BAB 45

4.8K 192 0
                                    

Syafwa:
Maaf. Syafwa tak dapat ikut abang pulang ke china. Syafwa ada sebab Syafwa sendiri.

Aku sempat menghantar mesej pada Abang Syafhan sebelum aku meletakkan handphoneku ke dalam bag tangan.

Aku melangkah masuk ke dalam rumah Hafiki Arash. Tadi aku sempat minta kunci rumah pada Tan Sri Hamid kerana ingin mengambil barangku yang tertinggal.

Puan Sri dan Tan Sri tak marah pada aku. Malahan mereka risau pada aku. Aku ada banyak soalan yang nak tanya pada Tan Sri dan Puan Sri tapi masa belum mengizinkan.

Aku mendaki setiap anak tangga untuk naik ke tingkat atas dengan perasaan yang sangat sedih.

Tanpa sedar air mataku mengalir.

" Kau takkan dapat apa-apa kalau kau menangis Syafwa. " Kataku pada diri sendiri. Aku pun terus masuk ke dalam bilikku.

Air mataku mengalir lagi, tapi aku membiarkannya saja. Aku dah tak dapat tahan air mata aku dari mengalir. Aku memang lemah.

Kalau aku.. Semuanya salah aku. Kalau dari awal lagi aku tak jumpa Hafiki Arash. Pasti dia tak akan kemalang dan koma macam sekarang.

Aku telah menambah kesedihan pada Tan Sri Hamid dan Puan Sri Helena.

Dulu aku telah berjanji untuk menjaga Arash, tapi aku telah mungkir janji. Aku mesti menebus semua kesalahan aku. Aku harus pastikan yang Arash akan sedar dan sihat seperti dulu. Aku janji.. Dan kali ini aku mesti tepati.

~°~

Jam sudah menunjukkan angka 7:20 pagi. Aku menyarung hoodie putih ke tubuhku. Aku telah berpakaian seperti lelaki lagi. Bukan apa, aku lebih selesa macam ni.

Aku mencapai handphoneku lalu memasukkannya ke dalam poket hoodie.

Aku mengunci pintu utama lalu pergi ke perkarangan rumah. Tiba-tiba aku terpandang kertas yang berterbangan dari beranda bilik Hafiki Arash.

Kertas itu berterbangan keluar lalu jatuh ke kolam renang. Mungkin pintu kaca untuk menghubungkan bilik dan beranda Arash terbuka.

Tanpa berfikir panjang lagi, aku terus masuk kembali ke dalam rumah lalu pergi ke bilik Arash.

Suasana bilik sungguh sunyi sekali. Katil Arash kelihatan kemas dan tekaan aku betul. Pintu kaca tu tak tertutup. Aku pun terus menutup pintu kaca itu.

Banyak kertas A4 berselerak di atas lantai. Aku mengutip satu kertas A4 lalu ku pandang.

Aku yakin.. Wajah yang terlukis di kertas A4 itu adalah wajahku. Bukannya wajah Anis lagi.

Apa maksud semua ini??

Aku mengutip semua kertas lalu aku meletakkannya di atas meja. Aku terpandang satu buku catatan yang berwarna hitam. Pasti buku milik Arash.

Aku memegang buku itu lalu aku memandangnnya dengan cukup lama.

Aku nak tahu apa isi kandungan buku itu, tapi aku tak berani untuk buka.

Lamunanku terus mati setelah terdengar handphoneku berbunyi menandakan satu panggilan masuk. Ternyata panggilan itu dari Puan Sri Helena.

" Assalamualaikum Syafwa.. " Kedengaran suara Puan Sri Helena di hujung talian.

" Waalaikumsalam. " Jawabku.

" Arash.. " Puan Sri Helena tidak menghabiskan katanya. Dia sudah menangis teresak-esak.

" Kenapa dengan Arash?? " Tanyaku cemas.

~°~

Aku berlari sekuat hati untuk menuju ke wad Arash. Kelihatan Puan Sri Helena dan Tan Sri Hamid sedang duduk di kerusi yang tersedia di hadapan wad Arash.

Aku mendekati mereka berdua.

Aku membetulkan pernafasanku yang tersekat-sekat kerana terlalu berlari.

" A.. Arash macam mana? " Tanyaku yang masih tercungap-cungap.

" Tadi nadi Arash lemah sangat.. Sekarang doctor tengah periksa Arash. " Jawab Puan Sri Helena. Matanya kelihatan sedikit bengkak. Mungkin sebab tadi Puan Sri menangis.

Aku melihat ke arah pintu wad Arash. Aku akan salahkan diri aku jika terjadi sesuatu pada Arash.

Tolong lah Arash! Tolong lah kuat..

Tiba-tiba pintu Wad Arash terbuka luas. Seorang doctor lelaki keluar dari Wad. Puan Sri Helena dan Tan Sri Hamid terus berdiri dari duduk dengan serentak.

" Macam mana dengan anak saya?? " Tanya Puan Sri Helena.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now