BAB 36

4K 209 4
                                    

20 saat kemudian.

" Masukkan bawang tu. " Arah Fayish. Tanpa berfikir panjang, aku terus memasukkan bawang yang masih basah.

" Maa!!! " Jeritku kerana terkejut. Aku bersembunyi di belakang Fayish bersama sudu besi di tangan.

Bila aku masukkan saja bawang tu dalam kuali tadi, minyak tu terus berbunyi dan melompat keluar.

"Hahhahaha. " Fayish ketawa terbahak bahak.

Siap lap air mata lagi. Tak guna betul.

" Cepat masukkan mee tu! " Arah Fayish lagi.

" Tak nak! Nanti minyak melompat! " Aku takkan tertipu lagi.

" Minyak mana boleh melompat." Fayish tergelak lagi.

Fayish masukkan mee ke kuali. Minyak dah tak lompat-lompat lagi.

" Bodoh lah muka kau macam tu. " Fayish masih mengejekku tapi aku tidak menghiraukannya.

Fayish memasukkan kicap ke dalam mee kemudian aku mengaul semua bahannya.

Kemudian Fayish memasukkan Ajinomoto.

Aku mengaulnya lagi. Fayish memasukkan sedikit air putih

" Dah ok ni. " Kata Fayish. Sambil memandang ke arah screen handphonenya.

20 minit kemudian.

Aku memasukkan mee ke dalam pinggan. Tapi meenya kelihatan sangat hitam.

" Fayish.. Bukan ni mee ayam ke? " Tanyaku dengan wajah pelik. Mee itu kelihatan kosong.

Aku dan Fayish berpandangan lalu kami berdua melihat ke arah isi ayam yang berada di tepi peti sejuk.

"Lupa masukkan. " Jawab Fayish lalu tersenyum kelat. Aku tepuk dahi.

" Macam mana ni.. " Aku duduk di kerusi meja makan.

" Tak apalah.. Ayam tu tak penting pun, uang penting mee dia ada. " Kata Fayish.

" Cuba kau rasa. " Kata Fayish lagi. Aku terus melihat ke arahnya.

" Kau lah yang rasa, apa pula aku yang kena. " Kataku dengan wajah serius.

" Baiklah.. " Fayish tersenyum lalu memasukkan sesudu mee ke dalam mulutnya.

Dahi Fayish terus berkedut.

Aku tahu mesti tak sedap ni.

" Telan! " Aku memaksa Fayish untuk telan mee itu. Wajahnya sungguh menderita sekali.

Dia menelan mee itu.

" Hahhahahah. " Kali ini aku pula yang gelakkan dia.

Fayish terus minum air putih.

Dia tak mampu untuk berkata apa-apa.

" Mee tu boleh buat kau bisu Fayish. " Ejekku. Fayish masih mendiamkan diri.

" Aku nak tanya sesuatu.. " Kata Fayish secara tiba-tiba.

" Apa?" Tanyaku.

" Tadi Arash ada suruh kau masak ke? " Fayish melihat ke arahku.

" Hmm.. Tak ada pun, dia kata dia nak makan je. Kau pun ada kan masa tu. " Jelasku.

" Jadi kenapa kau tak beli je tadi? " Tanya Fayish. Aku kerutkan dahi.

Betul juga tu, kenapa aku tak beli je tadi? Kan senang.

" Syafwa apsal kau tak beli je! " Fayish meletakkan kedua telapak tangan di wajahnya.

Aku tak mampu untuk berkata apa-apa.

"Sorrylah.." Aku tersenyum kelat.

~°~

Fayish duduk di tepi katil Arash. Aku pula duduk di kerusi yang berada di depan meja, hanya tiga langkah jaraknya dari katil Arash.

" Arash. " Panggil Fayish.

" Apa? " Sahut Arash. Aku sekadar memerhati saja.

" Kenapa pagi tadi kau tiba-tiba nak makan mee? " Tanya Fayish.

Tiba-tiba aku teringat kejadian pagi tadi.

" Saya rasa saya tak boleh makan buburlah. Saya rasa bubur tu masin sangat sampai saya nak termuntah. " Jelas Arash.

Fayish melihat ke arahku. Aku tahu dia ejek aku sebab bubur tu aku yang masak. Tak guna punya Fayish.

Fayish melihat ke arah screen handphonenya. Aku berpaling ke arah Arash.

" Kau ada rasa pening lagi? " Tanyaku pada Arash.

" Saya dah tak rasa pening. " Jawab Arash.

" Baguslah.. " Aku tersenyum. Lega sungguh hati ini.

Tiba-tiba handphoneku berbunyi menandakan satu mesej dari aplikasi whatapp masuk.

Aku terus menghidupkan handphoneku lalu membaca mesej itu.

Fayish
Masak bubur pun masin ke?
HAHAHAHAHAHA

Aku menggengam penumbukku. Tak guna betul si Fayish ni.

Syafwa
Sebelum aku tumbuk muka kau. Baik kau diam.

Aku melihat ke arah Fayish dengan serius.

" Sebenarnya bubur masin tu Syafhan yang masak. " Kata Fayish pada Arash. Arash terus melihat ke arahku.

" Be.. Betul ke? " Tanya Arash.

" Yaa.. " Aku berdiri dari dudukku.

Aku menarik lengan bajuku sampai ke siku lalu aku pergi ke arah Fayish.

Mati lah kau Fayish.

"Gurau je Waa." Fayish masih tergelak. Tapi bila dia melihat wajahku yang serius dia terus berlari ke arah Arash.

"Tolong!" Fayish naik ke atas katil lalu masuk ke dalam selimut Arash.

"Keluar Fayish!" Jeritku. Arash hanya tergelak. Aku sempat memulas telinga Fayish.

"Ahh!! Sakit Waa!" Jerit Fayish kuat.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now