[10] Be My Bodyguard

6.9K 351 12
                                    

Syafwa melangkah masuk ke perkarangan rumah milik Tan Sri Hamid. Kelihatan dua orang bodyguard mendekati Syafwa.

" Encik cari siapa? " Tanya mereka berdua.

"Hmm. " Syafwa cuba untuk fikirkan sesuatu.

'Aku tak tahu siapa nama dia.. ' Kata Syafwa dalam hati. Dia tepuk dahi.

" Ouh, mungkin dia lah lelaki yang dimaksudkan oleh tuan muda. " Kata seorang lagi lelaki yang berada di sana.

" Sila ikut kami. " Kata lelaki itu. Syafwa pun terus mengikuti mereka berdua dari belakang.

Mereka membawa Syafwa ke satu ruangan yang cukup besar. Kelihatan Hafiki Arash sedang duduk di sofa yang berada di sana bersama Tan Sri Hamid dan Puan Sri Helena.

" Tetamu Tuan Muda dah sampai. " Kata bodyguard itu. Semua mata memandang ke arah Syafwa.

" Silalah duduk. " Arah Tan Sri Hamid. Syafwa masih keliru dengan keadaan ini. Dia pun ikut saja lalu duduk di sebelah Hafiki Arash.

' Uis.. Kacaknya lelaki ni. ' Katanya dalam hati setelah melihat wajah Tan Sri Hamid.

" Dia yang akan jadi bodyguard Arash. " Kata Hafiki Arash kepada Tan Sri Hamid. Mata Syafwa membutang.

' Bo.. Bodyguard? ' Kata Syafwa dalam hati. Tak pernah sekali pun dia terfikir untuk menjadi bodyguard sesiapa.

" Arash yakin? " Tanya Puan Sri Helena.

" Yaa. " Jawab Hafiki Arash singkat.

" Tinggalkan kami bertiga. " Arah Tan Sri Hamid kepada Hafiki Arash. Hafiki Arash pun terus berdiri lalu meninggalkan Tan Sri Hamid, Puan sri Helena dan Syafwa di ruangan itu.

" Kejap. " Syafwa berdiri lalu mengikuti Hafiki Arash dari belakang.

" Kenapa awak ikut saya? " Tanya Hafiki Arash. Kini mereka berada di luar bilik.

" Bodyguard? Apa maksud kau? " Syafwa berkata dengan wajah yang serius.

" Just be my bodyguard. I will pay you. " Kata Hafiki Arash membuatkan hati Syafwa menjadi panas.

" Aku takkan jadi bodyguard kau. Kenapa kau buat semua ni tanpa bincang dengan aku? " Syafwa menggenggam penumbuknya.

" Tolong.. Tolong saya, saya dah terdesak. Hanya awak yang boleh bantu saya. " Pujuk Hafiki Arash.

Syafwa mengerutkan dahinya.

" Lepas ni saya akan bincang dengan awak betul-betul. " Kata Hafiki Arash, berharap Syafwa akan bersetuju.

" Macam ni lah, saya tahu awak tak ada kerja dan sekarang ni saya nak bagi awak kerja. Awak cakap lah dengan papa saya dulu. Lepas ni kita akan bincang. Saya akan berikan awak tempat tinggal yang percuma dan saya akan bayar awak berapa sahaja yang awak nak. " Jelas Hafiki Arash panjang lebar.

' Tempat tinggal yang percuma? Sanggup bayar berapa sahaja? ' Syafwa berkata dalam hati, dia sempat menyembunyikan senyumannya.

" Baiklah " Syafwa pun terus meninggalkan Hafiki Arash lalu masuk ke dalam ruangan besar tadi. Dia duduk di sofa hadapan Tan Sri Hamid dan Puan Sri Helena.

' Gila.. Aku fikir lelaki ni abang dia.. ' Kata Syafwa dalam hati sambil melihat wajah Tan Sri Hamid yang kacak.

" Abang.. " Puan Sri Helena memandang Tan Sri Hamid.

" Siapa nama awak? " Tanya Tan Sri Hamid.

" Syafhan. " Jawab Syafwa.

" Dengan badan kecik awak ni, awak takkan mampu lindungi anak saya. " Puan Sri Helena bersuara.

" Tak.. Dia mampu dan dialah lelaki yang paling sesuai untuk jadi bodyguard Arash. " Kata Tan Sri Hamid membuatkan Puan Sri Helena terkedu.

" Sebenarnya saya nak buat satu perjanjian dengan awak. " Kata Tan Sri Hamid lagi. Syafwa mengerutkan dahi.

🅲 𝗠𝗬 𝗟𝗢𝗩𝗘 𝗜𝗦 𝗬𝗢𝗨𝗥𝗦 Where stories live. Discover now