BAB 11

1K 146 40
                                    

" Macam mana? "

" Maaf boss, kami masih belum jumpa Park Jihoon. "

Lantas ditalian, mendengus kuat. Telefonnya dipegang erat.

" Tak jumpa? Mahal kan aku bayar! Pahal tak buat kerja?! "

Terdiam apabila ditengking, si pelaku menghembus nafas.

" Siapa je ada dengan korang? "

" Na Jaemin dan Marie. Kami dah suruh mereka berdua buka mulut, tapi sorang pun taknak beritahu mana Park Jihoon. " Geleng disana.

Sementara itu, si pelaku mendengus.

" Kau tak usik Jaemin kan? "

" Errr.. ada pukul sikit-- "

" KENAPA KORANG APAKAN JAEMIN?! DIA BAKAL KAHWIN DENGAN CUCU AKU! "

Teriakan dibalas.

Ya, teriakan nenek.

Memarahi orang upahannya ditalian.

" Maaf, tapi kami nak dia buka mulut. "

" Paksa Marie je. Jaemin jangan. Terus jaga mereka, jangan biarkan seorang pun terlepas. Dan cari Jihoon sampai dapat! "

" Baik boss! " Lantas talian dimatikan.

Nenek menyandarkan tubuhnya disofa. Nafas diatur laju.

Dia tak bodoh, malah terlebih dahulu dia sudah mengetahui siapa Park Jihoon.

Kerana kemana sahaja Heeso pergi, sudah ada orang upahan menemani, arahan nenek.

Sehinggalah kejadian Jihoon membantu Heeso daripada ditengking Jaemin. Sejak daripada itu, nenek meminta segala maklumat tentang Park Jihoon digali.

Dan fakta bahawa Jihoon merupakan seorang ketua unit Air Force menyakitkan hati wanita ini.

Dia tidak mahu kejadian yang dirasai anaknya dahulu, turut dirasai oleh cucunya.

Kerana itu nenek sanggup buat apa sahaja untuk memastikan cucunya mengahwini Na Jaemin, bukan tentera itu!

Seketika, gambar keluarga yang tergantung didinding menarik minatnya. Dia bingkas berdiri, memandang utuh gambar itu.

Nenek, mendiang anaknya, bersama kedua cucunya, Heena dan Heeso.

Ya, mendiang mama merupakan satu-satunya anak nenek. Yang sungguh nenek sayangi, nenek tantangi, sehinggalah mendiang papa bertindak menghancurkannya.

Mendiang papa Heena dan Heeso, Kim Heecul.

Seorang ketua unit Air Force yang sungguh dihormati. Cekap menjalankan tugas, seringkali menjayakan misi, dan menerima pelbagai anugerah serta penghargaan.

Jika disoal siapa ketua langit, pasti nama Heecul disebut.

Sungguh lelaki ini tidak boleh dikalahkan pihak lawan jika langit sudah dijejak.

Kerana itulah, obsesinya kepada Air Force menebal.

Sehingga mengabaikan anak serta isterinya.

Mendiang mama disahkan mengandung anak ketiga, sungguh mereka semua gembira.

Heena dan Heeso gembira kerana bakal mendapat adik lagi.

Dan nenek gembira kerana bakal mendapat cucu lagi.

Namun, kesibukan Heecul yang jarang pulang ke rumah membuatkan mendiang mama stres.

Semuanya dilaksanakan sendiri. Kerja rumah, pengurusan anak, bahkan checkup bulanan turut dihadiri mendiang mama sendiri.

1437 / pjhTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang