BAB 60

5.1K 104 7
                                    

"Hati-hati pergi kerja papa." Kata Haidar pada Hafiki Arash yang sedang berdiri di pintu utama.

"Mana Affie? Papa dah nak pergi ni." Tanya Hafiki Arash. Tiba-tiba kelihatan Affie berlari ke arah Hafiki Arash tanpa pakai seluar.

"Affie jangan lari macam tu!" Jerit Syafwa. Hafiki Arash tersenyum. Pasti Daffie pergi sebelum Syafwa sempat pakaikan Daffie seluar.

"Affie dari oiyet paa." Kata Daffie lalu mencapai tangan Hafiki Arash untuk disalamnya.

"Dari toilet tu dah basuh tangan ke belum?" Tanya Hafiki Arash.

"Dah papa." Kata Daffie. Syafwa pergi ke arah mereka lalu mendukung Daffie.

"Hati-hati pergi kerja abang." Syafwa menyalam tangan Hafiki Arash.

"Yaa sayang." Hafiki Arash sempat mencium dahi Syafwa, Daffie dan Haidar sebelum dia berlalu pergi.

"Affie belum pakai seluar lagi kan." Kata Syafwa.

"Takut tak sempat mama." Jawab Daffie. Syafwa hanya menggeleng.

Selesai pakaikan Daffie seluar, syafwa pun terus menghidupkan tv kerana si kembar ingin menonton cartoon.

Sedang Syafwa sibuk mengemas bilik, tiba-tiba Haidar dan Daffie datang.

"Mama, nak call papa." Kata Haidar.

"Papa sibuk." Kata Syafwa sambil melipat selimut.

"Alah... Nak call Acik Ayish?" Kata Daffie pula.

"Acik Ayish pun sibuk." Kata Syafwa. Haidar dan Daffie mengikuti saja kemana Syafwa pergi.

"Semua sibuk.." Kata Haidar dan Daffie dengan muka monyok. Mereka berdua naik di atas katil lalu baring di situ.

Syafwa POV

Tiba-tiba handphoneku berbunyi menandakan satu mesej dari aplikasi whatapp masuk. Ternyata mesej itu dari mama yang masih berada di China.

💕 Mama 💕
Assalamualaikum, Syafwa sihat?

Syafwa
Waalaikumsalam mama. Syafwa sihat mama. Mama dekat sana sihat? Abang dengan papa ok?

💕 Mama💕
Alhamdulillah semua ok.

"Siapa tu mama? Papa ke?" Tanya Affie yang masih terbaring di atas katil bersama Aidar

"Nenda chat mama." Jawab Syafwa.

"Nenda?!" Aidar dan Affie terus bangun lalu duduk di atas katil.

"Nak video call dengan Nenda!" Kata Aidar.

"Okay." Aku terus video call mama.

Saat video call di sambut, kelihatan wajah mama di screen handphoneku.

"Nenda!!" Jerit Aidar dan Affie serentak. Tergelak mama di buatnya.

"Cucu mama ni rindu dengan mama." Kataku sebelum memberikan phone pada Aidar dan Affie.

"Hi cucu Nenda, dah makan?" Tanya mama.

"Dah!" Jawab Aidar dan Affie penuh semangat. Tersenyum lebar mereka berdua

"Aidar dengan Affie rindu Nenda!" Kata Aidar.

"Nenda pun rindu Aidar dengan Affie juga!" Jawab mama.

"Affie nak tunjuk lukisan Affie! Nenda nak tengok?" Tanya Affie.

"Nak." Jawab mama, Affie pun terus turun dari katil lalu keluar dari bilik. Handphone masih di tangan Aidar.

"Kemarin Aidar dengan Affie lukis dengan Acik Ayish. Aidar lukis kereta ap.. Kereta Api." Kata Aidar. Aku meneruskan aktivitiku mengemas bilik sambil mendengar perbualan mereka.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now