BAB 34

4.2K 208 6
                                    

Arash POV

Aku menuruni setiap anak tangga untuk pergi ke tingkat bawah.  Aku keluar sebab aku perlukan udara segar. Entah kenapa aku rasa sejuk sangat harini.

Ketika aku berada di anak tangga yang kelima terakhir tiba-tiba kepalaku terasa amat sakit sekali. Aku hampir jatuh namun aku sempat memegang pada pemegang tangga.

Aku berpaling ke belakang kerana ingin naik ke atas namun aku dah tak larat. Lebih baik aku teruskan saja turun ke bawah.

Aku menuruni satu anak tangga lagi tapi pandanganku mula menjadi kabur. Aku memejamkan mataku lama.

Kenapa dengan aku ni?

Aku tetap kuatkan diri untuk turun dua lagi anak tangga.

Syafwa POV

" Mana anak kucing tu! " Marahku. Aku memulas tangan kanan Fayish ke belakang.

" Ya yaaa. Aku bagi tahu! Aku bagi tahu! " Jerit Fayish. Aku pun terus melepaskan tangannya.

Fayish terus memegang tangan kanannya. Padan muka dia.

" Dekat dapur. " Jawab Fayish.

" Cepat tunjukkan kat aku. " Aku menarik tangan kirinya. Fayis mengikut saja aku membawanya masuk ke dalam rumah.

Fayish POV

Aku rasa tangan kanan aku macam dah patah. Dah lah lebam kat tangan aku belum hilang lagi, senang-senang je dia nak tambah.. Tak guna punya Syafwa.

Tiba-tiba Syafwa melepaskan tanganku.

" Arash.. " Syafwa mendekati Arash yang sedang duduk di anak tangga yang terakhir.

" Badan kau masih panas ni, kenapa kau turun? " Syafwa menyentuh dahi Arash lalu duduk di hadapan Arash.

Syafwa POV

Arash mencelikkan matanya.

" Arash kau ok ke tak ni?? " Tanyaku lagi. Arash menggeleng.

Dia memejamkan matanya lalu meletakkan kepalanya di bahu kananku. Aku kaku buat seketika.

Fayish mendekati aku dan Arash.

" Dia dah lemah sangat ni. " Kata Fayish. Fayish menahan bahu Arash lalu menyuruku untuk berdiri dari dudukku.

Tiba-tiba Arash mencelikkan matanya. Dia terbatuk sebanyak dua kali. Fayish membantu Arash untuk berdiri. Bila aku nak tolong Fayish terus larang.

" Kau diam kat sini. " Kata Fayish dengan wajah serius.

~°~

Fayish menyelimuti tubuh Arash sehingga ke paras leher.

" Call lah doctor peribadi Arash. " Kata Fayish secara tiba-tiba. Dia memandangku. Aku sekadar mengangguk sebelum keluar dari bilik Arash.

"Manalah aku tau nombor doctor peribadi Arash.. " Kataku sendiri dari luar bilik. Aku pun terus pergi ke bilikku.

Aku mencapai handphoneku yang berada di atas katil. Aku memandang screen handphoneku lama.

" Siapa aku nak call ni? " Tanyaku sendiri. Aku termenung buat seketika.

Patut ke aku call mama Arash? Atau papa Arash? Atau kedua-duanya?

Tapi kalau aku call mama Arash.. Mesti dia marah aku sebab tak jaga Arash bagus-bagus! Dah lah Arash sakit sebab aku..

Mampos..

" Ouh ya! Lebih baik aku check handphone Arash, mana tahu ada nombor doctor dia.. " Aku tersenyum penuh makna.

Aku keluar dari bilikku lalu pergi ke bilik Arash semula. Kelihatan Fayish sedang membuka almari baju Arash.

Apa dia nak buat agaknya? Lebih baik aku cari phone Arash.

Aku mendekati katil Arash. Kelihatan handphone miliknya berada di meja tepi katil. Aku terus mencapai handphone Arash.

Aku menekan screen handphone Arash. Ternyata tak ada password. Aku pun terus pergi ke kenalan guys.

Aku scroll ke bawah.

Tak ada satu pun tanda tanda yang nama Doctor ada dekat kenalan Arash.

Aku mengeluh kecil.

" Apa kau buat tu? "

" Maa! " Jeritku kerana terkejut. Handphone Arash terus jatuh ke lantai.

Oh tidak..

Aku berpaling ke belakang, ternyata Fayish yang buat aku terkejut.

" Boleh tak kalau kau tak kejutkan aku! " Marahku sebelum aku mengutip handphone Arash yang jatuh di lantai tadi.

Aku menekan screen handphone Arash. Nasib baik screen handphone dia tak apa-apa. Kalau terjadi apa-apa dengan handphone ni, memang Fayish tak akan bernyawa lagi.

" Kau dah call doctor ke?" Tanya Fayish.

" Aku tak ada nombor doctor Arash. " Jawabku. Aku meletakkan kembali handphone Arash di tempat tadi. Sakit pula hati aku dengan si Fayish ni.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now