BAB 55

2.3K 79 0
                                    

Setelah sampai ke rumah, Syafwa terus masuk ke dalam biliknya. Dia dan Hafiki Arash sudah kembali ke rumah Hafiki Arash yang dulu. Sudah 2 bulan mereka tinggal di rumah Puan Sri Helena akhirnya Puan Sri Helena telah mengizinkan Arash untuk pindah lagi.

"Sayang." Panggil Hafiki Arash, dia berdiri di depan pintu masuk bilik Syafwa. Syafwa sangat rindukan suasana rumah ni. Tiba-tiba Syafwa teringatkan Fayish.

"Sayang?" Panggil Hafiki Arash lagi membuatkan lamunan Syafwa terus mati. Hafiki Arash perasan kebelakangan ni Syafwa sering mengelamun seperti memendam sesuatu. Hafiki Arash ingin bertanya tapi dia tau mungkin Syafwa belum bersediah untuk bercerita dengannya.

"Yaa abang." Syafwa tersenyum.

"Sayang nak tidur dekat bilik ni?" Tanya Hafiki Arash lalu dia mendekati Syafwa yang sedang duduk di birai katil.

"Boleh ke?" Tanya Syafwa.

"Boleh kalau abang ada." Jawab Arash lalu duduk di sisi Syafwa. Bahu mereka bersentuhan. Hafiki Arash tersenyum.

Syafwa tergelak kecil lalu baring di atas katil. Hafiki Arash baring di sisi Syafwa lalu mereka berdua melihat ke arah siling bilik.

"Abang dah lupa?" Tanya Syafwa secara tiba-tiba.

"Lupa apa sayang?" Tanya Hafiki Arash.

"Dulu kita satu kelas." Kata Syafwa. Hafiki Arash diam buat seketika, mungkin dia cuba untuk mengingati masa lalunya.

"Tak ingatlah sayang, betul ke?" Tanya Hafiki Arash lalu melihat ke arah Syafwa namun Syafwa masih melihat ke arah siling bilik.

"Waktu tu saya jentik dahi abang sebab abang tidur dalam kelas. Lepastu kita kena denda berdiri dekat luar kelas." Jelas Syafwa. Hafiki Arash cuba untuk mengingati kejadian itu sekali lagi. Mata Hafiki Arash membulat.

"Sayang.. Tampar muka abang dulu?" Tanya Hafiki Arash dengan wajah terkejut. Dia dapat mengingat jelas kenangan itu.

"Maaf.." Syafwa berpaling ke arah Hafiki Arash, pandangan mereka bertemu.

"Sebenarnya dulu sayang nak balas dendam dekat abang sebab dah buat hidup sayang menderita. Lepas abang berhenti sekolah, semua orang salahkan sayang dan buli sayang." Akhirnya Syafwa berani untuk ceritakan semuanya pada Hafiki Arash. Jika dia tidak ceritakan, dia akan rasa bersalah dan rasa dia dah tipu Hafiki Arash. Jadi dia dah buat keputusan untuk ceritakan semuanya.

"Dulu sayang marah abang, tapi lepas-

Belum sempat Syafwa menghabiskan katanya Hafiki Arash sudah memeluknya erat. Kini wajah Syafwa di dada Hafiki Arash.

"Maafkan abang sayang.." Kata Hafiki Arash sambil mengusap belakang Syafwa seperti mengusap belakang bayi. Sekarang barulah dia tahu kenapa Syafwa sering mengelamun kebelakangan ni.

"Abang tak marah?" Tanya Syafwa pelan.

"Sepatutnya sayang yang marah abang.." Kata Hafiki Arash.

"Tapi dulu sayang cuba nak balas dendam.."

"Semua tu cuma masa lalu kan, yang penting sekarang ni sayang dah ada dengan abang.. Sayang isteri abang." Pujuk Hafiki Arash. Dia tidak mahu Syafwa sedih lama-lama. Lagipun dia sudah tidak peduli dengan apa yang terjadi di masa lalu. Tiba-tiba syafwa tergelak kerana Hafiki Arash sudah biasa menggelar dirinya abang. Dulu masih kekok.

"Sayang ok?" Tanya Hafiki Arash. Syafwa mengangguk.

"Terima kasih abang.." Syafwa berkata lalu mencium dagu Hafiki Arash. Hafiki Arash tersenyum.

"Sama-sama." Syafwa meleraikan pelukan Hafiki Arash lalu mereka berdua berpandangan.

"Abang siapa?" Tanya Syafwa.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now