BAB 57

2.1K 69 0
                                    

Sudah seminggu Hafiki Arash dan Syafwa tinggal di rumah Puan Sri Helena. Harini mereka akan pergi ke rumah Puan Sri Liana pula.

Selepas beberapa kali menekan lonceng rumah, akhirnya pintu itu terbuka. Kelihatan Mak Lia yang berkerja selaku pembantu rumah berdiri di depan pintu.

"Assalamualaikum Mak Lia." Kata Syafwa sambil menghadiahkan senyuman termanisnya.

"Waalaikumsalam Cik." Mak Lia membalas senyuman Syafwa. Hafiki Arash dan Syafwa pun terus masuk ke dalam rumah.

"Saya panggil Puan Sri sekejap yaa." Kata Mak Lia sebelum berlalu pergi. Syafwa dan Hafiki Arash duduk di sofa ruang tamu.

Tidak lama selepas itu, kelihatan Puan Sri Liana menuruni setiap anak tangga untuk turun ke tingkat bawah. Dari kejauhan Puan Sri Liana sudah tersenyum ceria.

"Ibu sihat?" Tanya Syafwa lalu menyalam tangan Puan Sri Liana.

"Ibu sihat Alhamdulillah." Jawab Puan Sri Liana, dia memeluk dalam mencium pipi Syafwa. Hafiki Arash tersenyum.

"Ibu dari dapur tadi, ibu dah masakkan makanan kegemaran kamu!" Kata Puan Sri Liana dengan nada teruja. Tergelak Syafwa dibuatnya.

"Mana Fayish ibu?" Tanya Syafwa.

"Ada dekat dapur tu, dari pagi tadi tolong ibu. Kebelakangan ni Fayish suka tolong ibu, lepastu dia suka tanam bunga dekat kebun belakang tu. Tak taulah kenapa Fayish tiba-tiba minat. Kalau dulu jangankan bunga, tanah pun dia tak nak sentuh." Kata Puan Sri Liana sebelum tergelak kecil. Hairan dengan perubahan sikap anaknya itu.

Syafwa hanya tersenyum kerana teringat dengan kenangan saat mereka bertiga tinggal bersama dahulu.

"Jomlah makan." Kata Puan Sri Liana sebelum menarik tangan Syafwa pelan pergi ke arah dapur. Dari jauh wangian masakan sudah dapat terhidu.

Kelihatan Fayish sedang meletakkan pinggan di atas meja, apron yang meliliti pinggangnya masih belum di tanggalkan.

"Takpe Mak Liah, biar je dekat situ. Nanti Fayish angkat." Kata Fayish pada Mak Lia yang sedang mengangkat jug yang berisikan air.

"Oi!" Panggil Syafwa pada Fayish. Fayish melihat ke arah Syafwa, pandangan mereka bertemu.

"Apa oi oi?" Fayish menjelingnya.

"Diorang dua ni pantang jumpa mesti gaduh." Kata Puan Sri Liana pada Hafiki Arash.

Hafiki Arash yang sudah biasa dengan sikap Syafwa dan Fayish hanya mampu tersenyum.

"Duduklah, kita makan dulu." Kata Puan Sri Liana. Mereka berempat pun terus duduk di kerusi meja makan.

Banyak makanan yang terhidang di atas meja, Fayish sudah meletakkan beberapa jenis lauk di dalam pinggannya.

"Dah baca doa makan ke belum?" Tanya Puan Sri Liana saat melihat Fayish memasukkan sesudu nasi ke dalm mulut.

"Dah." Jawab Fayish singkat.

Hafiki Arash meletakkan udang ke pinggan Syafwa.

"Abang.."

"Syafwa tak boleh makan udang." Belum sempat Syafwa menghabiskan katanya Fayish sudah memotong.

"Letak udang kau sini Wa." Fayish meletakkan pinggannya di depan pinggan Syafwa lalu Syafwa meletakkan udang itu di pinggan Fayish.

"Maaf sayang, abang tak tau." Kata Hafiki Arash pada Syafwa.

"Tak apa abang." Syafwa tersenyum manis.

~°~

"Syafwa dah bagi tau mama yang Syafwa pregnant?" Tanya Puan Sri Liana. Saat itu mereka berempat duduk di sofa ruang tamu.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now