[9] Kebetulan Atau Takdir?

6.3K 327 11
                                    

5 hari kemudian..

" Ya Arash dah nak sampai. Arash tengah drive ni. " Jawab Hafiki Arash.

" Arash pandu kereta sendiri?? Mana pemandu Arash? " Tanya Puan Sri Helena risau di hujung talian.

" Arash boleh drive sendiri. " Jawab Hafiki Arash sebelum mematikan talian.

BUKK!

Hafiki Arash seperti terlanggar sesuatu, namun dia tidak menghiraukannya dan terus memarking keretanya.

Hafiki Arash mematikan enjin kereta lalu terus keluar dari perut kereta.

" Woi. " Kedengaran suara lelaki dari sisi Hafiki Arash.

" Ada apa? " Tanya Arash.

" Kau dah langgar kereta aku, sekarang kau tanya ada apa? " Tiga orang lelaki itu mendekati Arash.

" Saya mesti pergi sekarang. " Jawab Arash membuatkan hati mereka bertambah panas.

" Kau dah langgar kereta aku, kau fikir kau boleh pergi macam itu je?! " Lelaki itu mula meninggikan suaranya.

" Nanti saya bayar, saya nak cepat ni. " Kata Hafiki Arash lagi.

" Kami tak peduli! " Tiba-tiba lelaki itu menumbuk perut Hafiki Arash. Hafiki Arash terduduk menahan sakit.

" Woi! " Tiba-tiba seorang lelaki datang ke arah mereka berempat.

" Aku dah call polis. Korang ni pencuri kan! " Kata lelaki entah dari mana itu.

" Po.. Polis boss. " Kata seorang lelaki lagi. Wajahnya kelihatan takut.

" Bodoh! Harini kau selamat. Aku akan pastikan kau berdua mati! " Ugut boss mereka. Mereka bertiga pun terus masuk ke dalam kereta dan terus memecut laju keluar dari kawasan parking bawah tanah.

" Kau tak apa-apa? " Tanya lelaki yang sudah menyelamatkan Hafiki Arash itu. Lelaki itu membantu Hafiki Arash untuk berdiri.

" Ya.. Terima kasih. " Kata Hafiki Arash dengan suara pelan. Itu adalah pertama kali perutnya di tumbuk dengan sebegitu kuat.

" Lain kali hati-hati, diorang itu pencuri terkenal dekat kawasan ni. " Jelas lelaki itu.

" Siapa nama awak? " Tanya Hafiki Arash. Dia berasa sungguh berterima kasih kerana lelaki itu telah menolongnya.

" Syaf..

" Awak lelaki yang berani. Saya nak minta nombor handphone awak. Saya nak bagi hadiah tanda terima kasih. " Belum sempat lelaki menghabiskan katanya. Hafiki Arash sudah memotong.

Lelaki itu mendiamkan diri.

" Nama aku Syafhan. " Jawab lelaki itu lalu menulis nombornya di atas kertas memo kecil.

" Ini nombor aku. " lelaki itu menyerahkan nombornya kepada Hafiki Arash.

" Baiklah, saya pergi dulu. Saya ada hal penting. " Kata Hafiki Arash. Lelaki itu sekadar mengangguk.

~°~

' Dia tu lelaki yang tolong aku tadi. ' Kata Hafiki Arash dalam hati saat melihat salah satu model lelaki yang berada di sana.

" Papa akan carikan kamu bodyguard. "

Tiba-tiba Hafiki Arash teringat akan kata-kata papanya 5 hari yang lepas.

" John, dia itu kerja dengan awak ke? " Tanya Hafiki Arash.

" ak, dia dah lama cari kerja tapi baru sekarang saya dapat bagi. Hanya untuk show ini. " Jelas John.

" Can i have his phone number?" Kata Hafiki Arash kepada John.

" Nanti saya bagi. " Jawab John.

" No, its okey John. " Baru Hafiki Arash teringat yang lelaki itu ada menulis nombor handphonenya di memo kecil tadi.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now