BAB 5

1.1K 158 17
                                    

Nikotin dihisap perlahan, lantas dihembus. Asap rokok yang memabukkan itu, bertebaran memenuhi udara.

Hasil ulahan Park Jihoon.

Ah Jihoon bukanlah seseorang yang merokok, cuma ketika dia terlalu stres.

Ataupun mengingati Hyunjoo.

Nafas dihembus kasar, lantas menyandarkan tubuhnya pada salah satu bangku taman.

Sengihan terukir dibibir, tersenyum mengingati kali pertama dia bertemu Hyunjoo.

" Doc, ada patient! " Teriak salah satu jururawat.

Lantas tubuh seorang askar yang berdarah, ditolak masuk. Akibat tembakan oleh pihak musuh.

Pantas doktor yang bertugas berlari, menyelamatkan pesakit.

Tag nama yang tertera.

Doktor Hyunjoo.

Rambutnya yang diikat rapi, turut mengikut rimanya, berlari kedalam wad, untuk pembedahan mengejut.

Usai 5 jam bertarung, akhirnya pembedahan berjaya. Hyunjoo menyelamatkan satu lagi nyawa.

Syukurlah, tiada yang terkorban. Sungguh, Hyunjoo rasa bangga jika nyawa pesakit dapat diselamatkan. Kerana itu tugasnya sebagai seorang doktor.

Dia menapak keluar, menghampiri tubuh seorang anggota tentera yang sedari tadi menunggu diluar. Sudah menukar baju, mungkin kerana tadi bajunya basah dengan darah kawannya.

" Tuan? " Soal Hyunjoo. Pantas menyentak tubuh pemuda yang sedari tadi menunduk itu.

Mata mereka bertentangan lama.

Lantas pemuda itu membuang pandangan.

" Erm doc, kawan saya okay? "

" Syukurlah, dia selamat. Kami dah berjaya keluarkan peluru, dan dia dirawat untuk pemeriksaan lanjut. " Senyum Hyunjoo. Memandang pemuda yang mempunyai tahi lalat kecil dibawah mata.

Comel.

" Tuan? "

" Ah, saya Park Jihoon. Kawan anggota yang tercedera dalam tu. "

" Captain Park Jihoon? "

" Belum lagi. " Balas Jihoon. Iya, dia belum lagi merangkul gelaran Captain. Hanyalah askar Air Force biasa.

" Saya Doktor Hyunjoo. Saya yang bertugas merawat kawan awak. Jadi, apa-apa saya akan inform. " Senyum si doktor. Jihoon memandang wajah si gadis lama.

Cantik.

Sungguh cantik.

Ayu dan indah. Seperti bidadari yang sempurna.

" Cantik. "

" Hah? "

" Hah, maaf! Tak, tak! Tak ada apa. " Geleng Jihoon laju, pantas menutup mulutnya.

Aduh, apa aku cakap ni?

Hyunjoo yang melihat kekalutan Jihoon tertawa kecil.

Sungguh comel.

" Comel lah awak ni. Senang berkenalan. "

Jihoon menghembus asap rokoknya untuk kali terakhir sebelum puntung dibuang.

Memori itu lagi.

Sengihan tersungging dihujung bibir.

Indahnya gadis itu.

1437 / pjhWhere stories live. Discover now