[22] Bintang Cantik Kan?

4.9K 258 7
                                    

Syafwa POV

Aku dan Hafiki Arash melangkah masuk ke dalam rumah baru Arash.

Rumahnya besar sekali. Tapi rumah Tan Sri Hamid lebih besar.

" Arash.. " Panggilku.

Arash menutup pintu utama lalu melihat ke arahku.

" Ya? " Tanyanya.

" Aku.. Aku tinggal dekat mana? " Tanyaku. Takkan lah aku tinggal seruma dengan dia pulak kan? Haha.. Lawak.

" Awak tinggal serumah dengan saya lah. Awak tak ada alasan taknak tinggal serumah dengan saya sebab awak cuma bodyguard, kita sahabat. " Arash menepuk bahuku lalu berlalu pergi.

Aku tenganga. Semua beg yangku angkat jatuh ke lantai.

" Tidak!!" Jeritku. Habis bergema satu rumah dengan suaraku.

~°~

Jam sudah menunjukkan angka 9 malam.

Sedari tadi aku berkurung di dalam bilik. Aku duduk di atas katil sambil memeluk lututku.

Macam mana ni? Dah lah lepasni Arash akan cari tukang kebun.. Tukang masak.. Dan semuanya lelaki! Kenapa hidup aku macam ni?

Patutkah aku berterus terang saja?

Tapi kalau aku terus terang. Semua orang dah terlibat dengan semua ni. Macam mana kalau semua orang benci aku? Aku tak kisah tentang Arash. Tapi aku kisah tentang Tan Sri dan Puan Sri yang sudah mempercayaiku..

Puan Sri dah berikan aku satu tanggungjawab untuk jaga Arash, anak dia.

Tapi aku ni bukannya isteri Arash. Buat apa lah aku nak jaga dia? Ya.. Aku betul. Lebih baik aku berterus terang.

Setelah sudah lama berfikir. Aku akhirnya sudah dapat membuat keputusan yang tepat. Aku tersenyum bangga lalu turun dari katil.

~°~

Aku membuka pintu bilik Arash lalu menutup kembali pintu itu. Kalau aku ketuk pun bukannya dia buka.

Aku mencari kelibat Arash. Yang aku nampak hanyalah barangan Arash yang berada di dalam kotak. Masih belum terkemas.

Aku mendekati sofa yang berdekatan dengan meja. Hanya ada gambar Anis di atas meja. Entah kemana si Arash pergi.

" Hmm. " Aku mengeluh kecil.

" Arash.. " Panggilku. Namun tiada sahutan dari Arash. Dah mati ke?

" Arash.. " Panggilku lagi. Namun tetap tiada sahutan. Keadaan sekarang sungguh sunyi sekali. Tiada satu bunyi pun yang dapat ku dengari selain bunyi tapak kakiku.

Aku pergi ke arah pintu kaca balkoni yang lampunya kelihatan sungguh suram sekali.

Aku membuka pintu kaca yang menghubungkan balkoni dan bilik Arash.

Aku beranikan diri untuk melangkah ke luar.

" BUU!! " Jerit Arash di sebelahku.

"Maa!! " Jeritku kerana terkejut. Aku memegang dadaku.

" Hahhahahaha. " Arash ketawa terbahak-bahak. Kalau si Fayish ni. Dah lama aku humban dari balkoni ni. Biar mati terus.

" La.. Lawak.. " Arash memegang perutnya lalu mengusap air matanya kerana terlalu gelak.

Aku masih mendiamkan diri. Mengumpul segala kesabaran di dalam diriku. Aku memasukkan tanganku ke dalam poket seluar.

" Baik kau berhenti gelak. " Kataku dengan suara tenang. Aku melihat ke arah langit. Bulan mengambang pada malam ini tetap indah seindah malam yang sebelumnya.

Aku tahu. Hanya cara ini yang dapat membuatkan hati dan minda aku tenang.

" Awak ni lawak lah Syafhan. " Ejeknya lagi. Aku mengetap bibir.

" Kalau aku tumbuk kau, kau jangan marah ya. " Aku memandangnya dengan wajah serius.

" Saya gurau je lah. " Arash tergelak kecil lalu berdiri di sisiku.

" Tapi kenapa suara awak kedengaran pelik? " Tanya Arash. Aku pun terus berpaling ke arah lain.

Jantungku berdegup kencang. Matilah!

" Takdelah. " Kataku dengan suara tenang lalu aku berdeham.

Ouh ya! Aku hampir terlupa yang aku nak bagi tahu semuanya. Semua rahsia aku.

" Bintang.. Cantikkan. " Katanya secara tiba-tiba. Aku melihat ke arah Arash yang sedang melihat ke arah bintang di langit malam.

" Ya.. Mestilah bintang cantik. " Jawabku.

" Dulu saya selalu sedih.." Pandangan Arash kelihatan sayu, tiada senyuman di bibirnya.

"Kenapa?" Tanyaku. Suasana malam yang sunyi membuatkan aku sedikit kekok berada di sebelah Arash. Angin malam terasa sejuk menyapa kulit.

"Saya rasa saya cuma menyusahkan semua orang. Saya rasa semua bencikan saya. Tapi lepas awak ada, hidup saya berubah. " Tiba-tiba Arash berpaling ke arahku, pandangan kami bertemu.

Drama lah pulak si Arash ni.

" Saya rasa awak lebih matang dari saya, awak selalu bagi nasihat pada saya. Saya harap awak tak akan.. " Arash tidak menghabiskan katanya.

"Tak akan apa?" Tanyaku.

"Tinggalkan saya." Arash tersenyum. Tapi dari pandangan matanya aku tahu yang dia menyimpan banyak kesedihan.

Macam mana lah aku nak berterus terang kalau macam ni?

" Arash. " Pangilku pelan.

" Ya? "

Aku mengeluh kecil lalu mengenggam penumbuk. Aku melihat ke arah bintang di langit malam.

" Boleh tak kalau aku yang cari tukang masak, tukang kebum dan driver untuk kau? " Tanyaku.

Aku tak sanggup untuk tinggalkan si Arash bangang ni sendiri. Kenapa Arash musuh aku harus menjadi sesedih ini?

" Yaa boleh, saya percaya awak. " Jawab Hafiki Arash. Percaya? Aku cuma nak balas dendam pada kau Arash.. Aku macam tak percaya yang aku sedang bersama dengan lelaki yang dah buat hidup aku sengsara.

" Baguslah.. Jomlah masuk kat dalam. Kita tengok bintang tu pun bukannya boleh makan. " Kataku sebelum berlalu pergi meninggalkannya Arash seorang diri di balkoni bilik.

" Syafhan tunggu! " Panggil Arash namun aku tak menghiraukannya.

Nama aku bukan Syafhan.

" Aku dah tahu siapa yang akan jadi tukang kebun. " Kataku sendiri.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now