BAB 4

1.1K 146 20
                                    

Pulangnya daripada hospital, Heeso menghembus nafas kasar.

Lelah.

BUK!

Tersentak, membulat mata si gadis apabila dua sosok kecil berlari memeluknya kini.

Ini..

Si kembar!

" Aigoo! Kesayangan aunty! " Teriak Heeso. Hilang lelahnya, lantas tubuh si kembar dipeluk erat.

Ah, pasti kakaknya disini.

Pipi tembam mereka berdua dicubit dan dikucup lembut. Sungguh Heeso rindu pada anak buahnya ini.

Hwang Ji dan Hwang Hea.

Si abang, Hwang Ji yang lahir dahulu, 5 minit lebih awal daripada si adik. Membesar kini menjadi sosok yang elok, dan sungguh menjaga adiknya.

Dan si adik, Hwang Hea, si kecil perempuan yang lahir lewat 5 minit kemudiannya. Dia lah insan pengarang jantung hati abangnya.

Meskipun keduanya baru mencecah usia 4 tahun, dapat dilihat keikhlasan Ji menjaga adiknya, Hea daripada sebarang bahaya.

" Ji, Hea, salam dulu tangan aunty. " Muncul si kakak sulung Heeso, Kim Heena. Menapak ayu, menghampiri adiknya bersama dua anaknya

" Bila kakak sampai? " Ceria Heeso.

Heena tersenyum manis, menepuk manja bahu si adik.

" Baru tadi. Akak bawa sekali suami akak. "

Heeso tergamam. Matanya bergetar memandang Heena sebelum kakaknya mengangguk.

" Sampai bila kan, Heeso? Kita ni keluarga, takkan nak macam ni? Nenek kena rendahkan ego dia. "

" AKU YANG RENDAHKAN EGO, ATAU PUN KAU YANG PERLU BERCERAI?! "

Keduanya membisu.

Kembar yang seakan memahami, berlari pantas menjauhi ibu dan aunty mereka.

Kerana kehadiran insan yang sedang menuruni tangga kini.

Miso.

" Nek... "

" Aku dah cukup baik bagi kau datang rumah aku. Tapi bila kau bawa suami miskin kau tu, kau dah melampau, Kim Heena! " Teriak nenek, menderu nafasnya memandang tajam Heena yang kini menunduk.

Dan dapat dilihat suami Heena yang baru selesai membersihkan halaman rumah belakang, tergamam di pintu belakang.

Matanya memandang keadaan yang mulai tegang itu.

" Nek, dahlah. Sampai bila kita nak bergaduh? " Pujuk Heeso. Sungguh dia juga merindukan kakaknya.

Sampai bila nenek nak agungkan ego tu?

" Kau cuba nak lawan aku sekarang, Heeso? "

" Bukan, nek. Heeso tengok kakak bahagia je. Dapat kembar, suami dia baik, apa lagi yang kurang? " Protes Heeso. Mata nenek membulat.

" Apa yang kurang?! Duit! Duit! Patah tulang aku membesarkan korang, limpahkan dengan kasih sayang, tapi kakak kau pilih nak rendahkan diri dia kahwin dengan lelaki miskin tu! "

" Saya tahu saya miskin, nek. Saya tahu saya tak mampu nak limpahkan Heena dengan wang ringgit. "

Suara yang mencelah menyentak mereka semua.

Lantas mata kini memandang suami Heena.

Hwang Booji.

Dengan pakaian lusuh membalut tubuh, ditambah kini kotoran tanah yang melekat kerana membersihkan halaman rumah nenek.

1437 / pjhWhere stories live. Discover now