BAB 37

873 143 26
                                    

Shit!

Shit!

Heeso mendengus kuat, ah ini semua memang celaka!

Tidak terfikir olehnya, dia akan ada jadual pembedahan mengejut sebentar lagi. Sepatutnya pembedahan itu diuruskan oleh Hyunjoo, namun sekelip mata sahaja pihak hospital menukar namanya menjadi pegawai bertugas.

Bukan Heeso tidak mahu.

Tetapi mendengar ayat Eunjeong tadi, bahkan maklumat berkenaan biji epal yang dikupas Haechan sudah cukup membuatkan Heeso yakin.

Yakin yang Jihoon dalam bahaya.

Kerana itulah Heeso mahu bergegas ke bilik lelaki yang dicintainya itu. Terbantut dengan pembedahan mengejut ini.

Heeso membelek jamnya.

Masih ada 5 minit.

Sebelum kiri dan kanan dikerling pantas. Dia secepat kilat melangkah ke kaunter pertanyaan jururawat dan rakus meragut tetikus diatas meja.

Fokusnya kini pada monitor dihadapannya.

" Eh doktor! Nak cari prekripsi ubat ke? " Soal salah seorang. Tanpa menoleh, Heeso menggeleng.

" Tolong saya buka prekripsi ubat pesakit Park Jihoon. Saya nak tengok. "

Namun, jururawat yang berdiri tegak cukup membuatkan kesabaran Heeso menipis.

Tolonglah, dia ada 5 minit sahaja lagi!

" Tengok apa?! Cepatlah! "

" Ba--baik doktor! " Tergesa, pantas tangan itu menekan satu persatu fail demi mencari nama pesakit yang dimaksudkan.

Sehinggalah terpampang,

Park Jihoon.

Secepat mungkin Heeso meneliti satu persatu nama. Baik, ada total 5 ubat untuk Jihoon ambil harini.

5 ubat!

Heeso mengangguk, dan menapak keluar daripada kaunter. Baru sahaja dia mahu bergegas ke wad pembedahan, tubuhnya berpampasan dengan Hyunjoo.

Doktor Hyunjoo.

Membawa dulang, yang diisi botol ubat-ubatan. Mata Heeso mengecil memerhati.

Satu..

Dua..

Tiga..

Empat..

Lima..

E--enam?

Kejap.

" Hyunjoo. " Tangan itu menarik tubuh Hyunjoo kesisi, mencerlung tajam memandang doktor muda ini.

" Eh kau apahal ni Heeso? "

" Ni ubat Jihoon kan? "

" Haah, Jihoon. Apahal? "

" Enam? Intake Jihoon harini, cuma lima. "

Dan dapat dijangka, Hyunjoo gelisah. Matanya mengelak daripada memandang tepat ke mata Heeso yang membara. Dada gadis ini turun naik menahan amarah, seolah dapat menghidu perbuatan jahat Hyunjoo.

Namun, Heeso benci menuduh.

Kerana itulah, Heeso mahukan kepastian.

" Apa kau nak buat kat Jihoon? " Keras nada gadis ini.

Nada Heeso.

" Ma--mana ada aku nak buat apa-apa! "

" CAKAP! "

1437 / pjhWhere stories live. Discover now