[3] Pelajar Baru

9.3K 418 6
                                    

Hafiki Arash cuba untuk tetap fokus saat cikgu sedang mengajar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hafiki Arash cuba untuk tetap fokus saat cikgu sedang mengajar. Namun badannya terasa sungguh penat sekali.

"Penatnya.. " Kata Hafiki Arash sendiri. Dia pun akhirnya terlelap di kelas ketika cikgunya sedang mengajar di depan.

" Tengok Hafiki Arash.. Dia tertidur.. Comelnya.. " Kedengaran suara gadis yang duduk tidak jauh dari Hafiki Arash.

Akhirnya cikgu mereka yang bernama Mahmud itu perasan yang Hafiki Arash sedang tidur. Cikgu Mahmud pun terus pergi ke arah Hafiki Arash.

"Hafiki Arash bangun! " Kata Cikgu Mahmud yang berpewatakan lembut itu. Namun tiada respon dari Hafiki Arash.

" Hafiki Arash!! BANGUN!!" Jerit cikgunya tidak mengalah.

Syafwa menutup telinga kerana tertekan oleh jeritan Cikgu Mahmud yang berada di sebelahnya.

"Apa cikgu ni? " Tiba-tiba Syafwa bersuara sambil mengerutkan dahi.

"Benda kecil pun tak boleh handle. " Syafwa pun terus menjentik dahi Hafiki Arash sekuat hati.

"Ah!" Hafiki Arash mengurut-ngurut dahinya yang terasa sakit.

"Kan dah bangun. " Kata Syafwa bersahaja.

" Oi! Kalau kau nak tidur, kau pergi balik rumah! Ni sekolah! bukan rumah kau! " Marah Syafwa pada Hafiki Arash.

Sebenarnya harini adalah hari pertama Syafwa bersekolah di sana, dia duduk di sebelah Hafiki Arash kerana hanya itu saja tempat kosong yang ada.

"Kau ke yang jentik dahi aku tadi? " Tanya Hafiki Arash dengan wajah serius.

"Yaa kenapa?" Syafwa berkata dengan wajah tenang.

"Ku.. Kurang ajar betul kau ni kan. " Hafiki Arash sudah naik angin. Pertama kali dia rasa sangat marah dengan perempuan.

"Apa kau cakap?" Syafwa berdiri dari duduknya kerana terasa tercabar.

"Kau ni pelajar baru kan? " Hafiki Arash juga turut berdiri dari duduknya.

" Ya! Kenapa?"

" Patutlah bengap sangat. " Kata Hafiki Arash dengan tenang.

Semua pelajar hanya mendiamkan diri sambil melihat ke arah mereka berdua.

"Apa kau cakap?! " Jerit Syafwa sambil mengenggam penumbuknya.

" Diam!! " Jerit Cikgu mereka.

~°~

Hafiki Arash dan Syafwa didenda untuk berdiri di luar kelas sambil angkat kedua tangan paras kepala.

" Kalau bukan di sebabkan kau, kita takkan berdiri dekat luar kelas macam ni!" Marah Hafiki Arash. Syafwa terus melihat ke arahnya.

Walaupun Hafiki Arash lebih tinggi darinya. Dia tetap tak takut.

" Sedap mulut kau aje nak salahkan aku. Ni semua salah kau juga! Dah lah hmm! " Belum sempat Syafwa menghabiskan katanya, Hafiki Arash menekup mulut Syafwa menggunakan tangan kanannya.

Syafwa menepis tangan Hafiki Arash.

" Berani kau tekup mulut aku! " Marah Syafwa.

" Dah lah, aku malas nak layan kau. " Hafiki Arash menjauhkan diri.

" Kau fikir aku nak ke dekat dengan kau? " Syafwa hanya mampu menahan marahnya yang setinggi gunung.

" Bising. " Kata Hafiki Arash dengan wajah tenang.

" Tak guna!" Syafwa menendang kaki Hafiki Arash dengan sekuat hati.

" Ahh! " Hafiki Arash terduduk menahan sakit.

"Kenapa lagi tu?!" Jerit Cikgu Mahmud yang berada di dalam kelas.

~°~


Hafiki Arash duduk di sofa ruang tamu lalu mengusap kakinya yang masih terasa sakit.

" Kenapa Arash monyok aje ni? Kenapa dengan kaki tu?" Tanya Puan Sri Helena lalu duduk di sisi Hafizi Arash.

" Tak ada apa ma." Hafiki Arash meletakkan beg sekolahnya di atas meja kaca ruang tamu.

Arash meletakkan telapak tangan kiri di dada. Puan Sri Helena sudah dapat meneka, jika Hafiki Arash bersikap begitu, pasti ada sesuatu yang terjadi.

"Bagi tau mama, apa yang dah jadi sebenarnya ni? " Tanya Puan Sri Helena lagi. Hafiki Arash mengeluh kecil.

" Tadi masa dekat sekolah, ada seorang perempuan ni, dia cari pasal dengan Arash. Arash sakit.. Arash sakit hati." Jawab Hafiki Arash lalu tertunduk.

" Arash ada buat salah ke? " Tanya Puan Sri Helena.

" Arash tertidur dalam kelas. " Hafiki Arash mengeluh kecil.

" Lain kali jangan ulang lagi. Dah.. Pergi naik atas, mandi, lepas tu bagi tahu mama apa sebenarnya yang dah jadi. Okey? " Pujuk Puan Sri Helena.

" Okey ma.. " Jawab Hafiki Arash pelan.

Hafiki Arash mendaki setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat atas. Dia masuk ke dalam bilik lalu meletakkan bag sekolah di atas meja belajar.

Hafiki Arash duduk di birai katil lalu melihat ke arah kakinya yang di tendang oleh syafwa.

"Lebam.." katanya sendiri.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now