[29] Tunggu Ayah Datang

4.3K 238 12
                                    

Seperti biasa, aku akan masuk ke bilik air untuk mencuci muka dan berus gigi. Aku memakai selipar yang tersedia di tepi pintu bilik air. Aku memilih selipar yang berwarna hitam sebab selipar tu macam ada biji-biji bulat yang kelihatan ganjil bagiku.

Selesai mencuci muka dan berus gigi, aku pun terus keluar dari bilik air dengan wajah ceria.

" Maa!" Jeritku saat melihat ke arah Arash sedang berdiri sambil bersandar di pintu almari bajuku yang berada betul-betul di depan bilik air.

Macam gangster pulak tu. Siap masukkan tangan dalam poket seluar. Kacak lah pula. Arash memang sekacak ini ke dulu?

" Saya buat awak terkejut? " Tanya Arash.

" Tak lah. " Aku tertunduk. Taklah.. Kau buat aku ketawa!

" Kau nak pinjam bilik air lagi? " Tanyaku lalu aku pergi ke arah pintu bilik.

" Ya.. Boleh kan? " Tanya Arash.

" Mestilah boleh. Kau guna lah, aku nak turun bawah dulu. " Jawabku dengan wajah tenang.

Aku memulas tombol pintu dan terus keluar dari bilik.

" Terima kasih. " Ucap Arash. Langkahku terhenti.

" Sama-sama. " Jawabku. Lalu aku menutup pintu bilik.

" Apa masalah bilik air si Arash tu? " Tanyaku sendiri.

Aku berlajan ke arah tangga. Tapi setiap kali aku menuruni nak tangga. Selipar yang aku pakai ni akan mengeluarkan bunyi pelik seperti Ngek Ngok. Dan.. Ianya membuatkan aku sangat teruja!

Baru aku perasan yang aku masih pakai selipar bilik air. Sekarang selipar ini adalah selipar kesukaanku. Anda pun pasti ada selipar kesukaan.

Aku melihat ke arah Fayish yang sedang menonton tv di ruang tamu. Idea nakal terus muncul di mindaku.

Aku berjalan ke arah tv. Kini aku berdiri betul-betul di depan tv.

" Apsal selipar kau ni bising sangat? " Fayish kerutkan dahi. Aku buat muka tak ada perasaan.

" Fayish. Umur kau berapa? " Tanyaku.

" 21 tahun. " Jawabnya dengan wajah pelik. Aku mengeleng-geleng.

" Fayish.. Fayish.. Apsal kau tengok Didi and friend ni.. " Aku menunjuk ke arah screen tv.

" Ish kau ni! Kau tepi boleh tak, aku nak tengok tv. " Fayish mula bengang dengan sikapku. Dan itulah yang selama ini aku inginkan.

"Hahahaha. " Aku ketawa jahat di depan tv.

" Sebelum aku baling kau dengan remote ni.. Baik kau tepi. " Fayish melihatku dengan wajah serius, siap mengugut lagi.

Aku ketawa kecil lalu pergi ke sofa yang berada di sisi sofa Fayish.

Semut berkawad satu satu horaa horeee.

Didi dan kawan-kawannya mula menyanyi lagu kesukaan Fayish.

Aku duduk di sofa itu lalu aku melihat ke arah kakiku yang terasa sakit.

" Apsal... " Aku melihat ke arah tapak kakiku.

Aku mendiamkan diri. Tapak kakiku bermerah dan bercorak bulat-bulat kerana selipar yangku pakai itu.

Dan aku sangat... Sukakannya!

" Yang kau tersenyum-senyum macam dapat rumah banglo free ni kenapa? " Tanya Fayish secara tiba-tiba.

" Tengok kaki aku. " Kataku. Fayish melihat ke arah tapak kakiku.

" Ihhh! " Fayish buat muka geli bercampur hairan.

" Macam mana kaki kau boleh jadi macam tu? " Tanya Fayish dengan suara pelik.

"Sebab..

Tiba-tiba handphone Fayish berbunyi menandakan satu panggilan masuk.

Aku tidak menghabiskan kata-kataku. Fayish terus menjawab panggilan itu. Aku mendiamkan diri.

" Wa.. Waalaikumsalam. " Jawab Fayish. Matanya membutang.

" Kenapa? " Tanyaku dengan wajah pelik. Fayish meletakkan jari telunjuk di bibirnya menyuru aku senyap. Dia pun terus menekan pembesar suara pada screen handphonenya.

" Fayish.. " Kedengaran suara ayah di hujung talian. Mataku juga turut membutang.

" Y.. Ya ayah. " Jawab Fayish lalu berdeham.

" Ayah tahu u tak sambung belajar Fayish. " Kata-kata yang kami dengan ini sangat mengejutkan alam maya. Kalau boboiboy dengar, dia pasti akan cakap 'Apakah!'

" No no.. Fayish memang nak sambung belajar Ayah. " Jawab Fayish.

" U jangan nak tipu ayah! U tahu yang ayah tak suka di tipu Fayish. Where did u put you brain! You know that!

Tut.

Fayish mematikan talian.

Kami berdua berpandangan.

" Apsal kau matikan? " Tanyaku.

" Entah.. " Jawab Fayish.

" Habislah kau Fayish.. " Kataku pelan.

Tiba-tiba handphone Fayish berbunyi menandakan satu mesej dari aplikasi whatapp masuk.

Aku dan Fayish membaca mesej itu

AyahKuuuComel:
Ayah tahu U dekat mana sekarang. Your location is in my hand Fayish. Tunggu ayah datang.

Kami berdua berpandangan.

" Habis lah kau. " Kata Fayish pelan.

Oh.. Tidak..

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now