BAB 24

917 133 3
                                    

" Nak saya teman tak? "

" Eh tak perlu. Eunjeong ada. " Geleng Heeso, menolak tawaran Haechan yang mahu menemaninya ke kedai terdekat.

Mereka yang kini tinggal didalam rumah, juga memerlukan makanan dan barangan basah. Memandangkan Heeso menyedari dirinya sebagai tetamu, dia tidak mahu menyusahkan Puan Teresa.

Ya, Teresa.

Pemilik rumah yang ditumpangi para gadis. Dia merupakan salah satu penduduk Uruk, dan sikapnya sungguh baik.

Eunjeong dan Heeso menyenangi sikap wanita berusia 45 tahun itu. Oleh itu, sebagai membalas budi, Heeso dan Eunjeong menawarkan diri ingin membelikan barangan basah di pekan luar.

Agak jauh, mereka perlu memandu sehingga 30km baru menjumpai bandar yang dimahukan.

" Kau dah ada list belum? " Soal Eunjeong, tiba membawa beg sandangnya. Heeso angguk pantas.

" Dah, semua kat sini. "

" Jaga diri, Heeso. " Senyum Haechan. Heeso memandang Haechan lantas tersengih.

" Baik, Doktor! Saya patuhi. "

" Hehe, jangan lama sangat. Nanti saya rindu. "

" Kalau rindu, call je. " Usik Heeso. Haechan tertawa, dan melambai pemergian Heeso serta Eunjeong, sehingga mereka hilang daripada pemandangan.

Baru sahaja Haechan mahu menapak kembali ke rumah tumpangannya, dia dihampiri dua sosok tubuh kekar, menyinsing lengan menghampiri.

" Nampak Heeso? "

" Nampak Eunjeong? "

Tersentak, Haechan memandang dua insan yang menuturkan ayat itu serentak.

Captain Jihoon dan Leftenan Jeno.

" Err.. nak tahu yang mana satu dulu? " Soal Haechan kembali. Jeno berdecih, dan memandang mata Jihoon.

" Heeso mana? Dia tak ada pun kat base medic. "

" Oh dia memang tak ada. "

" Huh? Pergi mana? "

" Heeso dengan Eunjeong pergi pekan luar. Beli barangan bas--ARGH ARGH ADUU! " teriak Haechan, sebaik sahaja lengannya dicekal kuat oleh Jihoon. Pemuda ini memandang tajam tepat kemata Haechan yang menanggung kesakitan.

" Apa tadi? Pergi mana? "

" Lepaskan dulu lah tangan aku! "

Jihoon mendengus, melepaskan lengan Haechan yang dipegang kuat tadi. Haechan mengeluh.

" Heeso dengan Eunjeong pergi pekan luar. Beli barangan dapur. Pahal serabut semacam ni? "

" Eunjeong pun? " Celah Jeno. Haechan mengeluh dan mengangguk.

" Iya. Dorang berdua. Kena-- "

" SIAPA BENARKAN? "

" Woo Captain Jihoon. Tak rilek betul. Pergi beli barang je pun, kenapa nak possesive lebih? "

Haechan menolak lidahnya kedalam pipi, tidak mengerti mengapa Jihoon bersikap begini. Apa yang lelaki ini fikirkan?

" Aku Captain kat sini. Kenapa tak minta izin aku dulu? Korang buat askar macam tak wujud je kat sini. Sedar tak? "

Amarah Jihoon menyebabkan Haechan mendengus. Matanya nyalang membalas pandangan mata Jihoon.

" Apa masalah kau dengan doktor ni? Sampai nak halang ke pekan. Sekarang ni darurat ke? Tak kan? Situasi macam kat Afrika ke? Tak kan? Sikap kau sekarang ni buat aku meluat, Captain Jihoon. Buatkan aku muak. Dan buatkan aku tak sabar nak merampas Heeso daripada kau. "

1437 / pjhWhere stories live. Discover now