BAB 42

4.4K 213 5
                                    

Aku membetulkan dressku yang berwarna pink belacan.

Sedari tadi aku mencari kelibat Abang Syafhan di dalam cafe.

Mana si mekeluk ni???

Dekat sini tak banyak orang. Ada 15 meja tapi hanya 3 saja meja yang digunakan. Masih ada 12 meja yang kosong.

Meja pertama kelihatan ada dua orang gadis yang sedang rancak berbual. Meja kedua tu pula ada tiga gadis yang sedang makan sambil bergelak ketawa. Dan meja yang ketiga, kelihatan seorang lelaki yang sedang duduk membelakangi aku, membuatkan aku tak boleh nampak muka dia.

Dia memakai hoodie yang berwarna hitam sambil menutup kepalanya menggunakan penutup kepala hoodie.

Mungkin abang Syafhan.

Tanpa berfikir lagi, aku pun terus mendekatinya.

" Syafhan? " Tanyaku pada lelaki yang sedang tertunduk melihat screen handphonenya.

Dia melihat ke arahku. Dia memakai mask mulut berwarna hitam dan kaca mata hitam.

" Syafwa? " Tanyanya. Aku terus tersenyum dan mengangguk. Dia kelihatan sungguh terkejut lalu dia berdiri dari duduknya.

"How are you?! " Dia memelukku sebelum mencium kedua pipiku.

" Ini malaysia bukan china! " Aku menolak dadanya.

" Opss. I'm sorry. Have a seat. " Abang Syafhan tersenyum. Aku pun terus duduk di kerusi hadapannya. Hanya meja yang memisahkan kami.

" Kenapa abang pakai mask dan kaca mata hitam ni? " Tanyaku sopan. Sejujurnya depan abang, aku akan sentiasa sopan sebab abang ni macam papa.

" Because.. I'm afraid that.. people will know me. " Jawabnya lambat-lambat lalu mengangguk pada perkataan yang terakhir.

" Tak lah. Takkan ada orang yang kenal abang dekat sini. Ini kan malaysia. " Jelasku. Susahnya hidup sebagai artis ni kan?

" Ouh, awak pandang rendah pada abang? " Tanya Abang Syafhan. Aku tergelak kecil.

" Of course not! Bukalah mask dan kaca mata tu. Tak rasa panas ke? " Tanyaku. Aku dapat melihat baju lapis abang Syafhan yang berwarna putih di dalam.

" I'm dying inside.. " Jawabnya membuatkan aku tergelak lagi.

" Bukalah, saya yakin yang tak akan ada sesiapa yang kenal abang. " Kataku dengan wajah yang cukup yakin.

" Are you sure? " Tanyanya sekali lagi. Aku sekadar mengangguk. Abang Syafhan pun terus menanggalkan mask mulut dan kaca mata hitamnya. Terserlah lah wajahnya yang kacak. Dia lebih kacak dari dalam gambar.

Entah kenapa aku tiba-tiba bangga jadi adik kepada pelakon dan model terkenal china ni.

Abang Syafhan memang terkenal sejak dari sekolah lagi. Keluarga kami semua tinggal di malaysia sehinggalah umur kami berdua mencecah 12 tahun. Setelah itu mama, papa dan abang berpindah ke luar negara, iaitu china. Negara kelahiran mama.

Kenapa aku tak ikut sekali?? Sebab aku sendiri yang berkeras untuk tinggal bersama ibu, ayah dan Fayish. Aku terlalu rapat dengan keluarga Fayish, lagipun aku nak belajar di malaysia dan membesar di malaysia.

Dulu aku selalu habiskan masa dengan ibu dan Fayish sebab Mama, papa sibuk dengan kerja. Abang pula sibuk dengan sekolah.

Abang pernah tumbuk Fayish sebab dia buat aku menangis. Waktu tu kami baru berumur 10 tahun. Memang lawak masa tu.

" Kenapa termenung tengok abang? Don't tell me that you fall for me? " Tanya Abang Syafhan. Membuatkan lamunanku terus mati.

" Tak lah! Apalah abang ni.. Saya cuma teringat kenangan kita waktu kecil dulu. " Jawabku jujur. Abang tersenyum.

" Waktu berjalan dengan cepat sampaikan abang, mama dan papa rasa sangat menyesal sebab tinggalkan Syafwa dulu. We miss you so much.. " Tiba-tiba wajah abang Syafhan berubah sedih.

" Saya pun rindukan keluarga kita. I miss us.. " Aku tertunduk.

Kalaulah.. Kalaulah dulu aku ikut berpindah, pasti aku tak akan kenal Hafiki Arash.. Pasti aku tak akan jadi bodyguard Arash. Pasti aku tak duduk kat sini sambil fikirkan Arash..

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now