iyaaaaaaaaa, sayang. "

Marie tersenyum sendiri.

Rindu pada pemuda Na itu semakin hari semakin mendalam. Dia pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal. Begitu sahaja, dia pergi.

Sungguh dia rasa bersalah, namun dia mahu Jaemin selamat.

Daripada pengetahuan mama papa..

Dan Peter.

Klek!

Tersentak, Marie memandang pintu yang kini dibuka seseorang. Terpancul wajah insan yang tersenyum lebar padanya.

" Marie? Anak mama okay? "

Mama.

" Kenapa mama tanya? "

" Mama dah lama tak berborak dengan Marie. Anak mama sihat? " Mama melabuhkan punggungnya diatas katil Marie, menghadap anak gadisnya.

" Okay je, ma. Lumpuh dan sihat. "

" Sayang... Kita buat rawatan ya? Supaya Marie cepat sembuh. "

" Kalau Marie nak buat rawatan kat Korea, mama benarkan? "

1437 / pjhWhere stories live. Discover now