[23] Jadi Tukang Kebun

4.8K 252 3
                                    

Ketika meeting sedang dijalankan, tiba-tiba handphone Fayish berbunyi menandakan satu mesej masuk. Semua mata melihat ke arah Fayish kerana deringan handphonenya yang kuat.

"Maafkan saya. " Kata Fayish sebelum membaca mesej yang masuk.

±6011*******:
Ni aku syafwa. Aku nak jumpa kau sekarang dekat restoren kelmarin. Aku perlukan pertolongankau Fayish. Ni hal penting.

Fayish memasukkan handphonenya ke dalam poket.

Dia sedang berada di pertengahan meeting. Di mana ayahnya sedang melihatnya.

" I'm so sorry.. I have to go. " Fayish pergi ke arah pintu keluar.

" Fayish! Where are you going?! " Dato Sri Iskandar berdiri dari duduknya.

" I'm.. So.. Sorry dad. " Fayish pun terus keluar dari bilik misyuarat.

~°~

Syafwa memerhati jam tangannya. Sudah 30 minit dia menunggu kedatangan Fayish.

Tiba-tiba Fayish duduk di kerusi hadapannya. Di perhatinya Fayish lama-lama.

"Kau kenapa? Kau ada masalah ke? " Tanya Fayish risau.

"Pakai baju pejabat ke Encik Fayish. " Syafwa gelak mengejek. Fayish tidak menghiraukannya.

" Kenapa kau nak jumpa aku ni? " Tanya Fayish.

"Sebenarnya aku sekarang berkerja sebagai bodyguard. " Kata Syafwa dengan jujur.

" Bodyguard?! Kau dah gile ke Wa? Apa mama dan ibu cakap nanti kalau diorang tau? " Fayish sungguh terkejut dengan kata-kata Syafwa. Nasib baik sekarang dia tak minum air. Kalau minum air pasti dah tersembur keluar semua.

" Ya aku tahu semua ni tak masuk akal.. Aku minta maaf sebab tak bagi tahu awal-awal. " Syafwa tertunduk. Fayish kerutkan dahi.

" Kau dah berhenti kan? Sekarang kau boleh kerja dekat company ayah. " Cadang Fayish.

Syafwa mendiamkan diri.

" Wa, cakaplah. " Desak Fayish. Syafwa melihat ke arahnya lalu menggeleng.

Fayish memejamkan matanya. Dia sungguh geram sekali dengan sikap Syafwa yang suka buat perkara bodoh.

" Habistu kau nak jumpa aku ni kenapa? " Tanya Fayish dengan wajah serius.

" Aku akan duduk serumah dengan boss aku.. " Jawab Syafwa. Dia betul-betul ingin berterus terang kali ini.

" So what? "

" Aku nak kau kerja sama-sama dengan aku. " Jawab Syafwa. Fayish ketawa kecil.

" Mengarut.. Sekarang kau nak aku kerja dengan kau pula? " Fayish buat muka tak percaya.

" Dengar lah dulu apa yang aku nak cakap ni! " Marah Syafwa.

" Kerja apa? " Tanya Fayish pasrah.

" Jadi tukang kebun, chef dan driver. " Jawab Syafwa dengan wajah yang tak ada perasaan.

" Apa?! " Kata Fayish separuh menjerit. Syafwa pegang dada kerana terkejut.

" Kau gila?! Kau tau aku geli dengan tanah, sekarang kau nak aku berke.. Berkebun? Otak kau dah masuk air ke Wa? " Fayish buat muka tak percaya. Dia datang sejauh ini hanya untuk berbual tentang perkara yang tak ada guna?

" Tolong lah aku Fayish! Aku perlukan kau! Aku tak nak duduk serumah dengan si Arash itu! " Rayu Syafwa.

" Arash? Aku salah dengar ke? Arash tu nama lelaki. " Fayish memandang tepat ke mata Syafwa. Wajahnya kembali serius.

" Yaa, boss aku lelaki. Nama dia Hafiki Arash.

" Apa?!! " Jerit Fayish lagi.

" Aku nak kau lupakan semua ni. Kerja karut kau ni. Aku akan cakap dengan ibu, ayah yang aku dah jumpa kau. " Fayish berdiri dari duduknya. Menyesal rasanya datang sejauh ini. Fayish pun terus berlalu pergi.

" Aku tak boleh nak batalkan macam tu aje! Kau fikir aku nak ke?! " Jerit Syafwa. Namun Fayish tidak menghiraukannya.

" Tak guna betul lah si Fayish ni! " Syafwa menumbuk meja makan. Semua mata memandang ke arahnya.

~°~

Aku keluar dari perut kereta lalu menutup pintu kereta milik Arash.

Aku membuka password handphone lalu menghantar mesej pada Fayish menggunakan Aplikasi whatapp

Syafwa
Kalau kau tak nak tolong aku. Arash akan cari orang lain dan orang lain itu mestilah lelaki. Kalau kau orang tu. Sekurang-kurangnya aku percaya kau. Aku kenal kau.

Fayish membaca mesej ku. Tapi dia tak reply. Tak guna si Fayish ni.

Syafwa
Oi Fayish.. Kalau kau tak nak tolong aku. Aku bagi tahu semua rahsia kau pada ibu.

Aku tersenyum jahat. Dia pasti akan balas. Rahsia dia rahsia besar.

Dua 2 minit berlalu tapi Fayish tetap belum reply.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah. Kelihatan Arash sedang duduk di sofa ruang tamu yang berwarna putih. Kebanyakan perabot dan cat rumah berwarna hitam putih.

" Awak ada masalah ke Syafhan? " Tanya Arash. Aku memandangnya lama lalu menggaru leherku yang terasa gatal.

Aku mendekati Arash lalu duduk di sebelahnya.

Aku membuka password handphoneku lalu menekan aplikasi kamera.

" Senyum. " Kataku pada Arash. Arash sekadar mengikut saja. Dia tersenyum. Aku pun terus mengambil gambar kami berdua.

Aku terus menghantar gambar itu pada Fayish sebagai bukti.

Syafwa
Inilah Arash. Boss aku yang duduk serumah dengan aku. Kau tolong lah aku Fayish. Aku akan ceritakan semuanya. Dari A sampai Z. Please??

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now