[16] Bermalam Di Hospital

5.3K 278 13
                                    

Jam sudah menunjukkan angka 2 petang

Syafwa duduk di kerusi yang tersedia di luar wad Hafiki Arash. Hafiki Arash di masukkan ke dalam wad kerana demam panas yang teruk.

Sudah 1 jam Hafiki Arash masih belum sedarkan diri.

'Apa sakit si Hafiki Arash tu? Dah nak mati ke? Aku baru nak balas dendam.' Kata Syafwa dalam hati.

KCAK

Tiba-tiba pintu wad Hafiki Arash terbuka luas. Tan Sri Hamid dan Puan Sri Helena keluar dari Wad lalu menutup kembali pintu wad itu. Syafwa terus berdiri dari duduknya kerana terkejut.

" Baguslah awak dah terima kerja ni. " Kata Tan Sri Hamid secara tiba-tiba kepada Syafwa.

Syafwa sempat melihat ke arah Puan Sri Helena yang berwajah suram.

" Y.. Ya.. " Jawab Syafwa takut-takut.

" Awak boleh mula kerja sekarang. Awak mesti bermalam dekat sini, jaga dan teman Hafiki Arash. Dia tak nak saya dan isteri saya yang temankan dia. Dia kata dia dah ada bodyguard. " Kata Tan Sri Hamid dengan wajah tenang. Syafwa telan air liur.

' Ber.. Bermalam dekat hospital? Biar betul? ' Syafwa berkata dalam hati lalu tertunduk kecewa. Apalah nasib.
Tapi baguslah, sekurang-kurangnya dia sudah ada tempat bermalam untuk malam ini.

" Kenapa? " Tanya Tan Sri Hamid.

" Tak ada apa-apa.. Baik tuan. " Jawab Syafwa setelah lama membisu mengenangkan nasib hidupnya yang susah.

" Tolong jaga Arash baik-baik. " Akhirnya Puan Sri Helena bersuara dengan suara lembut.

" Baik puan. " Syafwa mengangguk. Tan Sri Hamid dan Puan Sri Helena pun terus berlalu pergi meninggalkan Syafwa seorang diri di luar wad Hafiki Arash.

" Jaga? Memang tak lah. " Kata Syafwa sendiri. Dia menuju ke arah pintu wad Hafiki Arash
lalu dibukanya.

Syafwa melangkah masuk ke dalam. Dia melihat ke arah Hafiki Arash yang sedang terbaring. Hafiki Arash melihat ke arahnya lalu Hafiki Arash mengesat sesuatu yang berada di pipinya.

' Menangis ke si Tuan Muda ni? ' Tanya Syafwa dalam hati.

Syafwa POV

" Selamat petang tuan muda. Hari ini aku yang akan jaga Tuan Muda. Kalau Tuan Muda perlukan apa-apa boleh bagi tahu aku terus. " Kataku. Aku berdiri di tepi katil Hafiki Arash. Dia memandangku sambil mendiamkan diri.

Aku akan pastikan hidup kau sengsara Hafiki Arash.

" Tak perlulah panggil saya Tuan Muda, panggil saya Arash. Mulai harini, kita kawan yaa. " Kata Hafiki Arash. Aku kerutkan dahi.

Biar betul dia ni??

" Tapi Tuan Muda kan boss. " Jawabku.

Masuk air agaknya kepala si Arash ini.

" Awak duduklah.. dulu. " Suara Arash kedengaran lemah. Aku pun terus duduk di kerusi yang tersedia di tepi katil Arash kerana penat berdiri.

Tak sangka, orang yang lemah antibody macam aku ni boleh jadi bodyguard.

" Tuan muda rehatlah dulu. Tuan muda kan sakit. " Kataku pura-pura risau. Bagus kalau mati terus si Hafiki Arash ni.

Arash mendiamkan diri.

" Saya tak ada kawan sebab saya tak percayakan semua orang.. Tapi saya percayakan awak Syafhan. Awak sudi jadi kawan saya? " Tanya Arash setelah lama membisu.

Aku termenung buat seketika. Betul ke dia ni Hafiki Arash?

Dia sudah berubah. Dia tak seperti Arash yang aku kenal 5 tahun lepas. Dia dah semakin baik.. Tapi aku hairan kenapa papa dia cakap benda lain.

Dulu Arash lelaki yang tak guna, sekarang dah ok. Bagi papa dia pula, dulu Arash baik sekarang dah berubah. Mana satu yang betul ni??

" Syafhan.. " Panggil Arash lemah membuatkan lamunanku terhenti.

" Y.. Ya.. Aku sudi Arash. " Jawabku dengan tersekat-sekat.

" Baguslah.. " Arash terbatuk sebanyak dua kali.

"Terima kasih sebab sudi tolong saya Syafhan." Hafiki Arash berterima kasih lalu dia tersenyum.

"Sama.. Sama." Jawabku.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now