𝑴𝒓𝒔. 𝑯𝒂𝒏'𝒔 // 𝟐𝟎

78 5 0
                                    

"𝐽𝑢𝑠𝑡 𝑤𝑎𝑛𝑛𝑎 𝑏𝑒 𝑦𝑜𝑢𝑟𝑠 𝑓𝑜𝑟𝑒𝑣𝑒𝑟"
- 𝐻𝑎𝑛 𝑍𝑎𝑓𝑟𝑖𝑒𝑙 -

"𝐼𝑓 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑛𝑜𝑡 𝑓𝑖𝑟𝑠𝑡, 𝑦𝑜𝑢'𝑟𝑒 𝑙𝑎𝑠𝑡"
- 𝐸𝑟𝑖𝑛𝑒 𝑁𝑎𝑡𝑎𝑠𝑦𝑎 -

╭──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╮
~𝑇𝑢𝑎𝑛 𝐵𝑢𝑎𝑦𝑎~
╰──────♪୨୧♔⊹♡⊹♔୨୧♪──────╯

sɪᴄᴋ


Hati Zafriel terasa tidak senang dengan kelibat Natasya yang sedari tadi tidak muncul. Kaki panjangnya menapak menuju ke arah toilet dan dari jauh sudah kelihatan Natasya sedang berdiri di dekat tong sampah dan menghapuskan sisa air matanya

Untung Natasya sempat untuk membuang kotak hitam tersebut tetapi gambar itu dia simpan kerana dalam fikirannya mungkin itu akan berguna di masa akan datang

"Dear, what wrong? Huh? Kenapa menangis ni? Ada something jadi?" soal bertubi-tubi. Risau akan isterinya itu

"No, tadi saya tersadung then jatuh" bohongnya. Dia tidak mahu Zafriel tahu akan keadaan yang baru sahaja menerima satu pesanan misteri berserta gambar masa lalunya

Tanpa banyak soal, Zafriel hanya berdiam diri. Dia tidak mahu mendesak Natasya. Kerana dia tahu ini hanya akan menyebabkan emosi Natasya terganggu. Mungkin Natasya sendiri yang akan memberitahunya suatu hari kelak

"Are feeling okay? Kalau tak kita balik" soalnya lagi. Hatinya tidak tenang tapi riak mukanya hanya biasa-biasa. Natasya tidak menyahut tetapi dia mengangguk kepalanya tanda dia baik-baik saja

"Kau jalan dulu. Aku ada follow dari belakang" arahnya dengan matanya melilau sana-sini untuk mencari kelibat yang aneh. Dia tahu ada yang memerhatikan mereka dari kejauhan.

Sejak dari kejadian di mana Natasya diganggu di Langkawi empat bulan lepas. Tetapi tiada langsung jejak dapat dikesan seolah-olah orang itu adalah halimunan. Dalam hatinya berfikir berkemungkinan orang itu mengupah beberapa orang yang lain-lain bagi mengelakkan daripada dia dikesan

Zafriel mengeluarkan telefonnya dan mendail nombor seseorang untuk mendapatkan perkembangan. Dia berjalan agak ketinggalan dua meter di belakang Natasya bagi mengelakkan perbualan didengar oleh Natasya

"Helo, kau cek CCTV yang ada dekat gelanggang ni. Kalau ada nampak something yang pelik inform dekat aku. Aku nak secepat mungkin!" Zafriel memerintah seseorang untuk mencari sosok misteri itu. Baru sahaja dia menyimpan kembali telefonnya di poket seluar, telefonnya kembali berdering

"Helo, dah jumpa?" suara Zafriel sedikit kuat. Dia mengharapkan ada perkembangan daripada orang suruhannya

"Riel, assalamualaikum. Ni umi" alis Zafriel yang tadinya berkerut terus sahaja tenang mendengar suara Puan Aaira

"Waalaikumsalam umi. Ada apa?" balasnya dengan nada lembut. Hatinya semakin risau kerana dia dapat mendengar suara Puan Aaira yang menahan sebak

"R-Riel... A-ayah accident. Riel datang hospital sekarang. Ayah perlukan darah yang sama dari Riel" Nada Puan Aaira sudah tidak tertahan

Mendengar apa yang dikatakan oleh uminya, Zafriel terus berlari mendapatkan Natasya yang sedang duduk merehatkan diri. Panggilan telefon tadinya terus dimatikan sepihak

"Dear! Kemas barang kita kena pergi hospital sekarang!" Zafriel mengarahkan Natasya. Melihat Zafriel yang terburu-buru tanpa banyak bertanya, dia mengemas barangnya dan Zafriel turut ikutan mengemas apa yang patut

[𝐒𝐔]-𝐒𝐔𝐀𝐌𝐈𝐊𝐔 𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐁𝐔𝐀𝐘𝐀Where stories live. Discover now