BAB 38

928 147 39
                                    

Jeno berdecih. Matanya fokus meneliti pelan dihadapannya ditemani beberapa pegawai lain untuk menyelesaikan misi ini.

Misi menyelamatkan Captain Park Jihoon.

Sudah terbukti melalui rakaman CCTV, Jihoon diberikan sedatif sebelum pengsan dan dibawa keluar oleh Haechan melalui pintu kecemasan.

Yang menjadi tanda tanya.

Siapa Haechan? Kenapa menculik Jihoon? Dan apa kaitan Hyunjoo dengan semua ini?

Tiada masa untuk Jeno bertanya, biarlah pihak polis menguruskan bahagian itu selepas sahaja Hyunjoo ditangkap untuk siasatan lanjut. Kini, Jeno yang sudah lengkap berpakaian askar memimpin pasukannya untuk menyelamatkan Jihoon yang sudah diketahui koordinat.

Namun satu masalah yang merunsingkan Jeno.

Mereka tidak boleh menggunakan laluan darat.

" Leftenan! " Salah seorang pegawai memberi tabik sebelum selembar kertas dihulur kepada Jeno.

Ianya maklumat mengenai Haechan.

" Lee Haechan, ataupun dikenali sebagai Peter. Dialah ketua pengganas di Afrika. Pemerdagangan manusia, dan yang menyerang penduduk Uruk. "

" Peter? " Jeno berkerut, meneliti maklumat yang dihulur.

Jadi inilah dalang disebalik ketakutan penduduk Uruk?

" Apa kaitannya dengan Doktor Hyunjoo? " Soal Jeno, hairan kerana Hyunjoo turut terlibat dengan Haechan.

" Pada pendapat saya, kerana Doktor Hyunjoo pernah terperangkap di Afrika, mungkin inilah sebab Doktor Hyunjoo bekerja dibawah Haechan. "

Masuk akal.

Jeno mulai memahami.

Jahatnya kau Haechan.

Sanggup kau buat penduduk tidak berdaya macam tu.

" Tapi tuan.. ada satu lagi masalah. "

Jeno memandang wajah pegawai bawahannya itu dengan tanda tanya. Masalah apa lagi?

" Apa? "

" Peter dan orangnya terkenal dengan manipulation darat. Bom, peluru berpandu pandai dikendalikan. Dan pasukan Peter pandai memasang periuk api dalam tanah. Kerana itu.. bahaya untuk pasukan kita. "

Mata Jeno terbeliak.

" Maksudnya.. kita tak boleh guna darat? Tapi koordinat mereka dikawasan darat. Tak boleh guna laluan air juga. " Luah Jeno.

Dia berfikir seketika. Dahinya berkerut, diiringi kening yang hampir bercantum.

Sebelum jarinya dipetik, lantas memandang pegawai yang masih menanti jawapan.

" Unit pasukan Captain Park Jihoon masih ada kan? "

Ya disinilah mereka kini. Jeno sebagai ketua, membincangkan pelannya kepada kesemua anak buah Captain Park Jihoon.

Pasukan Air Force.

Dan kapal pesawat kegemaran Captain Park Jihoon bakal dinaiki Jeno.

KAI KF-21 Boramae.

Misi mereka hanya mahu membawa pulang Jihoon, dan menangkap Haechan.

Disisi, Eunjeong setia memujuk Heeso yang resah. Hanya tangisan mengisi mereka. Eunjeong yang masih sakit, bersama Heeso yang sudah kering air matanya.

Eunjeong merisaukan Jeno yang bakal pergi.

Dan Heeso merisaukan Jihoon yang sudah pergi.

Dan ada maklumat baharu diperolehi. Ada satu organisasi turut bekerjasama dengan Haechan diluar negara.

1437 / pjhUnde poveștirile trăiesc. Descoperă acum