𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟎𝟒

92 5 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

sᴘʏ


"Assalamualaikum" laung dari luar rumah sambil membuka kasutnya

"Waalaikumsalam.. Haih? Tak pernah Riel balik selambat ni. Biasanya nak cepat balik rumah" Puan Aaira hairan dengan anak lelakinya ini. Buang tabiat ke?

"Ouh... Kerja banyak dekat office. Ni Umi dah siap dah masak? Lagi beberapa minit Aniq dengan Izwan sampai" tangan uminya disalam dan dikecup sekilas

"Dah, dah.. Tunggu nak makan je lagi" lalu wanita paruh baya ini mengambil beg kerja anaknya

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮

~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

Waktu makan malam berjalan dengan lancar. Sekarang tiba waktunya untuk sesi penutup iaitu sedikit puding buah-buahan yang dibuat oleh Umi Zafriel

"Lama juga tak jumpa kamu berdua ni. Sihat ke?" Encik Zaquan memecahkan keheningan di meja makan. Tiada siapa yang berani bersuara mahupun Zafriel

"Sihat.. Alhamdulillah uncle" jawab Aniq dan Haidar serentak

"Masih kosong ke dah berpunya?" tanya Puan Aaira suka-suka

"Erk... Kebetulan, kitorang berdua ni ada betul-betul berkenaan dekat perempuan yang kitorang jumpa siang tadi. Betul tak Wan?" teragak-agak Aniq membalas sebab kalau sebut couple nanti, lain pula ceritanya. Walaupun belum sah bercinta. HTS...

"Baguslah kalau macam tu. Kalau dah berkenan sangat, hantar rombongan merisik. Kalau sama-sama belum berpunya, apa lagi bersiaplah nak membelah pinangnya" celah Encik Zaquan yang sedari tadi sibuk menikmati makanan penutupnya

Sedap isteri aku masak, tak sia-sia kitorang dijodohkan.. Ah tiberrr..

"Zafriel? Dengar tak? Dua orang kawan kamu ni dan ada calon. Kamu tu bila lagi? Ayah dengan Umi ni bukannya muda sangat... Ajal sampai bila-bila masa aje.. Takkan lah dah bersanding kawan kamu, kamu masih lagi belum berpunya" Encik Zaquan menyindir Zafriel. Bukan apa tu, nak cucu sebenarnya.. Walaupun soal ajal hanya Tuhan yang tahu

"Lagi satu, bukankah ada seorang perempuan yang nama dia Ain memang dah berkenan dengan kamu dari dulu? Tak silap ayah, kamu yang pernah mengorat dia dulu kan?" hilang terus selera makan Zafriel mendengar nama Ain. Dekat office tadi si empunya nama muncul bertanya soal meminang

Niat ayah Zafriel cuma bergurau aje. Sebabkan anak dia ni, sampai bila nak membujang. Kadang-kadang dia cemburu dengan rakan-rakan kongsinya yang ada je menghantar kad jemputan perkahwin anak-anak mereka. Tapi kad jemputan kahwin dari anak-anak Z'neration Company belum pernah ada

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now