BAB 25

910 140 6
                                    

" Ergh.. "

Jaemin tersentak, lantas meraih tangan si gadis dan dielus, memastikan si dia sentiasa selamat. Jarum IV Drip yang mencucuk tangan si gadis dipandang sayu.

" Marie.. "

Marie membuka matanya seketika, sebelum wajah Jaemin menyapa pemandangannya dahulu.

Pandangannya berbinar, pantas si gadis itu memegang kepalanya yang berdenyut.

" Sayang-- "

" PERGI !!!!! PERGI!! " Teriakan kuat Marie menyentak Jaemin. Lelaki ini pantas memegang lengan Marie yang mulai memberontak.

" Marie, hey. Kenapa ni? "

" PERGI! PERGI! AKU TAK NAK TENGOK MUKA KAU! " Marie mulai menangis, mengundang rasa gelisah Jaemin. Pantas doktor muda ini mengambil ubat penenang yang sudah lama disertakan dalam tray ubat sebelum lengan gadis itu dicucuk pantas.

Mendadak rasa ubat memasuki diri, Marie perlahan mengendur. Sebelum tubuh wanita itu melorot jatuh, dan perlahan tersandar di headboard katil.

Bergetar mata si lelaki menyaksikan gadis yang dicintai ini menjadi begitu. Dengan tubuh yang lebam serta muka yang membengkak, keadaan Marie sungguh menyayat hati.

Sungguh Jaemin tidak mengerti, siapa yang sanggup menbuat Marie begini? Gadis ini tidak bersalah. Marie antara gadis yang sangat baik di Afrika, bahkan tidak menyusahkannya di Korea.

Lalu siapa yang mendengki dan ingin berbuat begini kepada Marie?

" Jaemin... "

Suara sayu itu menyentak lamunan Jaemin. Dia pantas memandang Marie yang terbaring lemah, bersama air mata yang memenuhi tubir.

Tangan sejuk Marie digapai, lantas dicium lembut.

Dapat dilihat dada Marie berombak, menandakan si gadis kesusahan ingin menarik nafas.

" Sayang.. awak nak apa-apa tak? "

" Sakit.. "

Luruh. Tangisan Jaemin luruh. Dia tahu Marie sakit. Dengan keadaan kakinya yang lumpuh itu lagi, Marie perlukan rawatan yang lebih rapi.

" Saya tahu. Saya tahu. Awak nak apa-apa tak? Saya boleh belikan. "

" A--awak tak ada patient? "

" Tak. Saya dah mohon pengkhususan jaga awak. Jangan risau, cakap je awak nak apa. Saya akan usahakan. "

Dahulu Jaemin pernah menyesal, kerana gagal menjaga Minju. Membiarkan Minju pergi.

Dan kini Jaemin tidak mahu ia berulang lagi. Biarlah ini terakhir. Na Jaemin akan menjaga Marie Elyn sebaiknya.

" Saya nak.. hot chocolate boleh? "

" Boleh! Saya ke kafeteria kejap ya? Awak tunggu. " Pantas Jaemin mengatur langkah menuju ke kafeteria. Sebelum itu, sempat dikucup lembut pipi Marie lantas pemuda Na itu mengatur langkah pergi.

Marie memandang sayu.

Kenapa awak layan saya baik sangat, Jaemin...

Marie merehatkan kepalanya sebelum satu ketukan mengamit perhatiannya. Wanita itu memandang pintu.

" Aik? Cepatnya? "

Dan wajah yang terpancul menyebabkan Marie tersentak. Matanya bergetar, memandang insan yang kini berdiri didepannya.

" Kau dah tak selamat kat sini, Marie. Balik lah tempat asal kau. "

" Tapi-- "

" Balik ke Amerika. Balik ke pangkuan keluarga kau sebelum kau kena lebih teruk. Kau tak takut ke? "

1437 / pjhWhere stories live. Discover now