𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟑𝟓

54 4 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯



Pemandangan indah di tasik diambil oleh Natasya dalam telefonnya. Sesekali dia mencuri mengambil gambar Zafriel di sebelahnya yang sibuk dengan gengnya dalam grup WhatsApp. Siapa lagi kalau bukan para suami-suami yang lain?

Haidar:
Awal ah Riel kau tak nak ride

Aniq:
Alah cakap ajelah kau takut bini an

You:
Aku mana pernah takut bini. Firman kot yang takut

Muhammad:
Tang mana pula aku takut bini?

Haidar:
Alah, sekali Khairah pandang kau
Maka pucatlah seorang Firman

You:
Kau cakap aje lebih. Nanti Alya tarik telinga nangis!

Haidar:
Mana kau tahu?

Aniq:
Kantoi!

Zafriel tersenyum dengan mesej mereka. Dia kembali menaip sesuatu

"Abang" panggil Natasya. Camera IPhone miliknya dia zoom dekat tepat dengan muka Zafriel. Jejaka itu memalingkan wajahnya pada Natasya

SNAP

Wajah suaminya itu dia ambil. Poker Face terus muka Zafriel

"Nakal ya dear" katanya. Natasya tayang sengih lalu dia mengambil iPhone Zafriel. Grup WhatsApp yang 'dihuni' oleh empat orang itu Natasya taip sesuatu

You:
Tak ada kerja layan isteri jangan kacau laki aku

Taipnya lalu menutup iPhone Zafriel. Telefon itu dia seluk di dalam poket abayanya sebelah kiri memandangkan Zafriel duduk di sebelah kanan

"Ya sayang?" soalnya apabila mereka berdua berdiam diri dan hanya saling menatap

Biarlah nak tatap sekalipun, dah halal. Tak jadi zina

"Abang nak tahu sesuatu tak tentang tempat ni masa saya couple dengan Raft dulu?"

"Apa dia?" Zafriel sepertinya berminat ingin tahu

Natasya merapati dirinya pada Zafriel. Setelah dirasakan cukup rapat dia memandang ke depan. Zafriel membawa lengannya sebelah lalu dia letak di bahu wanita itu untuk memeluk Natasya. Natasya mula bercerita

"Universiti kita kan dekat dengan tasik ni. Jadi waktu tu universiti kita ada buat road run dekat sekitar sini" Natasya berhenti dan dia memandang mata Zafriel sebelum menyambung kembali ceritanya

"And then, kaki saya cramp and saya hampir tersadung. Dekat sinilah Raft datang dan tolong saya. Maka terjadilah cinta pandang pertama antara saya dengan dia. Klise kan? Macam drama Melayu" lanjutnya. Dia tersenyum sedikit mengingat kejadian itu

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now