BAB 48

5.2K 204 6
                                    

Seharian aku hanya mengahabiskan masa di rumah bersama mama dan papa. Dan seharian jugalah aku memikirkan keadaan Arash. Aku tak boleh berhenti untuk fikir tentang Arash.

Aku melihat ke arah jam dinding. Jam sudah menunjukkan angka 10:39 malam. Semua orang dah tidur. Jadi ini adalah masa yang sangat sesuai untuk aku keluar rumah. Aku menaiki teksi untuk pergi ke hospital.

Tapi masa sampai dekat hospital, sekuriti tu tak bagi aku masuk sebab masa melawat dah tamat.

Aku pun terpaksalah pergi.

Tiba-tiba hujan turun dengan lebat sekali. Dalam sekelip mata saja bajuku menjadi basah kuyup. Aku pun terus berteduh di bawah pokok yang berada tidak jauh dariku.

Aku mengeluarkan handphone dari poket hoodie lalu mendail nombor telefon Puan Sri.

" Assalamualaikum Puan Sri? " Aku memberi salam. Tangan kananku memegang handphone, sedang tangan kiriku memeluk tubuh.

" Waalaikumsalam Syafwa. Ada apa call saya malam-malam ni? " Tanya Puan Sri Helena.

" Boleh saya tahu siapa yang jaga Arash malam ni? Puan Sri ke? " Tanyaku inginkan kepastian.

" Tadi Aleesya merayu dengan Aunty, dia kata dia nak jaga Arash malam ni. " Jawab Puan Sri Helena. Tiba-tiba aku rasa sedih yang teramat.

" Ouh.. " Aku melihat ke arah bangunan hospital.

" Kenapa awak tanya? "

" Tak adalah Puan Sri.. Maaf ganggu malam-malam ni. " Bibirku mula berketar kerana kesejukan.

" Tak apalah.. " Jawab Puan Sri Helena.

" Assalamualaikum Puan Sri.. "

" Waalaikumsalam. " Jawab Puan Sri sebelum aku mematikan talian.

Tiba-tiba ada kereta berhenti di hadapanku. Seorang lelaki keluar dari perut kereta bersama payung yang berwarna hitam. Aku tak dapat untuk lihat wajah lelaki itu.

Lelaki itu semakin mendekat. Aku mula takut. Macam mana kalau lelaki itu penjahat ataupun peragut?

Akhirnya aku dapat melihat wajah lelaki itu. Ternyata Fayish..

" Kau nak apa? " Tanyaku dengan wajah serius.

" Jom.. Ikut aku balik. " Wajah Fayish juga kelihatan serius. Dia menyerahkan payung itu kepadaku namun aku menolak.

" Aku tak nak. " Kataku dengan tegas. Fayish menjatuhkan payung itu ke bawah. Kini dia pun terkena hujan yang kian mengganas.

" Dalam keadaan macam ni pun kau masih nak keras kepala?! " Marah Fayish. Aku sungguh terkejut.

" Open your eyes Syafwa! Kau tak perlu buat semua ni demi lelaki tu! " Marah Fayish lagi.

" Macam mana kalau kau sakit hah?! " Fayish tak henti-henti marah aku. Aku memejakan mataku. Entah kenapa badanku tiba-tiba terasa amat lemah.

" Macam mana kau tahu aku kat sini.. " Tanyaku pelan lalu aku mencelikkan mataku.

" Semua tu tak penting. " Fayish terus menarik tanganku. Aku dah tak mampu untuk melawan. Dia membawaku masuk ke dalam perut kereta.

Aku memejamkan mataku. Aku dapat rasakan Fayish mengelap rambut dan wajahku menggunakan tuala kering.

Akhirnya aku terlelap kerana terlalu penat.

~°~

Aku mencelikkan mataku. Kepalaku terasa amat pening sekali.

Aku melihat ke arah bajuku. Entah siapa yang tukar baju aku semalam. Mungkin ibu? Atau mama? Mesti diorang risau..

Aku cuba untuk duduk di birai katil. Nampaknya aku berjaya. Sekarang ni bukan masanya untuk aku sakit.

Aku mencapai handphoneku yang berada di atas meja tepi katil untuk melihat jam.

Jam menunjukkan angka 10:30 pagi. Macam mana dengan keadaan Arash sekarang agaknya?

Aku terdengar bunyi tombol pintu bilikku di pulas lagi luar. Aku terus melihat ke arah pintu bilikku. Kelihatan Fayish masuk bersama dulang kecil di tangan.

" Kau fikirkan apa? " Tanya Fayish secara tiba-tiba. Aku tidak menjawab pertanyaannya. Aku melihat ke arah handphoneku kembali.

Fayish merampas handphone dari tanganku.

" Apa ni Fayish! " Marahku.

" Makan sarapan dulu baru tengok phone! " Kata Fayish dengan tegas. Sekarang dia berkelakuan macam seorang ayah yang marahkan anak.
     
" Aku tak makan sarapan! " Lawanku.

" Look.. I'm sorry ok? " Fayish mendekatiku lalu melutut betul-betul di hadapanku.

" You can hate me Syafwa.. But please.. Take a good care of yourself. I don't want to see you like this.. " Fayish melihat tepat ke mataku.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang