[11] Agreement

6.3K 330 5
                                    

"Kita akan buat satu agreement. " Tan Sri Hamid memulakan rancangannya.

"agreement? " Syafwa mengerutkan dahinya. Ikutkan ini, entah sudah berapa kali dia kerutkan dahi.

" Ya.. Anak saya tu tak pernah berpisah dengan kami sebelum ni, dan sekarang dia nak tinggal sendiri dengan syarat dia mesti ada bodyguard. Dan awak yang akan jadi bodyguard dia. " Jelas Tan Sri Hamid.

Syafwa mendiamkan diri.

"Anak saya ada cerita tentang awak. Betul ke awak selamatkan Anak saya dari penjahat haritu? " Tanya Puan Sri Helena tidak percaya.

" Ya.. " Jawab Syafwa singkat. Dia tidak menyangka, dengan perkara sekecil itu, boleh menjadi sebesar ini sehingga dia ingin dijadikan bodyguard.

" Saya tak kuat pun.." Jawab Syafwa jujur.

" Saya bukannya nak bodyguard yang kuat. Sebab saya dah ada semua itu. Sekarang saya perlukan awak. Baru sekali awak bertemu dengan anak saya. Tapi awak dah dapat buat anak saya merayu pada awak. " Jawab Tan Sri Hamid.

" Macam mana Encik tahu? " Tanya Syafwa inginkan penjelasan yang lebih dalam.

" Saya dah dengar semuanya tadi. Perbualan awak dan anak saya di luar. " Jelas Tan Sri Hamid. Syafwa terkedu. Nasib baik dia tak ada cakap yang bukan-bukan tadi.

" Perjanjian kita senang saja, saya nak awak buat hidup anak saya sengsara dan rasa yang hidup sendiri itu susah tak seperti yang dia sangka. " Sambung Tan Sri Hamid lagi.

'Biar betul dia nak anak dia sengsara?' Tanya Syafwa dalam hati.

" Abang.. " Puan Sri Helena memegang tangan suaminya.

" Sengsara? Maksud Encik? " Tanya Syafwa menginginkan penjelasan yang lebih dalam sedalam lautan china selatan.

" Saya nak awak buatkan dia menyesal hidup sendiri, jauh dari kami. Saya kenal anak saya. Luaran dia saja nampak begitu, serius, jarang tersenyum. Tapi saya tahu dia masih Hafiki Arash kami yang dulu. Ceria, selalu tersenyum. " Tan Sri Hamid mengeluh kecil.

" Ha.. Hafiki Arash? " Mata Syafwa membuntang. Masa seakan-akan berhenti buat seketika.

" Ya, anak saya Hafiki Arash. " Puan Sri Helena bersuara.

Hafiki Arash, lelaki yang selama ini di carinya untuk membalas dendam.

Syafwa terdiam buat seketika. Dia merasa dirinya bodoh kerana tidak sedar perkara itu dari awal.

' Lelaki yang telah memalukan aku. Sekarang aku akan jadi bodyguard dia? Untuk apa? Kepentingan dirinya sendiri? ' Tanya Syafwa dalam hati lalu dia berdiri dari duduknya.

' Terima kasih sajalah.. '

" Kenapa ni? " Tanya Puan Sri Helena.

" Maaf, saya tak dapat tolong. " Syafwa pun terus berlalu pergi tanpa menoleh pun ke belakang.

"Syafhan."  Panggil Hafiki Arash saat melihat Syafwa keluar dari ruangan tadi.

Wajah Syafwa kelihatan serius. Dahinya berkerut.

"Kenapa ni?" Tanya Hafiki Arash, dia risau jika Puan Sri Hamid dan Puan Sri Helena tidak menerima Syafwa sebagai bodyguardnya.

"Aku tak nak jadi bodyguard kau. Kau carilah orang lain." Kata Syafwa dengan tegas.

"Syafhan, tolong saya Syafhan." Rayu Hafiki Arash.

"Aku nak balik." Syafwa ingin pergi namun lenggannya di pegang oleh Hafiki Arash.

"Saya nak keluar dari rumah ni Syafhan. Awak tolonglah saya." Rayu Hafiki Arash lagi.

"Aku tak nak jadi bodyguard kau!" Syafwa menepis tangan Hafiki Arash sebelum dia berlalu pergi meninggalkan Hafiki Arash.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now